Hubungan Selalu Tak Jadi

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kalau admin siarkan cerita ini. Saya Nur, umur 20an, single dan masih mencari pasangan hidup. Tujuan menulis adalah untuk berkongsi rasa hati dan kisah hidup dalam perjalanan mencari pasangan hidup.

Ya, betul saya tahu saya masih muda. Tapi saya rasa saya ingin berkongsi cerita mungkin boleh dijadikan pengalaman atau rujukan untuk sesiapa yang membacanya nanti.

Sepanjang hidup saya, saya pernah bercinta sekali itu pun masa sekolah menengah yang saya kategorikan ia sebagai ‘cinta monyet’.

Saya seorang yang tidak pernah kisah dengan kisah cinta cintun. Hanya sekadar crush sahaja kepada orang dan tidak pernah berani untuk confess.

Lepas habis SPM ada classmate saya (saya namakan dia sebagai A) confess dan pada awalnya saya layan dia tapi lama kelamaan saya ghosting dia tanpa sebarang berita setelah memberi harapan kepada dia.

Long short story, dia masih kejar saya sampaikan tahun kedua saya di universiti dan saya tetap dengan pendirian saya bahawa saya tetap tak boleh balas perasaan dia. Dan lepas tu dia tak pernah kacau saya lagi.

Kami ada berjumpa 2 3 kali selepas tu untuk reunion kawan-kawan dan kami tak pernah bercakap pun. Selepas kejadian dengan lelaki A, saya tidak pernah bernasib baik dalam percintaaan.

Saya pernah berkenalan dengan seorang lelaki (saya namakan dia sebagai B), ‘navy’ kawan kepada kawan saya. Saya yang mulakan pengenalan. Turn out saya di ghosting dan di reject dan tiba-tiba dapat tahu dia dah nak bertunang.

Seterusnya, saya mulakan juga. Saya confess dekat crush (saya namakan dia sebagai C) 5 tahun saya, saya crush dekat dia sejak zaman matrik dan saya di reject lagi. Sampai satu tahap saya lelah sendiri. Rasa macam tak layak untuk disayangi atau dicintai. Semuanya tak pernah menjadi.

Again long short story, saya tak pernah terfikir untuk bercinta lagi dan selama saya study dekat universiti alhamdulillah tak pernah ada peer pressure sebab kawan-kawan saya semua single.

Hinggakan saya letakkan soal hati yang dulunya ingin diisi di tepi. Saya happy Allah hadirkan kawan-kawan yang sangat memahami.

Perasaan ingin diisi tu muncul balik lepas saya dah mula berkerja. Menyewa bilik seorang, pergi kemana pon seorang dan mula rasa bosan dan rasa untuk mencari kawan. Saya pernah dating apps dia tinder, baitul jannah dan omi.

Semua sama. Tetap tak menjadi . Mungkin saya ada trust issues, that why saya tak rasa saya akan jumpa orang yang serius dalam apps-apps yang macam ni. Berikutan dengan zaman pandemik, saya rasa menjadi salah satu penghalang untuk mengenal orang baru.

Tapi saya pernah merasakan nikmatnya bercinta selama 3 bulan dengan kawan sendiri (saya namakan dia sebagai D). Kami berjumpa semula selepas 5 tahun tapi kami terputus ditengah jalan disebabkan dia tak ikhlas dalam menjalinkan hubungan dengan saya.

Dia putusakan saya dengan alasan dia mulakan hubungan dengan saya kerana melihat kebendaan semata-mata. Sebabnya saya ada kerja dan memiliki kereta sediri plus sangat berdikari. Dia kata disebabkan benda ni dia tak mampu nak bagi effort yang ikhlas.

Sumpah saya tak pernah kisah dengan alasan dia bagi tu. Seandainya dia nak muka balik hubungan kami saya akan terima kerana saya tahu zaman sekarang lelaki juga perlukan isteri yang bekerjaya untuk sama-sama tolong masa dah berumah tangga nanti.

A least lebih secure dan kukuh kalau dua-dua bekerja. Tapi dia decide untuk tetap berjalan. Lama saya ambil masa untuk MOVE ON. Mungkin juga ni pertama kali saya berada dalam fasa cinta pada usia 20-an.

Saya salahkan diri saya juga sebab terlalu mudah memberi hati dan berharap pada manusia. Lepas semua berlaku saya sedar D buat saya jauh dengan ALLAH sepanjang pengenalan kami kerana terbuai dengan perasaan cinta manusia tanpa sedar siapa selayaknya saya cintakan dulu.

Beberapa bulan berlalu dengan kisah cinta 3 bulan ni. Bapa saudara saya nak kenalkan saya dengan anak kawan dia (saya namakan sebagai E). Saya tolak pada mulanya. Tapi lepas tengok kesungguhan pihak sana saya terima. Tapi yang berianya mak ayah sahaja. Anaknya tidak.

Mak kepada E pernah whatsapp saya bertanya kan tentang pengenalan ni tapi tiba-tiba senyap. Mungkin juga disebabkan E tak bersetuju.

Dalam diam saya sedikit kecewa.

Saya sangat happy sepanjang healing process saya. Banyak saya belajar. Belajar mencintai dan menyayangi diri sendiri juga. Saya rasa lebih tenang tanpa tanpa perlu fikirkan perasaan orang.

Selang beberapa bulan saya ada kisah terbaru bersama lelaki F. Kali ini, mak saudara saya menjadi broker jodoh untuk saya. Pada mulanya saya menolak kerana saya takut benda yang sama berulang, mak ayah yang beria.

Tapi bila family F dan family nak berjumpa face to face saya mula letakkan sedikir pengharapan dalam diam. F lelaki berkerjaya, tua 5 tahun dari saya, ada rupa, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Kami berjumpa untuk pertama kali dengan kehadiaran keluarga tapi tanpa bersembang 4 mata antara kami. Sehari selepas pertemuan dengan F, F ada whatsapp saya untuk ucapkan terima kasih sebab sudi berjumpa dengan dia dan family tempoh hari.

Hati saya mula berbunga walaupon di mulut saya kata saya tidak meletakkan sebarang harapan sebab saya rasakan ada progress yang baik dari pihak F. Kali ini, saya tetap salahkan diri saya kerana hati saya sangat mudah.

Setelah sebulan berwhatsapp dengan F banyak perkara yang buat saya mula kurang yakin dengan dia. Dia tak kan pernah whatsapp saya dulu dan saya yang perlu mukan dulu. lama kelamaan saya dapat observe dari cara dia reply, dia sangat lain dari awalnya.

Saya mula mempersoalkan effort dia untuk berkenalan dan mengenal hati budi masing-masing tapi saya tak pernah berbincang soal ini dengan dia. Saya pendam sendiri sebabs aya rasa kami hanya berkenalan dan hanya kawan.

Perasaan saya agak tak tenteram, saya mula bangun tahajud sejak 2 minggu lepas dan saya tak lagi whatsapp dia selama seminggu. Rupanya dalam diam saya meletakkan harapan pada F kerana saya rasa F sangat baik dan lelaki yang bertanggungjawab sebab menjaga mak ayah dia.

Pada mulanya saya rasa F sangat worth it untuk diperjuangkan sehinggakan saya habiskan wang untuk masuk kelas berkenaan dengan cara memikat bakal imam. Sepanjang tempoh silent saya, banyak benda yang saya sedar.

Tak semua orang akan busy 24 jam, kalau dia betul-betul ikhlas dan serius dia akan cari, saya figure out saya bodoh sebab saya yang beria selama sebulan ni padahal at first place pihak sana yang mulakan dulu. Saya lebih tenang sekarang. Mungkin ketenangan ni jawapan dari ALLAH.

Perkenalan saya dengan lelaki kali ini mebuatkan saya rasa dekat dengan ALLAH. Saya nak berterima kasih untuk F. Saya percaya kalau F jodoh saya bagaimana cara pun ALLAH pasti temukan jalan untuk kami bersama.

Nama F sentiasa dalam doa saya. Sejujurnya, saya masih berharap. Semoga Allah sisihkan perasaan saya ini terhadap F jika F bukan jodoh saya. Doakan emosi saya stabil dan saya akan berbincang dengan F soal ini. Saya nekad.

Saya mahu hentikan pengenalan ini dan saya tak pernah salahkan pertemuan dan takdir ALLAH. Setiap pertemua kita dengan seseorang ALLAH dah aturkan yang terbaik, samada orang itu mengubah kita untuk jadi lebih baik atau sebaliknya.

Salam sayang,

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit