HOUSEMATE PEMALAS – 12:31 PM

HOUSEMATE PEMALAS

terima kasih sebab approve confession ni sis/bro.

Kepada housemate yang pemalas,

aku duduk dekat sebuah kolej sebuah uni awam.mase first time jumpa housemate aku memang semua baik nak mampus pijak semut tak mati. tapi dah berminggu minggu semua tunjuk belang masing masing. minggu pertama dulu semua pembersih.lepas tu sekarang semua pemalas tahap infinity. aku bukannya seorang yang mementingkan kesempurnaan tapi aku boleh dikira orang yang mementingkan kebersihan untuk kesihatan diri , bukan sebab aku ni ade OCD ke apa.

kalau aku tak selalu sapu rumah,memang macam rumah terbengkalai 10 tahun dah.so,setiap 1 atau dua minggu after solat jumaat aku takde kelas dan aku akan kemas rumah sampai lah pukul 5. sampai tandas tandas aku akan cuci . kadang kadang aku dibantu oleh sorang lagi housemate aku yang jaga jugak kebersihan ni. tapi dia selalu balik hujung minggu. kalau dia tak balik dia akan tolong aku . yang peliknya bila kami tengah kemas kemas rumah housemate aku yang lain tak pernah nak ambil tahu pasal kitorang.bengang juga aku dibuatnya sebab yang buang sampah merata rata yang tinggal cawan tak dibasuh yang tak letak barang barang dekat tempat yg betul lepas guna tu adalah mereka mereka yang sikit pon tak tolong kami. tapi mereka teruskan dengan main game mereka.sikit pon mereka tak kesian dekat kami.sudah ditegur kalau malas nak kemas rumah jangan buat sepah. tapi takde perubahan pon .

nak dijadikan cerita mereka mereka yang tak tolong kami ni ada diantaranya rapat sangat dengan perempuan.bila perempuan minta tolong,tanpa alasan terus dijawabnya untuk menolong.ko rasa sifat apa yang sesuai diberi kepada dia ni ?aku tak suka kawan lelaki aku yang konon-kononya baik depan perempuan ni. kalau kawan lelaki aku tu memang baik dengan semua orang aku tak kisah. tapi yang acah acah hero dengan perempuan SAHAJA ni aku macam anti sikit.

Apa pendapat korang tentang housemate yang macamni? tak kira lelaki atau perempuan both boleh bagi pandangan.

baik tu je lah aku nak luahkan. terima kasih sebab sudi baca.

– housemate yang kecewa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *