Assalamualaikum and aku harap admin post confession aku ni. Bismillahirrahmanirrahim. Aku just nak share tentang Tahajjud. Mana tahu dengan share aku ni ramai nak extra amalan dia kan. dengan izin Allah.
Okay, aku ni orangnya biasa biasa saja. bukan dari smka ke alim ke. aku budak biasa. Alhamdulillah, setakat ni aku amalkan solat malam but not consistently. Tapi mostly, memang dengan Tahajjud sebagai asbab untuk Allah tolong kita. in shaa Allah. dalam segala hal okay. Dalam segala hal. hihi walaupun tak tertibnya. and satu lagi yang aku rasa tak sedap kalau tinggal, al-Quran selepas maghrib. Alhamdulillah. *kalau saya ada silap mohon tegur, in shaa Allah saya akan baiki.
Aku mula masa umur 12 tahun. Aku mula di mana start timbul rasa nak result yang bagus bagus untuk upsr kan. Pemalas. Selalu tak datang sekolah jugak. Aku ni dulu sekolah cina untuk sekolah kebangsaan. Act, takdalah tiap tiap hari solat malam, aku cuba buat solat hajat je dulu. Akak dengan mak yg nasihat. So, aku sebagai budak yang boleh dikatakan ikut je, aku pun buat, tapi aku buat saat saat akhir lah kan. maksudnya, nak dekat dekat exam upsr tu, barulah buat. Aku ni pun bukan budak budak pandai pun waktu tu. Sebab mostly subject bahasa cina, banyak yang aku tak faham walaupun dah darjah 6. T_T
Sciences maths bahasa cina memang aku ngam ngam je selalu and pernah jugak fail. kahkahkah. So nak dijadikan cerita, Alhamdulillah result upsr okay, lagi okay daripada yang aku biasa dapat. walaupun ada satu subject fail. Maths dengan sciences aku boleh dapat B, and paling terkejut bahasa cina penulisan aku dapat A.
Next, masuk tingkatan satu aku sekolah menengah harian biasa and bukan sekolah cina dah. yeaaayyyy, memang suka sangatlah. heheeh.Masuk tingakatan satu sampai tingaktan 3, alhamdulillah aku pun amalkan solat malam dan al-Quran. Tingakatan satu, dua dan tiga, aku dapat nombor satu dalam kelas untuk exam boleh katakan selalu jugaklah walaupun aku bukanlah kelas pertama. And aku jenis suka kumpul piala tauu, so kalau dapat nombor satu akan dapat piala lagi kan. and aku pun bukan budak budak genius. tapi, dengan jaga hubungan Allah, aku pun usaha usaha jugaklah untuk improve mana mana yang cacat cela tu kan. hehehe, kan dah kata aku bukan budak pandai. Alhamdulillah pmr keputusan pun okay alhamdulillah aku dapat 7A1B.
Next, untuk spm. Alhamdulillah untuk pertama kalinya aku masuk kelas pertama masa form 4. Alhamdulillah. Saingan pun hebat hebat belaka bagi akulah sebab aku tak biasa duduk dalam kelas pandai kan. Gegel jugak aku masa memula masuk kelas. Serious aku seramm jugak memula. Masa dah masuk form 4, subject yang pling bebudak takut mesti addmath kan? Samalah dengan aku. Nak dijadikan cerita, first test, 10 orang je lulus untuk addmath dalam kelas aku. hahaha. And terkejut jugak aku tergolong dalam kalangan yg sepoloh tu. Tapi, aku tak pernah nak membangga diri pun sebab Allah yang tolong semua tu. markah aku pun cukup cukup makan . Alhamdulillah sepanjang form 4 hingga form 5, aku tak pernah miss untuk tercalon dalam top 10 or top 5. Yang penting top 10 ada dapat hadiah eaa. Weee :D Heee. Alhamdulillah. okay once again, aku bukan budak pandai. dalam kelas tu ramai gilors yg pmr 8A dan 7A. huhuhuhuhu. Sampailah tingakatan 5, untuk spm kan. Cikgu ada pilih student student untuk target cemerlang spm tauu, tapi aku tak terpilih waktu tu even aku dalam list top 10. Cikgu Cuma pilih pelajar yang dapat straight A PMR. Walaupun depa tak dalam top 10. Waktu tu terasa jugaklah. Tapi, aku pujuk hati, Allah mungkin nak aku lebih usaha lagi untuk spm. Takut nanti tergolong dalam calon cemerlang lupa diri pulak kan. Heheh. So start form 5, aku rajin lah cari amalan amalan yang boleh kita buat untuk tambah kepantasan otak and dapat miracle dari Allah kan. Sampailah satu hari, ada berita yang pasal student straight berapa belas A tah. Stpm ke spm aku tak ingat. Dia kata dia amalkan baca Yassin setiap hari dengan tahajjud. So, aku pun paksa diri untuk buat semua tu. Aku konsisten kan dari seminggu sekali tahajjud kepada setiap hari tahajjud. And aku nak consistent kan amik masa jugaklah, alhamdulillah aku dapat tahajjud setiap hari, ustazah kata pukul 5 pun boleh tahajjud lagi kan? So aku start dari yang mudah lah. Nak bangun pukul 4 tak mampu sangat. So, everyday aku bangun pukul 430 ke 5 macam tu. Aku taknak miss langsung tahajjud walaupun kadang kadang terlewat sikit bangun dalam 5 lebih. Lepas tahajjud aku mandi siap siap, masuk subuh. After subuh, aku baca Yassin. Setiap hari. Pastu, aku pun tambah solat taubta, hajat, witir sebelum tidur. Oh lagi satu, Aku tak minat subject bio, sampai aku rasa nak tukar kelas je. Sebab aku memang tak minat gilors. Waktu tu jelah, masuk universiti aku dah ngam sikit dengan biology. Masa spm tu, nak nak waktu tu bio paper paling last dalam spm kan. Jadi, mood belajar aku memang dah tahap ke laut waktu tu sebab dah struggle habis untuk paper lain. Sebenarnya takda lah struggle sangat, sebenarnya nak cakap aku memang dah malas sangat waktu tu. Hahahah. *adikadik jangan ikut tindakan akak yang tak sihat ni ye. Jadi, aku yang pemalass and betul betul tawakkal pun study muka surat pertama je buku reference tu. And nak tahu tak topic apa yg aku study tu, topic cell wehhh. Cell! Aku rasa malas dan aku pun dengan tak sedar dirinya tidurr. hahahaha padahal banyak topic yg susah susah lagi kan. okay serious lagi sekali aku nak cakap, bio aku pun result biasanya hampehh dan cukup cukup makan. Esoknya, memang aku ni mati kutu nak menjawab. jadi aku pun jawab je apa aku rasa nak jawab, aku tak berani nak tinggalkan kosong pun. lepas 30 minit aku jawab, aku keluar dewan. Tapiiiii tapiiii tapiii, mohon jangan ikut apa yang aku buat ni. sebab sangat tak digalakkan dan anda mungkin akan menyesal. Nak dijadikan cerita, alhamdulillah Bio aku lulus C+. okay, aku tahu tak gempak pun kan -,- tapi ceritanya lulus ea. alhamdulillah spm aku result tercalon dalam calon cemerlang (7A2B1C) walaupun, nama aku cikgu tak pernah berminat nak masukkan dalam list target calon cemerlang. sedihh sikit part ni. hahaahaha.
Next, kalau aku rajin aku share pasal kehidupan di unversiti pulak yeee. hihihi. Apa yang aku cerita dekat atas atas ni, bukanlah untuk membangga diri. cumanya kau nak habaq, semua yang aku dapat ni daripada Allah. dengan izin Dia. and macam mana supaya Dia bagi kita semua ni? Rahsianya jaga hubungan dengan Allah. Bila kita tak jaga, itu yang akan buat hidup kita kacau, tak happy, nak marah sentiasa. Next in shaa Allah aku akan share pulak time aku tak jaga hubungan dengan Allah. Kalau kita nakkan kejayaan, jaga lah hubungan dengan Allah. And actually, kejayaan kejayaan yang pernah kita dapat bukan sepenuhnya dari usaha kita. Asbab dari usaha kita 20% sahaja, percayalah. 80% lagi daripada Allah. Kadang-kadang, akan ada suara suara yang cakap, “eleh, aku solat tak cukup 5 pun result bagus je” Rezeki maisng masing, ingat, ujian tu bukan sekadar datangnya musibah. Datangnya nikmat itu juga sebagai ujian. Allah nak uji sama ada kita ni ingat Dia ataupun tidak. Yang penting, cukupkan yang 5 fardhu dahulu. Dah consistent, tambahlah dengan al-Quran sehari sehelai pun takpe. Biar sedikit asal istiqamah and bila dah istiqamah nak tinggal pun rasa tak sedap je kan. Alhamdulillah, dengan izin Allah jugak sehingga sekarang aku masih buat tahajjud (Allah jugak yang buat aku terbangun setiap pagi) dan al-Quran paling kurang 1 page. Kalau tertinggal tahajjud lain rasa satu haritu,. Anti aku share lagi ye. Hihi.
-andina-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit