Assalamualaikum and aku harap admin post confession aku ni.
Bismillahirrahmanirrahim. Aku just nak share tentang Tahajjud sepanjang aku jadi pelajar dari kebangsaan sampai ke menengah sampai ke universiti sampai aku bekerja sementara. Kah! Mana tahu dengan share aku ni ramai nak extra amalan dia kan. dengan izin Allah. Ni kali keempat aku type sebab selama ni aku hantar confession aku tak register. Lol -,-
#amaran: entry panjang sebab aku tak tahu nak pendekkan. Kalau sudi baca
Okay, aku ni orangnya biasa biasa saja. bukan dari smka ke alim ke. Bukan kategori budak budak pandai jugaaa. aku budak biasa. Alhamdulillah, setakat ni aku amalkan solat malam but not consistently. Tapi mostly, memang dengan Tahajjud and amalan sunat lain sebagai asbab untuk Allah tolong kita. in shaa Allah. dalam segala hal okay. Dalam segala hal. hihi walaupun aku buat dengan tak tertibnya. and satu lagi yang aku rasa tak sedap kalau tinggal, al-Quran selepas maghrib. Alhamdulillah.
Aku ni Pemalas. Selalu tak datang sekolah jugak. Sebab sekolah aku ni terkadang banyak bebenor kerja sekolah. Kekadang tak siap, aku tak datang. Takut kena rotan. Tapi, keesokannya aku datang pun tetap kena rotan. Hahaha. Aku ni dulu sekolah cina untuk sekolah kebangsaan, and duduk pun bukan kelas pertama jugak. Tak pernah tahu matlamat ke sekolah apa pun. Tak pernah rasa nak belajar bersungguh sungguh pun. Sebab minat belajar memang takda waktu tu. Seriouslyyy teruk amat. Yang aku tahu pergi sekolah belajar, balik siapkan kerja sekolah. Tak pernah fikir nak bersaing saing dengan sesiapa sampailah darjah 6, waktu tu matanglah sikit.. Aku mula masa umur 12 tahun. Aku mula di mana start timbul rasa nak result yang bagus bagus untuk upsr kan. Act, takdalah tiap tiap hari solat malam, aku cuba buat solat hajat je dulu. Akak dengan mak yg nasihat. And waktu ni jugak kesedaran cukupkan solat walaupun terkadang ada lopongnya and baca Quran lepas maghrib. So, aku sebagai budak yang boleh dikatakan ikut je, aku pun buat, tapi aku buat saat saat akhir lah kan. maksudnya, nak dekat dekat exam upsr tu, barulah buat. Tambah tambah tahun tu pun aku ada exam besar untuk sekolah agama, alaaahh sekolah agama sebelah petang lah senang cerita. Aku ni pun bukan budak budak pandai pun waktu tu. Sebab mostly subject bahasa cina, banyak yang aku tak faham walaupun dah darjah 6. T_T
Sciences(pembelajaran bahasa cina), maths, (pembelajaran baasa cina) dan subjek bahasa cina sendiri memang aku ngam ngam je selalu and pernah jugak fail banyak kali. kahkahkah. So nak dijadikan cerita, aku buat solat hajat sebab tengok sekolah rendah biasa ada buat solat hajat reramai kan, aku pun buat sendiri sendiri sebab sekolah aku takda buat macam depa. Alhamdulillah result upsr okay, lagi okay daripada yang aku biasa dapat. walaupun ada satu subject fail. Tapi takdalah sampai kena masuk peralihan. Maths dengan sciences aku boleh dapat B, and paling terkejut bahasa cina penulisan aku dapat A.
Next, masuk tingkatan satu aku sekolah menengah harian biasa and bukan sekolah cina dah. yeaaayyyy, memang suka sangatlah. heheeh.Masuk tingakatan satu sampai tingaktan 3, alhamdulillah aku pun amalkan solat malam dan al-Quran. Tingakatan satu, dua dan tiga, aku dapat nombor satu dalam kelas untuk setiap kali peperiksaan akhir. Aku ni jenis suka kumpul paiala, so aku memang aim nak nombor satu sebab nak piala lah waktu tu. Hahaha. Naik je sekolah menengah aku sayang teramat nak cuti sekolah even satu hari. Kalau dulu sekolah rendah kalau boleh hari hari nak cuti. walaupun aku bukanlah kelas pertama. and aku pun bukan budak budak genius. tapi, dengan jaga hubungan Allah, aku pun usaha usaha jugaklah untuk improve mana mana yang cacat cela tu kan. hehehe, kan dah kata aku bukan budak pandai. Alhamdulillah pmr keputusan pun okay alhamdulillah aku dapat 7A1B. solat malam yang aku buat masa tingkatan satu sampai tiga solat hajat, solat taubat. Waktu tu rasa manis je tauu, hari hari pukul 12 lebih aku solat. Memang rasa lain waktu tu. Feel dia, mashaa Allah. Allah je yang tahu. And masa fomr 2 ke form 3 ada belajar pasal kemanisan iman kan dalam pendidikan islam, lagilah aku berusaha sungguh sungguh nak rasa.
Next, untuk spm. Alhamdulillah untuk pertama kalinya aku masuk kelas pertama masa form 4. Pure sciences lah kan. Alhamdulillah. Saingan pun hebat hebat belaka bagi akulah sebab aku belum pernah duduk kelas pertama and cara pembelajaran diorang mesti lain kan.. Gegel jugak aku masa memula masuk kelas. Serious aku seramm jugak memula. Lama lama alhamdulillah okaylah. Masa dah masuk form 4, subject yang pling bebudak takut mesti addmath kan? Samalah dengan aku. Nak dijadikan cerita, first test, 10 orang je lulus untuk addmath dalam kelas aku. hahaha. And terkejut jugak aku tergolong dalam kalangan yg sepoloh tu. markah aku pun cukup cukup makan. Tapi, aku tak pernah nak membangga diri pun sebab Allah yang tolong semua tu. Aku ni jenis spesis takda orang perasan aku. Hahaha. Sebab memang aku jenis biasa biasa. Even aku ni top 10 and top 5 pun pernah, tapi cikgu tak masukkan nama aku dalam calon target cemerlang spm pun. Cikgu masukkan student2 yang PMR 8A and ada ala ala student cemerlang dari form 1 sampai form 5. Tapi, aku tak kisahlah. Yang penting aku dapat piala jugak untuk form 4 dengan form 5. Sebab top 10 dapat jugak piala untuk kelas pertama. Weeee :D Alhamdulillah. okay once again, aku bukan budak pandai. dalam kelas tu ramai gilors yg pmr 8A dan 7 A. huhuhuhuhu. Sampailah tingakatan 5, untuk spm kan. Memang pulun habis masa tahun ni. Aku cari segala jenis tips belajar and amalan amalan yang boleh kita buat supaya Allah bantu kita masa exam. And waktu tu ada keluar berita pasal student spm ke stpm tah, aku tak ingat. Dia dapat berapa belas A tah. Tipsnya dia kata, tiap hari dia amalkan bacaan yaasin and tak tinggal solat hajat. Cikgu pun ada pesan, kalau nak jadi hebat amalkan tahajjud. So, aku pun mulakan amalan ni tahun ni aku rasa paling aku bersungguh. Teruknya kita ni kekadang kan. Waktu ni aku tahu yang aku buat Cuma nak result yang best best. Tapi, niat salah pun Allah makbulkan kan. Baiknya Allah :’) patutnya Lillahi Taala. Aku cuba consisten kan untuk setiap hari. First first memang susah. Tapi sebab aku dah biasakan solat malam dari form 1 walaupun bukan tiap hari, jadi benda tu takdalah susah sangat untuk aku buat. Alhamdulillah Allah mudahkan. Allah bangunkan aku pukul 4 lebih or pukul 5 macam tu. Aku solat tahajjud solat hajat. Kalau malam lepas isyak, aku buat witir atau hajat. Quran memang aku baca selepas maghrib. And start baca Yassin setiap kali lepas subuh sebelum pi sekolah. Aku bajet bajet masa jugaklah kan sebab aku ni naik van sekolah, karang siap lambat tertinggal pulak nak ke sekolah. Ohhh lagi satu, Aku tak minat subject bio, kalau boleh masa form 4 tu nak tukar kelas , tapi cikgu tak bagi. Allah tahu yang terbaik untuk aku. Masa exam spm, nak nak waktu tu bio paper paling last kan. Jadi, mood belajar aku memang dah tahap ke laut waktu tu sebab dah struggle habis untuk paper lain. Jadi, aku yang pemalas ni, betul betul bajet tawakkal pun study muka surat pertama je buku reference tu. And nak tahu tak topic apa yg aku study tu, topic cell wehhh. Cell. hahahaha padahal banyak topic yg susah susah lagi kan. Topic yang waktu tu aku tak faham pun proses nya. okay serious lagi sekali aku nak cakap, bio aku pun result biasanya hampehh dan cukup cukup makan. Esoknya, memang aku ni mati kutu nak menjawab. Haaaa, mesti korang fikir aku tetiba boleh jawab semua soalan dengan senang kan? Tak punnn. Hahahah. jadi aku pun jawab je apa aku rasa nak jawab, aku tak berani nak tinggalkan kosong pun. lepas 30 minit aku jawab, aku keluar dewan. Bukan sebab aku soalan senang, memang susah kedarah. Tapi, sebab aku dah tak tahu nak ulas jawapan apa. And aku dah tak tahu nak ubah jawapan apa dekat paper aku tu haaa. And aku nak cepat cepat habiskan azab tu. Tapiiiii tapiiii tapiii, mohon jangan ikut apa yang aku buat ni. sebab sangat tak digalakkan dan anda mungkin akan menyesal. Lepas exam pun, jangan tinggal amalan amalan yang kita buat tu. Doa bebanyak sampai lah dapat. Allah pandang setiap usaha kita. Nak dijadikan cerita, alhamdulillah Bio aku lulus C+. selalnya aku dapat markah hampir ke D. okay, aku tahu tak gempak pun kan -,- tapi ceritanya lulus ea. Alhamdulillah spm aku result (7A2B1C) tercalon dalam calon cemerlang walaupun, nama aku cikgu tak pernah berminat nak masukkan dalam list target calon cemerlang. sedihh sikit part ni. hahaahaha.
Haaa gitulah ceritanya masa zaman sekolah aku. Nanti, kalau aku rajin aku share pasal kehidupan di unversiti pulak yeee.and aku share jugak bila aku mula tak berapa jaga hubungan dengan Allah. Dia masih saynagkan aku dan masih rindukan aku dengan beri ujian pada aku. In shaa Allah soon ;) hihihi. Apa yang aku cerita dekat atas atas ni, bukanlah untuk membangga diri. cumanya nak habaq, semua yang aku dapat ni daripada Allah. dengan izin Dia. and macam mana supaya Dia bagi kita semua ni? Rahsianya jagalah hubungan dengan Allah. Mungkin akan ada yang cakap, “eleh, aku tak solat malam, tak baca Quran, tak cukup solat, dapat je semua tu” haaa jangan kufur nikmat ye kawan kawan. Rezeki masing masing. Ingat jugak, ujian tu bukan saja didatangkan dalam bentuk musibah, tetapi juga didatangkan dalam bentuk nikmat. Allah terkadang nak uji sejauh mana kita ingat pada Dia. Setiap kejayaan, SETIAP tauuuu, sebenarnya hanya 20% dari usaha kita, 80% dari Allah. Kalau nak berjaya, jagalah hubungan dengan Allah sebaik mungkin. Banyak lagi amalan amalan yang lain. Tapi, untuk first step, mulakan dengan solat 5 waktu cukup. Hokay?! Slow slow biar sikit asalkan istiqamah untuk terus dekat dengan Dia. Ini niat yang utama. Rapatkan diri sebanyak banyaknya dengan Dia. Semua yang aku dapat ni jugak duniawi. Kalau Dia bagi gedebuk duniawi dekat kita, mungkin akhirat kita semakin kurang kan. He knows the best among the best. Allah boleh je bagi dunia ni sedebuk dekat kita. Cuma Dia tahu mungkin kalau kita terlalu berjaya,terlalu pandai, terlalu glamour, kita akan bangga diri, sombong diri. Jadi sebab Dia sayang kita, Dia taknak kita jadi sombong bongkak angkuh takabbur segala, dia taknak beri kita. Mungkin akan beri jugak, Cuma belum masanya. And beri waktu kita dah takda rasa sifat sfat mazmumah tu. Wallahu’alam.
– -andina-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit