Housemates & cantik

Salam Ramadhan semua. Aku nak luahkan sikit pasal housemates aku ni. Ditakdirkan aku dpt housemates yg cantik2. Tapi kan.. masalah orang yg cantik ni memang tak pernah nak puas dengan kecantikan dia. Still anggap diri tu tak cantik, gemuk la, gelap la..

Aku kadang2 fed up betul ngan perangai diorang ni. Aku ni jenis rupa biasa2 je, siap ada jerawat bagai. Putih pun tak. Sawo matang kot, ahahah. Kau bayangkan bila diorg yg cantik, yg putih flawless ni tengok cermin then kata, "alaa dah gelap", "ahh gemuknya", "kenapa tak cantik niiii". Aduhai.. aku nak je bagi tazkirah masa tu jugak. Padahal bukannya gemuk pun. Cantik je. Putih je.

Ada jugak housemate yg ckp kat aku, "awak, kita dah gelap. Mcm mana nak putih ni.." padahal dia putih drpd aku kot. Ohh perempuan.. tolong la bersyukur. Situasinya mcm ni.. contoh kau suka tengok orang ni sebab dia lebih cantik daripada kau, bagi kau dia perfect la. Then dia datang kat kau pastu ckp yg dia tu tak cantik. Kau rasa? Kau nak bagi penampor ke kau nak bagi penumbuk?

Pastu diorang ni suka stalk perempuan2 cantik kat instagram. Haa yg duk viral skrg tu kan.. tu salah satu yg diorang stalk. Pastu mula la ckp "kenapa dia cantik sangaattt? Bencinyaaaa" aduhhh tak faham betul aku perangai diorang ni. Dah tau tak suka tu takyah la stalk. Saja cari penyakit. Pastu pasal video yg viral tu.. bukan main lah depa ni duk meroyan, "omaigadddd… sweetnyaaa, nak laki mcm ni.. untungnya diaa"

Bagi aku.. kalau benda tu akan buatkan hati kita sakit, stop la menzalimi diri sendiri. Takyah stalk. Buat tambah penyakit hati je. Tak pasal2 dengki, jealous.. aku dah cakap kat diorang, takyah la stalk kalau dah tau akan jealous.. tapi biasa lah kan.. mana diorang nak dengar, hahah

Lagi satu, aku sedih sebab diorang redha dengan kemungkaran tu. Siap jealous bagai.. Sedangkan selemah-lemah iman adalah membenci kemungkaran dengan hati. Aku bukanlah alim pun tapi aku sedih bila perempuan2 teringin nak mcm tu, tag2 bf bagai. Kalau tag suami takpe la jugak kan..

Kepada kaum hawa sekalian.. tolonglah bersyukur ye.. masih ramai yg nak rupa mcm kita. Awak2 tu dah cantik. Takde ciptaan Allah yg tak cantik. Semua cantik, termasuklah aku, hahahaha

Semua perfect kan.. ada hidung, mata, mulut.. So dah ucap alhamdulillah ke belum? :)

– Gadis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

125 Comments

  1. saya selalu je usha manusia2 kat tmpt keje…ada mata tengok la kan..hehe…macam2 rupa ada…cuma nak simpulkan yang gigi berjemor pon cantik oiiii….tengok lah dgn mata hati..kita ni 1 hape pon xde….semua Allah yang bagi…sekiannn

  2. Aku pun x bleh tahan org mcm tu. Asyik nak merungut tak pernah nak bersyukur seadanya diri tu dh lawa. Aku ni x pernah merasa erti ‘slim’. Dr kecik org kata aku badan besar sampai la mmg betul2 membesar. Muka pn x licin. Tp aku puas ati dgn diri aku sbb ape.. pancaindera Allah bg cukup lagi setakat ni. Xde yg putus sbb mercun ke ape. Org puji lawa, Alhamdulillah. Aku happy. Org kata gemuk la, debab la ape sume pn alhamdulillah. Aku x kan kebuluran semata2 nak jaga pendapat org. Janji badan sihat. Bersyukur la dgn apa Allah bg pada kita sbb x semua org ada apa yang kita ada. Banyak sangat merungut nnti Allah tarik balik mcm mana? Sanggup keluar rumah dengan muka berparut kekal? Syukur lah..

  3. Hahaha faham sangat dgn orang orang mcm ni . Super annoying ! Dah kurus nak lagi kurus , dah putih nak putih macam hantu ! Adehla , I have to admit that im one of the girls who stalk other girls jugak but sy tak insecure . Eh ,everyone ada kelebihan masing masing .( If shes pretty and insecured , you are smart and confident ). Nobody has no flaws !

  4. Aku nyampah pompuan camni. Plis la! Cuba syukur sikit?! Ada org muka hancur kena asid. Ada org kudung, tak cukup sifat!

    So takyah tergedik2 dok bising2 nak kurus nak putih la!

    Pi makan qu puteh sana pi!

  5. Sygi dan bersyukur dengan diri anda
    ❤Mari cantik bersama❤

    Bg yg mempunyai masalah kulit muka,
    Rasa kurang keyakinan,
    Boleh hubungi mira untuk consultantion dan skincare class secara PERCUMA

    +60136134018
    MiraFiza Bashir
    Ind Beauty Consultant

  6. Haha.. Aku org yg gemok , so ble diorang ckp alaa dh gemok la .. Aku jwb , abes kalau kau gemok , aku ni ape ?? Bapak gajah ke gorilla terlepas dri zoo ??? Hahahahaha

  7. Okay yg nie sy stuju . Lg geram member2 yg dah kurusss kering mcm kerengga dok bebel ckp dy gemuk . Gemuk tang mana tak tau lar . Kalau dah kurus lagu tu hang ckp hang gemuk . Abes tuu aq yg x sberapa nak kurus nie lagu mana ? Kategori obes ke hape . Aaaai sentap ngat . Pipi naik siket pon dah bising . Kita yg pipi bulat double chin bkilo2 nie pasrah tak pasrah jeeeee

  8. Org mcm ni suh kawin cepat2….then anak 4 org setiap sorang lahir selang setahun…kompem hari2 lupa tgk cermin hahahaha apatahlagi nak stalk ke perhati org lain…hahaha

  9. Kadang2, cara kita view diri sendiri dgn macam mana orang view kita lain. Mata sendiri dgn mata orang tak sama. Cuma diri sendiri je nampak kekurangan sendiri. Orang lain mungkin tengok dah cantik, dah sempurna. Tapi tuan badan lain. Semua orang macam tu rasanya. Awak yg complain ni sekali pun tak pernah ke tengok cermin, belek kekurangan diri sendiri?

  10. Untung la wei kurus putih.hakak ni dari azali gemuk gelap.asal gi mamak org ckp tamil ngn hakak.lg syahdu nk explain.tp redha je..kena kutuk gemuk itam pon redha je..mohon bersyukur pls..sgt teringin nk putih cam uols tp apekan daye dah mmg gelap.unless mngkin mandi acid kot baru putih.

  11. Sbb tu ak tak follow insta-famous, atau artis2, sbb ble selalu stalk dorg nnt jd insecure dgn diri sndiri, pastu jd tak brsyukur, pastu jd mcm deme..haish

  12. Ala depa cakap ala saya dah gelap la awak..ala saya dah gemok la awak..depa nak awak puji dia balik ah tu. Dengan harapan awk ckp balik..eyh mana ada..putih je..kurus je. Ekeke

    Layan kan jelaaa

  13. annoying gile nak mati org gini.
    kau bayangkan dia tu putih lpastu aku ni mmh kategori hitam manis ah, boleh dia cakap ‘alaa saya dah hitam lah,hmm’ untuk mengelakkan aku mencarut aku blah dari tmpt kejadian.
    sebenarnya org macam ni dia dahagakan pujian.
    riak ni ada 2. satu yg jenis obviously riak. satu lg haa yg cenggini ah, kutuk2 diri sendiri padahal dah perfek dah, sbb nak sruh org ckp ‘wei, manede kau lawa ah’
    ohhh tolonglah insaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *