Thanks admin benarkan aku meluahkan.aku bukan student iium.aku study kat ipta di sebuah negeri yg paling besar di peta.aku anak sulung and adik beradik tak ramai.so mmg ibu ayah rasa bangga once ada peluang aku sambung belajar.disebabkan aku berada jauh dari family.aku rasa serba salah nak mengadu kat diorang..bila aku call kdg2 aku sedih dengar ibu aku cerita keluarga aku sekarang diduga dgn mcm2 hutang.ayah aku kakitanga kerajaan.dulu kami sekeluarga tidak susah sampai tahap api air rumah ku mahu dipotong.ibu cakap hari isnin ni last org tu bagi tempoh.aku kesian kan ayah.dia sekarang mcm da tk tentu arah.kadang2 aku terpakasa mintak duit kat dia sebab aku betul2 da habis pinjam dgn kawan.mmg betul duit bukan penentu kebahagian.tapi sbb duit jugak keluarga aku huru hara.ibu ayah selalu bertengkar.ibu aku malu.dgn status ayah yg pekerjaan awam tapi tak mampu untuk biaya semua tu..masa aku masuk sini 3bulan lepas aku mintak ayah slip gaji.untuk uruska ptptn.aduhai.baru aku tahu gaji ayah byk kena potong sbb dia byk buat loan..lagi berapa minggu tinggal..tiket flight pon haritu.aku dahulukan pakai duit ayah kawan aku.kesian kat ayah.dia terbeban.ibu mcm tak menyokong dia.aku sedih juga dgn ibu..actually pasal duit ptptn aku tu.untuk 3 sem dia akan potong rm500 sbb dulu masa kat matrik aku ada dpt rm1500.aku mmg tak nk.sbb aku fikir elaun da cukup.tapi ayah aku perlukan duit tu.untuk uruskan hutang dia.so aku kenalah amik duit ptptn tu.and sekarang.once haritu aku dapat duit ptptn kat sini.mmg tak byk.and kebetulan ibu aku ckp.nama ibu nanti nk kena blacklist sbb ada satu hutang ni.aku pon mmg nak bg ibu duit belanja.so aku bg la sekali duit untuk ibu byr hutang..aku da nk balik semenanjung.aku kalau boleh tak nk minta ayah duit.sbb duit aku da nk habis..aku selalu doa biar ayah dpat habis jelaskan hutang2 dia…(untuk ayah).ayah selalu tanya apa aku mkn.aku selalu tipu aku mkn cukup..semoga keluarga aku dan yg senasib dgn aku kuat Dan sabar..maaf la kalau cerita aku serabut..
– Manda