Human Emotion Is Fragile

Assalamualaikum. Hi kenalkan aku X. Seorang hamba Allah. To admin, terima kasih sekiranya sudi menyiarkan confession tak seberapa ni.

Aku terbaca satu confession yang cukup baik bertajuk “Cikgu, Mendidiklah Dengan Benar” (https://iiumc.com/cikgu-mendidiklah-dengan-benar/) yang mana aku tengok mendapat cukup perhatian dan reaksi dari para pembaca di FB iiumc.

Aku sangat tertarik dengan pelbagai komen2 yang dilontarkan. Satu persatu aku baca secara diam.

Tapi aku terasa nak mengarang pulak sikit apabila melihat segelintir yang seakan tak boleh terima hakikat apabila melihat ramainya pembaca yang berkongsi pengalaman pahit buruk mereka bersama guru2 mereka dahulu.

Ya bagi mereka semua manusia berbuat silap jadi tak usahlah diungkit kesilapan yang lalu.

Keluarlah ayat basi mengagungkan guru sebagai lilin yang membakar dirinya menerangi orang lain sampai tidak boleh ditegur langsung. Biarlah cerita baik2 saja dikongsi yang buruk2 ni aib katanya jangan disebar.

Pada aku pemikiran seperti ini tersangatlah tidak betul. Sepatutnya kesalahan2 yang lalu itu menjadi pengajaran serta panduan bagi kita pada masa sekarang dan juga masa depan kelak, agar kesilapan yang serupa tidak berulang.

Tiada siapa menafikan, menjadi guru ini pekerjaan yang sangat mulia. Memberi tunjuk ajar kepada anak bangsa sehingga berjaya. Tersangat benar dan diakui jasa2 mereka.

Tapi perlu diingat, yang salah tetap salah tak kira siapa hatta ibu bapa sekalipun tidak berhak menyakiti emosi anak2 walaupun niat nak mendidik. Apatah lagi guru2. Nak mendidik ni ada caranya. Kalau tak siapa2 saja boleh jadi guru sembarangan kan.

Cuba tanya diri kita, seronok ke kalau kita ataupun adik, anak kita dimarahi tanpa sebab?

Ibu bapa, fizikal dan lain2 kekurangan kita dihina? Aib kita disebarkan dan dijaja sebagai bahan umpatan di bilik guru?

Dimalukan disindir dipersenda dan diketawakan rakan2 hanya kerana tidak dapat jawab soalan? Dihukum dengan tidak adil?

Sedangkan kita yang dewasa ni pun berkoyan-koyan buat confession mengenai cabaran dugaan hidup berkeluarga, di tempat kerja dan sebagainya.

Jadi mengapa terdapat pemikiran yang berpendapat bahawa perbuatan2 sedemikian oleh guru2 terhadap anak murid sebagai perkara yang remeh? Adakah budak2 ini tidak punya hati dan perasaan seperti kita?

Sebenarnya luahan yang menggunung daripada pengkomen2 mengenai pengalaman masing2 itulah bukti bahawa trauma zaman kanak-kanak itu benar dan betul2 berlaku. Emosi kanak2 ini tak sama seperti orang dewasa malah jauh lebih rapuh.

Terlalu banyak kajian dijalankan di luar sana mengenai psikologi dan emosi manusia. Antara faktanya ialah kita cenderung untuk mengingati memori yang menyakitkan lebih mudah berbanding memori yang indah.

Ini menerangkan mengapa memori yang perit terpahat lebih kukuh di ingatan kita. Lisan mengatakan sudah memaafkan tapi hati belum tentu.

Daya ketahanan setiap individu juga berbeza. Kita kuat, mampu melupakan tak bermakna orang lain juga sama. Itu pentingnya berempati sesama manusia.

Belum sentuh lagi kesan terhadap pelajar secara spesifik. Kalau asyik dimarah sahaja kelak akan takut untuk mencuba kerana tidak mahu dimarahi.

Pelajar yang dihina rupa paras, fizikal mahupun latar belakang keluarga akan berasa malu untuk bersosial dan menyisihkan diri serta tumpul keyakinan diri untuk berhadapan dengan org lain.

Tak perlu aku ulas juga impak terhadap pelajar yang didera secara seksual oleh guru2 syaitan bertopengkan manusia. Ada yang sampai deppressed.

Aku sendiri ada pengalaman manis dan pahit dengan guru2 aku. Guru2 yang rapat dengan aku lemah lembut dan baik hatinya aku doakan kebaikan dunia akhirat.

Untuk guru yang sebaliknya aku harap semoga timbul jua kekesalan dihati mereka walaupun secubit.

Nak menghukum, biarlah bersesuaian dan kena caranya. Bukan dengan menghina, mengherdik, memalukan dan mempersenda.

Hatta merotan pun lebih ringan berbanding cara2 yang sedemikian. Sekurang-kurangnya luka dirotan boleh dirawat. Tetapi luka dihati akan menjadi parut kekal.

Aku tau cabaran guru2 zaman sekarang tidak sama seperti dahulu. Terdapat kekangan tambahan daripada ibu bapa dan sebagainya tapi kalau aku ulas juga entah berapa hari baru habis. Namun tetap bertabahlah.

InshaAllah akan dibalas olehNya diakhirat kelak.

Akhir kata, kikislah pemikiran yang guru ini sentiasa betul dan tiada salah langsung. Pelajar juga mempunyai hak sebagai seorang manusia sepertimana gurunya.

Wassalam.

– X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *