Hukuman Penzina

Assalamualaikum aku Si Hitam Manis, bukan nama sebenar. Allahu, sedang ku luahkan kisah ini saya sedang selesai buat solat taubat.

3 tahun dulu saya pernah berzina dengan teman lelaki saya. Saya kenali dia semasa di tempat kerja. Dia baik. Dia selalu dengar masalah saya.

Tapi sayang kami akhirnya terjatuh dalam nafsu kami sendiri, saya terlanjur dengan dia. Lepas terlanjur saya minta dia bertanggungjawab dan dia cakap dia mahu kahwin dengan saya.

Tapi tunggu punya tunggu sampai ke sudah dia diam. Dan dia tetiba hilang tanpa tinggal jejak lepas dia tinggalkan saya.

Saya betul betul bertaubat tidak mengulangi semua perbuatan tersebut. Setiap hari saya merintih memohon keampunan dari Allah atas dosa zina yang sudah saya lakukan.

Kehidupan saya kembali normal. Allah takdirkan saya bertemu dengan suami sekarang.

Saya rahsia kan tentang masa lalu saya sebab saya pernah terbaca seorang ustaz tu beritahu jika aib ini boleh menghancurkan rumah tangga. Tidak perlu diberitahu. Cukuplah hanya kamu dan Tuhan.

Suami seorang yang baik tapi dia seorang yang sangat berahsia. Password hp dia tak pernah beritahu saya.

Disebabkan terlalu banyak rahsia. Suatu hari terkantoi suami ada scandal.

Hancur hati saya bukan scandal dengan wanita tetapi scandal dengan sesama jenis. Lagi hancur jiwa saya masa itu.

Suami berchat lucah dengan lelaki tersebut. Tetapi suami menafikannya.

Saya betul2 jadi hampir gila. Setiap hari meraung memikirkan semua ni.

Saya tersedar inikah hukuman atas dosa zina saya dulu. Saya betul2 tidak kuat untuk laluinya.

Semakin saya godeh2 hp suami makin banyak kisah saya baca. Sampaikan saya takut untuk bersama dengan suami.

Saya pernah cakap dengan suami nak buat test HIV dll. Suami setuju sebab dia cakap dia tidak buat semua itu dan pernah bersumpah pegang al-quran.

Saya minta dia lepaskan saya. Tetapi dia tidak mahu.

Saya siap cakap kita settle luar mahkamah. Saya tidak buka aib kamu. Tetapi suami masih tidak mahu sebab masih sayang saya.

Tapi naluri isteri seperti ada je yang tidak settle. 

Berbalik pada dosa saya zina. Setiap hari saya bertaubat pada Allah. Saya tidak tahu sama ada taubat saya diterima atau tidak, tetapi saya terus buat setiap hari.

Saya ingin memaafkan suami sebab saya fikir saya juga ada kisah silam yang teruk sehingga saya rahsiakan sisi gelap saya.

Saya selalu fikir apa yang suami buat ni adalah hukuman atas dosa zina saya dulu.

Saya sekadar meluahkan. Tiada siapa yang tahu kisah ini.

Hanya pada Allah saya meluah. Saya berharap Allah terima taubat saya ini terima kasih semua kerana sudi membaca luahan saya ini.

– Si Hitam Manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *