Assalamualaikum
Terima kasih admin sebab approve.Aku ni seorang yang introvert kat dalam sebenarnya.payah orang nak rapat dengan aku sebab aku banyak insecurity.Bila orang kenal aku…semua orang akan pelik.kenapa orang seceria aku takde kawan sgt? Kenapa orang yang pandai bergaya cam aku tak femes and kawan dengan budak hot? Banyak benda yang diorang tak faham pasal aku.Ni rahsia insecurity aku.Aku ni asal keluarga miskin.Rumah aku memang buruk and kalau datang memang orang kata cam selekeh la.Bkan tak kemas tapi cam semua perabot kan buruk so nampak la betapa miskinnya aku.aku malu nak kawan dengan orang lain lebih2 lagi budak2 yang lebih kaya daripada aku.Aku takut diorang pandang rendah kat aku and hina aku or bagitau orang lain pasal aku.Sebab tu aku pilih kawan yang setaraf dengan aku.budak pendiam so that rahsia aku takde terbocor kat sesiapa.aku ada pengalaman kawan dengan budak kaya…aku tau dia ikhlas kawan dengan aku tapi dia tak sedar dalam diam aku terasa sebab dia tanpa sedar menghina aku.cam depan kawan2 dia cakap pasal family aku semua tu.then kalau pergi tempat mahal…mesti cakap yang aku tak mampu nak bayar.cam weh…sadis sangat ke aku sampai kau nak cakap kat orang pasal kemiskinan aku? Dah tau aku miskin kenapa nak masuk tempat mahal? Aku terasa gila dengan orang camni.kedua aku ni jenis suka bergaya.orang selalu ingat aku kaya tapi actually semua barang aku cap pasar malam jer.memang stail aku sukakan kecantikan dan kekemasan.so bila orang tau aku ni miskin…cam mula la mengata orang miskin berlagak kaya.Actually semua tu untuk keyakinan aku sebab dlu masa sekolah orang selalu hina aku selekeh.Then bila masuk u aku nak ubah penampilan aku so that takde orang pandang serong dengan aku.Ketiga pasal family aku bukan sahaja miskin tapi asal dari kampung so kadang banyak hal aku tak tahu.Bila orang tau aku asal kampung semua cam hmmm budak kampung mesti cam perangai kampung.yess…aku orang kampung and kampung alu kampung orang termiskin tapi aku dibesarkan di bandar sebab selalu stay asrama kat bandar dari tingkatan satu.so diorang banyak tak tahu yang aku tak kekampungan seperti diorang fikirkan.keempat pasal family jugak.Aku ni cam anak terawal la jugak so aku ada adik2 yang masih sekolah bawah aku.aku ni harapan keluarga.Aku takde abang or kakak yang kerja senang semuanya kerja kampung jer.Aku takut orang tahu and tak nak kawan dengan aku.Aku tak suka simpati orang lain.So lastly satu jer point aku sebenarnya.semua insecurity aku pasal harta.disebabkan aku miskin aku takut orang tak suka kawan aku.ye la…cam nak ajak outing pom semua kena fikir bajet.kalau keluar dengan aku naik bas..makan tempat murah and beli pom sikit2 jer.tu pom semua barang jenama murah.Aku tak macam korang yang kalau takde duit bleh call family mintak sebab aku nak call pom rasa bersalah nak minta duit sebab aku tau betapa miskinnya keluarga aku.Aku nak belanja orang apatah lagi.Aku tak mampu.Tu jer point aku.aku cuma rendah diri dengan kehidupan aku.dah la miskin muka so so jer otak pom bebiasa tapi aku cuma leh bagi keihklasan dalam persahabatan.aku setia dengan kawan aku.susah senang bersama.ada ke yang nak kawan dengan orang macam aku? Mohon komen.
– yoo hye jung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
:)
Ak nk je kawan.. meh pm ak
Nak kawan nak kawan . Sebab kat sini pun aku takde kawan hahahahahahaha
nak kawan jgk ! :D
pelik lah klu org yg malu nk mengaku asal kampung nie.. aku bangga kot blh cerita apa ada kt kampung aku nie.. satu lagi, awk hidup jgn layan sgt mulut org.. hidup utk kepuasan ati sendiri dan xmenyusahkan org serta xlupa asal usul dan kaum keluarga kat rumah.. cari kejayaan sendiri dan buat keluarga dan diri sendiri bahagia
Boleh je PM aku.
Bljr rajin2 tingkatkn diri..majukan diri dn family, jgn layan mulut org yg suka mengata..
hai yoo hye jung!! haha
aku pun asal kg jugak, tp takda la sampai malu nak mengaku asal dr kg dan miskin. aku sampai masuk U pun pakai biasa2 je. baju sama je bertahun2, nak begaya mana ada duit.Ada je kawan kutuk belakang, tapi lantak pi la. dah kerja ni ada la sikit duit nak bergaya dan beli barang mainan. hahaha. just be yourself XD
Nice. Part beli barang mainan tu. Pastu cakap beli untuk adik. Haahah
haha. adik punya 1 cukup la. diri sendiri punya banyak sikit. buat collection XD
Affan Azseri
Syafina Azseri ??????
Bersyukurla even awk 2 miskin,awk msh ad keluarge. Cukop sifat. Ad kaki ad tgn. Ad otak nk bpikir. Xplu nk malu dgn kuarge sndr. Klu dorg xd,awk pn xd kat dunia ni. Klu awk nk org ikhlas bkawan dgn awk,awk pn kene same ikhlas. Jujur dgn diorg siape dr awk yg sbnr. Letih tau nk menyorok dgn org pasal kebenaran. Klu die xnk trime xpela. Dr si2 da nampak die patot jd kwn ke x.
Hmm x suka term kekampungan. “X kekampungan seperti yang drg fikirkan” Best sgt ke jadi org bandar. Biarlah kampung, takpayah kejar kawan yg materialistic, kebendaan nanti awak pun jadi sama. Be yourself. Kenapa perlu malu. Awak ade image yg perlu di jaga ke. Biar miskin, awak boleh ubah nasib awak, just be yourself okay.
Jadilah diri sendiri..tak perlu jadi org lain… Tak mati pun klu org kaya tak nak kwn dgn ko…apalagi klu diaorg kutuk ko… Ko tetap diri ko… Yg penting percaya dan yakin pada kemampuan diri… Rata2 kat sini dtg dari kluarga miskin… Sikit je yg dtg dari kluarga kaya…biar miskin harta asal kaya budi bahasa…InSyaaAllah murah rezeki…
Husna Naraa ni lekk je asal kampung, tp kawan dengan hotstuff. Pm dia, manatahu boleh jadi kawan. Hehe
Aq dok kampung, lps stpm pindah kl, dok sana sampai awal tahun ni.. Sampai jelek la.. Bkn nk kutuk pon bandar k.. Tp kampung pon ada keistimewaan dia jugak, brg murah. Org baik Dan kes jenayah kurang, jem kurang jd stress Dan jumpa org gila dkt jln pon kurang.. Walaupon gaji murah sbb kerja Di kaw kampung, tp berbaloi lah dgn kegunaan gaji tu. Rumah dah X payah bayar, mkn tu tong tong dgn adik beradik dgn mak ayah.. Dia org sgt lah x kedekut kalau kita tgh pokai Dan tgh lapar.. So, relax je.. Org X nk kawan kita, kita X mati pon..
Nak kawan dgn awak..terima diri kita seadanya dan bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang loving, berkawan la dengan orang2 yang ikhlas nak berkawan dengan awak dan sederhana lifestylenya…
Aku bca menda nie suka suka jewp. Tp aku tertarik lak nak ngomen kat confession nie. Aku x tau camner kat UIA sbnrnya tp bagi aku simple. Kenapa kau nak malu kau drik keluarga miskin? Xyh malu. At least kau ada mak bapak yg nmpk gler syg ke kau. Kau nk blajar depa usahakan kau dpt belajar. Kau ada akal kowt, kau ada rumah kowt. Ada org lagi susah dri kau n depa biasa x tunduk pndg bumi jdik napa kau nk tnduk nie? Kau malu ker pki cap pasar malam? Knpa nak malu? Asalkan kau berbaju nak malu apa. Bkn kau bogel pown. Relax sudah. Duit kau beli bukan mntx drik kwn kwn kau yg ngata tue. Len kali depa kata kau berlagak kaya, kau ckp jewp “ala. Aku nk buktikan xkaya pun blh nmpak kemas dan bergaya. Bukan berlagak kaya.” Or something like that. Kau malu ker dtg dri kg? Saudara/ri, xyh malu. Bandar kg xder beza. Yg penting attitude and hati. Duit mmg penting tp x penting mana. Klu org yg kau nk kwn pndg duit, cancel jep plan tue. Kwn camtu xley pki jenis nk tumpang senang jewp. Carik kawan yg blh jdik sahabat. Hilangkan insecurity tue. Kau kna ingat, dlm byk kekurangan yg kau nmpk, byk lagi nikmat Allah bgik kat kau.. jdik knpe nk pndg kekurangan tue? Pndg kelebihan yg diberi lgi bgus, ea dak? Chin up and live. Lepas sukses senangkan family awk. ^^
aku pon loner. hmm. jom kawan
Ramai kawan tapi buat semak xde guna juga kan?
Nak tengok diri kita, tengok dengan siapa dia berkawan.
Ada sesetengah orang memilih buku sebagai kawan which is the best.
Syazwani Izzati Ridzuwan dia ni mgkin kna masuk umk,pstu kwn ngn kita.hahahaha
Hahaah kan,dasyat bdk u dia too jugdemental. Kat umk smua mcm org kg. Hahaha kasut getah deret. Hahaha
Mesti dia x rasa tersisih klau masuk umk.hahaha.blh naik bas buruk p pasar.kakakaka
Hahaah beli brg pun kt psar jeli ja. Pling2 pun tnh merah. Xdak rezki dia jumpa org mcm kita. Cewah haahaha
kekayaan tu pun bukan milik kita..siapa yang berkawan kerana kekayaan itu bukan sahabat yang sebenarnya..Allah kalau nak bagi rezeki sekejap je.Yang penting pilih kawan yang kaya jiwa.In shaa Allah susah senang ada bersama.Saya nak je kawan dengan sis
Bia miskin. Bia muka so so. Jnji perangai jgn mcm jilake.. kau loner sbb kau tkt org tau ko miskin. So what..asl klu miskin mmg kena hina jeke?
Orang kaya bukan la org yang ade banyak duit,tapi orang yang bebas hutang.
awak, meh kita kawan..saya tkdak lah asal kg, tp tak senang dan tak susah..sedang2 ja, meh lah kawan..
Hrmmm.. kalau kat Uni, kawan macam nilah aku cari, at least jimat sikit dari yg asal family biasa2 tapi banyak berjimba & berbelanja. Awak confessor, jangan merendah diri sangat. Be yourself. Bak kata pak cik Bill Gate, lahir miskin bukan suatu kesalahan, tapi mati dalam keadaan miskin tu baru kesalahan diri sendiri (aku translate je ni). K byee…!
Akak pom org miskin..bkn asal kampung sgt..tapi akk suka hidup di kampung..akk pom suka bgaya tapi akk lbh suka gna brg2 murah dlm semua segi..akk xrasa sedih pom kalo org kutuk2 akk.bkn derang yg tentukan syurga neraka akk..kalo xde org nk bkawan sbb pk akk miskin..akak pom xkesah..pedulikan dik semua pndgn negatif manusia..kita mati nnt bkn bwk derang pom
Nape pom kak? Hehe comel cenggitu??
salam pak cu arang.nma smaran aihehan.di sini sudi trma..,itu pn klau awk nk,ok salam
Kita ni kalau dengarkan sangat mulut orang memang takkan ke mana. Kawanlah dengan sape pun janji jadi diri sendiri. Kalau kawan ajak pergi tempat mahal2, kalau tak boleh, taknak, kata je taknak. Lantak p lah dia nak kata apa, hidup kita. Kita yang tanggung.
Jadi diri sendiri.. yang penting jati diri kena kuat.. Hidup susah tu lebih bermakna dan menghargai erti syukur.. Dunia makin kejam.. jgn sampai lalai leka dgn dunia…
Jgn selalu compare hidup kita dgn org yg lg senang dri kita… tp bndingkan diri kita dgn org yg lg Susah dri kita.. insyaallah kita akn lebih brsyukur… sy tgok kt iium confession ni ada ramai yg confess tentang masalah family… tp Alhamdulillah awak ada family yg supportive. Jdik je diri sendiri… yg mna nk kwn ngn awak dia akn stay.. yg x nk xpela… insyaallah Allah akn berikan sahabat yg baik dan yg phm awak.. jgn rasa rendah diri sgt.. bljr pndai2.. dpt kerja yg baik.. ubah kehidupan awak dan family. That’s it
Lek ah. Just be you,beb. Be yourself. Whatever it is, you’re just special version of yourself.
Walaupun kau kata rumah kau buruk, perabot buruk,. Weh, be grateful. At least kau still ade rumah. Kan?
I know how it is being an introvert. Sbb aku pun introvert. Kekadang susah nak rapat dgn org sbb rasa inferior. Sebab kawan kau mampu pegi tempat makan mahal2 tapi kau still berkira nak habiskan rm40-50 makan tgh hari kat satu kedai je, sbb rm50 kau boleh survive 4-5 hari kat kolej.
Belajarlah bersyukur weh. Kau ade keluarga. Kau ade rumah. Kau ade orang sayang kau. Kau tak nampak ke semua ni? Kenapa kau nampak hidup kau miskin?
Sedangkan kau kaya dgn kasih sayang, keluarga.
Aku pun tak ramai member sbb introvert aku. Tapi bukan sebab aku malu pasal family aku, tapi kau tahu kan introvert selalu rasa penat exhausted bila ramai2 lama2. Tu je.
Same la kite.
buat x tau jaa.. just be yourself.. Bersyukurlah
adik ni pm akk,nnti kk tunjuk miskin dn kampungnya akk ye jgn malu ingat ko sorang ke yg miskin n kampung2 ni..ramai la..tpi xda la orang nk viralkan nnti masuk bersamamu..kan .kan..
Aku rasa Insecurity kau bukan pada tempatnya. Lebih pada kebendaan yang secara tersiratnya kau pun tau harta banyak pon tak kemana kalau perangai cam syaitonirrajim.
Kau buat rilek. Orang kalau mengata memang takkan habes. Mostly yg duduk bando tu pun aku rasa ramai je yg dari kampung yang bermigrasi. So kau and die takde beza pon.
Kau blajaq pepandai na. From there you can change everything, Inshaallah dengan doa dan usaha. Perangai masyarakat ni jangan difikir. Sebab tu la jadi tak seimbang. All the best dek non!
Kenal allah dulu
Eh..asal kampung la best. Boleh tangguk ikan, terjun tiruk sungai, panjat pokok manggis, main tuju selipar, masuk utan cari buah gasing, best wooo.. Miskin pun best, pengalaman..atap bocor, seluar trek koyak, tudung comot..semua tu menjadikan kau kaya sebenarnya.. relakssss..
Keluarga aku x kaya mana, kenduri kawen aku, 5k pun x sampai..khemah pinjam aset surau, meja papan lapis, bangku alas batang kelapa, meja pengantin deco garage je.. Tu pun aku bahagia sesangat dh.. ko jgn sedih2 beb.. pandang positif semua perkara..
Ko hati2 dik, aku bimbang klu ko kaya satu hari nanti, ko jadi materialistik. Ko rasa kaya tu bahagia. Aku kenal sorang manusia mcm tu, masa kecik miskin, bila besar duit adalah segalanya pada dia, jadi berkira, kedekut, even dgn mak ayah pun dia kira2..
aku nk kwn gan ko
Pom pom
Naik bas? Hehe. Tu la yg best tau kalau belajar kat area selangor.
Aku mlas kalau bab nak naik teksi ke apa ke yang mahal macam meriam, rela tunggu berejam. Barang branded? Hehe. Xde can la nak masuk line aku barang branded sebab xminat dan xde duit hahahaha.
Meh la add aku kalau nak kawan, leh teman aku jalan2 naik bas ke hulu ke hilir
yoo hye jung sempat lagi confess. pi hospital nuhh busy kan nak layan pesakit, nak bercinta lagi kan. *doctors*
hi, saya nak berkawan dengan awak, meh pm saya.. eheheee, seriusss
Hoi
dia perempuan la. sibuk je
Sibuk sikit je
Introvert usually happened because we accepting an opinion that we are not enough for other people and we afraid that we might hurt badly even for smallest issues. These are social interaction bad effects.
What are the solution? Buck up. Hardest experiences and keep hustling even the job is pretty pointless and low, because it keeps the perspective of your life. Kerja buat burger orang pandang hina tapi kita menang dalam diam, orang pandang hina itu bukan menyusahkan hidup kita dan mampu berkata. Kita? Dapat duit dan berusaha dapatkan lebih duit. Kerja susah buat kita appreciate every little things in life. Orang kaya bukan tak appreciate tapi sometimes harsh times makes us stronger, and strong enough to stand for your own opinion.
Miskin? Kene herdik? Maybe insensitive for them but we can take positive aspects from that. “Kaya kalau dari usaha sendiri hina orang lain miskin? Hmm miskin adab”. “Kaya sumber ibubapa tapi trash talk kita yg hustle? Hmm lagi ghetto and bodoh”. Nampak tak kita menang dalam diam.
Ini memang introvert jenis yg takut bersosial sebab paranoid tanggapan orang lain. Saye introvert yg boleh switch off. Extrovert kalau orang ajk saya tapi ada masa introvert saya, elak manusia sepanjang hari untuk bagi saye truly happy and peace.
Dont worry, hey lemme give you bad motivation. They are just plain dumb and morons who dont know hot to use the money, we the poor know how to handle money like gentleman and one more thing the benefits of being friends with the poor, you got honest friend who just like your personality.
The rich? 1000 friends that just wanting the fame and money, and 1 true friend that the rich keeps ignore. Happy eid.
Aku pun orang kampung, adik ipar aku pernah kutuk aku orang kampung tak standard. Dulu lagi macam-macam penghinaan dia pada aku dan suami. Kami sabar je. Last-last satu persatu Tuhan balas pada dia, aku nampak dengan mata kepala sendiri. Rupanya bila kita bersabar dan tak balas, Tuhan yang akan tolong balas. Aku cerita sebgai pengajaran je.
Entahlah tapi kalau kawan atas dasar duit susah aku rasa. Aku jujur suka kawan yang jenis berterus terang dari yang suka belanja aku makan. Tak mampu? Pergi mamak lebih dari okay. Masak sendiri lagi best. Makan kongsi lagi rasa rapat. Aku ni bukannya kategori kaya tapi setakat ni tak pernah berlapar dan majoriti kawan aku biasa biasa je. Ada yang tak mampu aku cuba tolong dan aku rasa bersalah sangat kalau kawan aku malu nak mengaku yang dia tak mampu. Cari yang ikhlas dan tak mengungkit. Kalau suka mengungkit walaupun kau dah berterus terang, jauhkan diri. Kita kawan kena menerima gituuuuu.
Lek ah. Aku orang kampung jugak, dan aku bangga gila lahir, membesar & tinggal kat kampung . Dan aku happy je aku tak fikir pasal beli gadjet2 macam orang lain. Seumur hidup ada lah sekali pernah pegang video game tu tapi tak pernah main pun haha