Hye Ex,Apa Khabar Awak disana?
Salam,
Ini peringatan untuk yang bernama manusia secara am dan lelaki secara khususnya.
Begini,aku kenal seorang Hamba Allah ini.Background agama, nampak boleh dipercayai dan bersungguh nak aku (pada mulanya)
Seminggu lepas kenal maka dengan laju dia kata dia hendak kahwin dengan aku.Wp masa itu aku malas nak layan tetapi menengok kesungguhan dia maka aku pertimbangkan.
Dari stranger ke kawan ke someone i thought he is da one.
Masa bersilih masa,saat dinanti tiba.Mak Abah kami setuju hendak berjumpa untuk perbincangan perkahwinan kami.
Aku pun yippila sebab aku dah tersuka dengan dia.Salah.aku.
Hari dijanji aku dan family aku bersiap semua.Call dia,ehhhh~ dah drama mana kau ni? Masa itu aku malu gila nak bertentang mata dengan Mak Ayah.
Sampai ke petang baru dia angkat phone.
Dia beritahu aku dengan 'bangganya'
'Awak kita berserah pada ilahi ya.Maaf'
Yey ka da wa ley!Kau tahu kau nak berserah pada ilahi bukan masa saat kau dan keluarga kau datang jumpa family perempuan bhai.
Macam itu je,3 tahun dia kejar aku dan family.Dah dapat kepercayaan family aku dia melarikan diri dan suruh aku redha dengan mengingati tuhan.
Siap masa break lagi mula dengan ayat:
"Bismillah dengan ini saya hendak memutuskan hubungan dengan awak"
MasyaAllah Akhi!Stock bajet alim ini patut dicampak ke lautan china selatan.
Rupanya baru aku tahu dari kawan dia masa dia g umrah konon nya untuk berdoa for kami di Raudhah.He meet someone there.
Aku percaya pada ketentuan Allah swt.Kalau dah takda jodoh its okay.
Tetapi untuk kau treat family aku mcm ni?Apa salah beritahu dulu yang kau memang dan tak hingin?Dan tak memeningkan family aku dengan preparation dan kesungguhan menerima kau?
Why?Why?why?? Aku dan family tak deserve ditreat dengan adab kea?
Hurm.Maka aku pun terima kalau itu yg terbaik untuk semua (nampak cool padahal separuh jiwa ku belajar matikan perasaan itu sebab aku tak nak Mak aku risau tengok aku)
Kemudian,ingat habisla cerita.Tak,kau mula rasa sakit hati bila nampak aku bersama dengan orang lain.Bila orang lain menunjuk kesungguhan itu kau gelabah.
Kau lagi gelabah sebab aku tak da tanda nak kembali pada kau.Yela buat apa kembali pada benda yang tak hormat diri kau dan keluarga dok?
Kau pun super gelabah yg kemudian menjadi dendam.Kau hasut semua orang sekeliling aku, kau fitnah aku sampai satu tahap fitnah yang tidak benar sama sekali.
Masa itu aku belajar erti sabar sebenarnya.Aku pernah sayang kau jadi aku cuba untuk meletak amarah aku dihadapan aku wp apa yang kau buat.Aku cuba rasional sebab aku tahu kau terluka.
Kau?Tidak kau guna pengaruh besar kau untuk ajak orang boikot aku.
Alhamdulilah,dari situ aku belajar sapa kawan sapa lawan.Dan aku belajar apa erti sayang sejati.
Aku bersyukur pada Allah swt tunjuk kau siapa sebenar sebelum kita disatukan.Wp perit tetapi sungguh pengaturan Allah yang sebaik-baik untuk hambaNya.
Alhamdulilah ala kulli ni3mah.
Conclusion, andai lembu diikat pada tali,manusia itu diikat pada janji.
Belajar untuk jadi berani yang seberaninya.Lelaki yang sejati tidak membuang kata janji seperti manusia membuang sampah selepas pasar malam habis.
You may laugh now,but you may not when you wipe your daughter tears for the same reason.
Dan aku?Untuk setiap hujan ada pelangi.Dalam tiga tahun bersabar layan kerenah tak matang kau.Aku jumpa someone yang matang, baik akhlak dan bonus he is handsome with good career.Hik hik.
I dah pass kad kahwin kat family you.I kan rasional mana ada revenge tak matang cam you.Kita kena jadi perempuan yang bijak.
Oh ya kita masih berkawan di social mediakan.Just i hide your activity.Nanti selamat cuci mata duhai ex!Yippi!Good luck (Ala Michelle Phan)
– Dila Ria