I Am Alone

Salam semua. Saya bahasakan diri saya sebagai Mira (bukan nama sebenar). Saya seorang isteri, ibu kepada 3 anak, kakak, adik dan wanita bekerjaya.

Ya saya bukan seorang anak kerana kedua ibu bapa saya telah meninggal dunia. Ibu pergi ketika umur saya 18 tahun dan ayah ketika saya umur 28 tahun.

Saya bersyukur pemergian ibu saya, ibu saya ada meninggalkan rumah, kereta dan sedikit wang untuk kami adik beradik.

Berbekalkan semangat dan didikan arwah ibu saya berikan, saya berjaya menghabiskan pengajian saya sehingga Master.

Saya sudah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang bijak dan cerdik.

Asam rumah tangga ada kala manis dan ada kala pedih untuk diterima.

Setiap kali saya selisih faham dengan suami saya, saya seperti tiada arah untuk dirujuk. Kebanyakan isteri akan ke rumah orang tua nya. Namun bukan saya.

Saya tiada orang tua untuk dicurahkan rasa dan meminta nasihat. Adik saya berada di utara. Saya dengan abang saya kurang rapat dan sejak dari kecil.

Kami jarang untuk kongsi perasaan dan masalah. Mungkin kerana faktor saya adik perempuan dan dia seorang abang.

Apabila saya selisih faham dengan suami, saya rasa tiada sesiapa yang boleh melindungi saya selain dari seorang suami.

Tetapi bila berlaku krisis dengan suami, saya rasa saya seorang di dunia. Tiada sesiapa bersama saya.

Kedua ibu bapa mertua saya orang nya baik tapi baik macam mana pun menantu, anak sendiri yang jadi keutamaan.

Pada tahun 2019, bapa saya seringkali dimasukkan ke hospital dan saya jarang ke hospital,

Oleh kerana sifat penting diri suami saya tidak membenarkan saya menziarahi ayah kerana anak saya baru 6 bulan dan bahaya akan jangkitan di wad.

Saya faham tetapi suami liat untuk menjaga anak dan sehingga ayah saya nazak saya tak dapat bersama ayah saya.

Kerana hal itu saya seringkali menungkit dan rasa hormat saya pada suami semakin pudar.

Wang yang ditinggalkan oleh arwah ibu disuruh saya beli rumah bawah loan saya seorang dan saya tidak diberitahu nama suami juga ada dalam S&P.

Bagi saya, dia pandai mengambil kesempatan atas peluang yang ada. Kebanyakan kewangan berkaitan rumah semuanya dituntut bahagi 2.

Sebagai seorang wanita yang tiada lagi mak ayah dalam hidupnya, saya memohon nasihat kerana saya merancang untuk tuntut fasakh.

Mohon pandangan dan nasihat apa yang saya perlu lakukan sebagai persediaan menjaga kebajikan anak2 dan diri sendiri.

Terima kasih.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *