Assalamualaikum semua. Kisah saya ini adalah kisah benar yang cukup memberi kesan kepada diri saya dan semua yang hampir dengan diri saya, terutama anak-anak kami. Saya ada terbaca tentang kisah abang yang tidak balik beraya di rumah sendiri, dan kerap balik beraya di kampung kakak ipar… Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/kali-ni-baliklah-hari-raya-pertama/).
Berlainan pula dengan saya, selama 20 tahun berkahwin dengan orang yang berlainan negeri (pantai barat dan pantai timur), saya hanya “dibenarkan” balik ke kampung saya di pantai timur, hanya 2 tahun sekali.. Selebihnya beraya dan balik ke kampung suami, yang hanya 40 minit perjalanan dari rumah kami, dan hampir setiap minggu mesti balik kampung suami.
Semuanya atas alasan “syurga isteri pada suami, dan isteri mesti patuh cakap suami”…. Nak balik beraya Aidiladha di kampung saya pun, tidak dibenarkan, alasan tak ada cuti… tetapi “sentiasa” last minute boss approved cutie dan akhirnya kami dipaksa balik ke kampung suami…. itulah yang saya lalui sebagai isteri selama 20 tahun berkahwin.
Dan kalau kami balik beraya di pantai timur utk “giliran” 2 tahun sekali itu pun, ia seolah “kejahatan” dari diri saya, pada pandangan keluarga suami… dan suami akan dicop sebagai “suami yang takut isteri”… Dan sekarang, mungkin kesabaran saya telah menipis… selepas raya nanti kami akan bercerai (peringkat akhir perbicaraan).
Bukan isu balik raya sahaja yang menjadi puncanya… tetapi campur tangan keluarga suami yang “mengawal” segala urusan rumahtangga kami.. Even untuk urusan suami menjaga saya dan anak-anak sakit pun, dijadikan “modal” dari keluarga suami untuk memaki saya dan anak-anak, kerana dituduh saya dan anak-anak telah menyusahkan anak lelaki mereka.
Saya pernah memohon doa kepada Allah swt, agar ditunjukkan dosa saya, dari ujian kerentakkan rumahtangga kami ini… Akhirnya saya nampak wajah tua ayah saya… itulah dosa besar yang saya lakukan selama ini… bila saya bertanya kepada ayah, adakah saya pernah buat salah kepada ayah?
Jawapan ayah, “ya. Kau memang ada salah dengan ayah.. ayah kecil hati dengan kau selama ini.. Sejak kau kahwin, kau lebihkan keluarga mertua dari ayah… kau abaikan adik-adik, walaupun kau telah janji dengan arwah mak untuk jaga kebajikan adik-adik…”
Masa tu, hanya Allah swt sahaja yang tahu kelegaan hati saya… kerana inilah punca saya tidak bahagia dengan suami…. dosa saya pada ayah yang membesarkan saya… yang menjadi penghalang untuk saya dapat keberkatan hidup dari Allah… mungkir janji saya pada arwah mak…
Dalam tempoh perbicaraan di mahkamah syariah, hakim telah mengesahkan punca masalah rumahtangga kami adalah dari keluarga suami… dan saya mula nampak suami telah faham ajaran Allah swt yang sebenar… Banyak yang dia lakukan untuk baiki hubungan kami… demi anak-anak…
Tetapi saya juga nampak riak wajah suami yang sedih… dan dia tidak balik langsung ke kampung dia, hampir 2 tahun…. malah dia sanggup beraya seorang diri tanpa saya dan anak-anak (saya dan anak-anak balik ke kampung saya tanpa suami kerana saya dan anak-anak akan dimarahi oleh keluarga suami jika suami ikut kami balik ke kampung saya)…
Apa yang berlaku selama 20 tahun tempoh perkahwinan kami, ia adalah “ilmu” yang amat bernilai untuk saya dan suami mendidik anak-anak kami (keduanya lelaki). Mendidik dgn ajaran Allah swt dan sunnah Rasulullah saw… bukan mendidik dengan “fatwa” orang melayu yang tidak mahu diubah mengikut ajaran Islam sebenar..
Alhamdulilah, kes perceraian kami telah difahami oleh anak-anak kami, dan mereka tidak menyalahkan saya. Mungkin mereka faham dari ilmu di pusat tahfiz yang mereka ikuti..
Saya akan lepaskan suami saya demi syurga dari ibu dia yang dia kejar selama ini, walaupun saya dan anak-anak pernah terluka…. Semoga hubungan saturahim suami dan keluarga suami bertaut kembali dan saya akan mengalah kerana saya faham, saya bukan menantu pilihan kerana saya orang pantai timur….
“Mungkin keputusan saya pilih ini buruk ada pandangan manusia lain… tetapi ia mungkin baik pada pandangan Allah swt”…
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit