Housemate pentingkan diri.

Salam.thank you admin.

Bukan student UIA. Sorry for that.
Masalah tak besar, dan mungkin ada yang pernah lalui.

Bujang and bekerjaya. Menyewa di ibu kota. Aku tinggal dengan 3 housemate lain.Maknanya berempat dalam satu rumah.Sorang housemate aku (A) dah kahwin and ada baby.Husband housemate aku jauh, keje selatan.sekarang takde masalah bagi kami semua pasal baby tu.ceria la rumah kan.balik kerja penat tgok baby hilang penat tu.

Yang jadi masalah sekarang, awal2 dulu kami labelkan housemate yang dah kawin tu (A ). (A) cakap husband dia dtg 2 minggu sekali and dia nak bawak husband dia tu stay ngn dia..so bila pikirkan ok,just wekend and 2minggu .Kami consider sbb pikir dorang punya baby.walaupun berat hati sebab tak selesa kan. Tapi tipulah cakap kami tak persoalkan kenapa tak ambik hotel? Homestay? Jimat kos? Fine.korang je nak jimat kos. Kami consider sebab fikirkan dia jauh ngn suami.(mungkin salah kami yang bagi peluang )

Dan menda tu jadi makin open bagi (A) bawa husband dia dari 2 minggu sekali da jadi seminggu skali dtg..kadang2 direct seminggu duk rumah sewa kami sebab husband die cuti.Husband die enggineer dan banyak turun site dekat ibu kota ni.Jadi menetap kat rumah kami.Hello..agak menyakitkan hati bila kita housemate lain yang bujang ni terpaksa stay dalam bilik masing – masing sebab ada wayang keluarga bahagia kat ruang tamu.Berguling sana sini.Nak tgok tv susah, boleh kata tak tengok langsung. Tambah lagi kami nak kena pakai tudung bertutup bagai. Nak ke tandas macam pencuri mengendap tengok line clear tak.urgh.

please la.

Hormat sikit. Dah tau tu rumah anak dara semua yang bawak laki macam g honeymoon da kenapa?? Kalau rasa da bawak husband tu kat rumah sewa.Ada manisya duduk dalam bilik.Jangan ganggu privasi housemate. Walaupon housemate lain diam .Tapi ada otak pikir.please pk..Taknak bergaduh sebab isu ni.Da pernah cakap pasal ni.

Mesti ada orang akan cakap.apa susah korang pindah lah rumah. Boleh.tapi ibu kota ni nak cari rumah susah. Sewa korang tau-tau la.nak2 da selesa dengan rumah ni..Bila sorang nak pindah yang lain ckp jangan.yang patut pindah si (A) tu.bukan kita.tapi…

Please korang .macam mana ni.berdosa tak kitorang stay kat umah dgn Husband (A) sekali? Dah masuk tahun ke 3 ni kami ibarat keluarga harmoni..Husband dengan 4 orang wife. Huuuuuuuu

– Bakal madumu?

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

51 Comments

  1. Pls bincg nnt akn jd serius cz pnh mgalaminye mmg ckp weeknd or utk 2 mggu je trust me nnt weekdy pon dtg n buat mcm uma sndri nnt kite plak yg mcm mnumpg so u better make it clear first

  2. Ade jenis org yg mmg tak paham perasaan org laon. Sebab tu kene tegur, ajak bincang. Baru boleh selesai masalah. Ini dah korg senyap membisu dgn expect A sedar sndiri, mmg takla. Korg senyap, A ingt korg redha je dgn keadaan tu. Dalam hal ni, kene bersuara. Tu je. Korg bayar sewa sama rata kan, ade hak korg kat ruang tamu tu. Hidup skang ni takyah nak jaga hati org sgt, nnti org pijak. Berpada2 la…

    • Memandangkan A hati kering, yg lagi 3 tu pun kene hati kering la jugak, mintak dia keluar. Terangkan la baik2 sekali lg, dah 3 tahun mcm ni. Dah lama diorg pendam. Ni dah tak tahan la ni, mcm penjara di rumah sndiri. Isyh sy tak leh byg duduk serumah dgn laki org. Sumpah giler x selesa kot. Kalo xleh jalan bincang ngan A sahaja, ajak bincang ngan laki bini tu. Haih engineer, otak pandai, takkan xleh nak hadam kan…huhu

    • Saya dulu pernah menyewa di bilik kosong rumah org dah kawen. Sebelum menyewa tu dia cakap suami dia jarang ada rumah. Hmm rupanya kena tipu. Tambah plak kalau gaduh menjerit2 kusut je. Dah tu anak dia baru darjah 5, mencuri duit saya. Seb baik rezeki dapat pindah cepat2.

  3. Susah bile buat baik org naik kpala..sorry to say ur rumate xbrapa nk cerdik la..da jdi bini org,ad ank plak 2..xkn la bnda ni pn xleh pk..sungguh menyakitkn hti..xsensitif langsung perasaan kawn2..better suruh dy pindah..cri rumah sewa laen..husband dy engineer kn,lebih dri mampu..da nmpk sgt nk dok berdua,bermanja bagai..so pliz cri rumah laen..

  4. Ahha… Kami ( sy n kawan ) prnh hampir mengalami bnda sama.

    Kami br dpt keje (2014). Then dpt lah satu rumah ni. Situasi sama. Akak tu cakap dia dh kawin n suami akan dtg sini skali skala.. X silap kami, tu rumah dia. Dlm rumah tu dh ad sorang housemate.

    Pd mulanya, bncg punya bncg, bila kami stuju dgn rege, tetiba dia naikkan rm100++ sbb astro etc.
    ok xpe lagi. Kami trime.
    Bilik kecik. Duk 2 org. Xpe kami trime.
    Then kat ruang tamu ad mainan bdk.
    Dia ckp dh kawin n suami kdg akn dtg.
    Err… Ok xpe lah, kwn sy org bangi, kami pikir weekend masa somi dia mai, kami akn balik bangi.
    1st day duduk. Kami bertahan walopon cam x sedap hati-pikirkan ikhtilat plus dapur kotoq, peti ais bertimbun plastik
    2nd day, balik ofis, ruang tamu penuh dgn kemeja lelaki br dibasuh bergantungan. Dh mcm dobi.

    Akak tu cakap, tu baju boyfriend housemate tu.

    Haa? Kalau dh sorang suami akan balik skali skala, sorang lagi siap basuh kan baju bf (walopon pd seserengah org, basuh baju je pon, sorry, kami pikir jauh, takut bnda2 lain makin berlarutan). Kami decide nak keluar lps 2 mlm.

    Ikutkan perjanjian, kami xleh lah buat camtu. Kami sedar. Tp xmo lah terjebak lam bnda pelik.

    Bergaduh jgk ngan akak tu. Dia dh terpekik kat fon punya nak marah.

    Tp last2, keluar jgk.

    Bila ingat balik kitorang mcm pelarian time tu.
    Keta kwn tu wardobe kami.

    Mesti pikir, nape trime pd awalnya kalo dh banyak flaws kami nmpk, sbb kitorang ingt blh tahan. Rumah kat KL mmg ssh nak cr. tp bila dh smpai bab pergaulan ntah kemana. Xpe lah.

    #pengalamanhidupnamanya
    #lainkalikenapikirbetul2

  5. First,korg kena bterus terang. Si A pikir takde masalah sbb reaksi korg diam je. Diam tanda setuju. Second, A kena duk master bedroom yg ade bilik air skali. And dia kena byr lebih. Last,kalau tak jadi jugak, bagi no rumah sewa lain kt A.

  6. Erm…cuba terus terang jelah dik. Masa bbelajar kat UIA akk jenis suka campur dgn international students dan akk belajar sesuatu yg bagus dari mrk yg sukar dpt dari masyarakat kita iaitu sikap cakap berterus terang dalam apajua perkara tanpa perlu nk amek hati kecik simpan dlm hati bagai. Last2 semua tk setel. Sikap terus terang ni memudahkan penghidupan.

  7. Cakap laa dengan laki dia. Jgn cakap dgn si bini sebab perempuan ni cepat menggelupur. Org lain pun ada mak ayah. Korang rasa apa perasaan mak ayah korg mengenangkan anak hidup dgn housemaete yg selalu bagi laki dia masuk rumah? Ye lah walaupun hubungan diorg halal kan, tapi dengan korg? Aku pun ada housemate dah kawen tapi awal2 aku da gtau takleh bawak laki

  8. siapa kepala (yg cari) rumah? kalo die..mmg korang le kene pindah..tp kalo die kendian dtg..sembang boleh…gedik ngan husband die pon boleh..mana satu yg ko rasa sesuai ngan personaliti ko lah…serius dh 3 thn kut..kalo aku dh lame dh setel..susah wei nk kencing pon mcm nk g perang..nk tunggu line clear bagai..hahaha…selamat maju jaya..

    ps: btw..sanggup ke bermadu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *