Aku nak respon dan share story pasal menantu & mertua. aku sokong. memang mak adalah insan yang paling mulia. tapi mak pun manusia biasa. mak pun kadang2 ada bias & sifat pilih kasih pada anak menantu.
aku tak duduk sekali dengan mak mertua. tapi sangat kerap kena balik rumah mak mertua. sebabnya, kalau mak mertua aku demam..semua anak2 dia akan dipanggil. kalau bacaan kencing manis teruk pun, semua anak cucu pun kena panggil. aku kena apply emergency leave banyak kali. ada satu hari, aku tak ikut suami aku balik sebab aku ada tugas tak boleh elak. memang jadi isu. sampai tahap dia keluarkan statement, "menantu dah gaji besar. mana nak jejak rumah aku lagi". walhal mak aku demam pun aku tak balik kampung juga & mak aku tak sibuk2 suruh balik kampung.
masa aku belum ada anak, akulah yang terkontang kanting sorang-sorang kat dapur. siapkan breakfast, dinner, lunch. itu belum masuk time kenduri kahwin. orang lain semua dah siap pakai baju lawa2, aku juga tercicir sebab lintang pukang tolong bahagian dapur. kena minta tolong suami aku take over sekejap supaya aku boleh mandi n pakai baju lawa2.
bila dah ada anak, pun dia request aku turun dapur. berkelek aku dengan anak kat dapur. dengan anak susu badan lagi. Tuhan je yang tahu. ipar duai lain ada tolong2. tapi nanti bila anak diorang keriau, tak jenguk dapur semula dah. aku pi depan. pakat lena dah semua. tahu2 bangkit nanti, aku dah siapkan lunch. itulah rutin aku kalau balik rumah mertua.
paling aku sakit hati sebab aku belum tambah anak. tiap kali aku balik, mak mertua mesti tanya, "kesian aku tengok ko ni amir (nama anak aku-bukan nama sebenar) takde kawan. mak ko tahunya beranak sorang je". atau "orang lain yang kawen lewat dari kamu pun dah nak masuk 3. kamu…duit banyak..anak sorang je".
kadang-kadang benda macam ni kita malas nak heboh kat orang. tapi masalahnya kita nak pendam pun takut bernanah. nak share dengan suami sendiri, takut jadi perang. aku pernah pergi kaunseling. ayat tipikal, "sabar". aku tahu sabar itu istana iman. tapi kesabaran ada limit. aku terpaksa juga luah kat sini. sekarang ni, aku jadi malas nak balik rumah mertua. dalam kebanyakan masa, suami aku balik sorang. aku tahu akan jadi isu. tapi penat tau tak, asyik kena masakkkk je dari pagi sampai petang. kalau masak je takde masalah, bab nak tahan telinga tu pun sakit juga.
untuk yang bergelar suami dan bakal suami, memang bagus isteri anda ringan tulang bantu mak anda di dapur. tapi pernah tak anda tanya perasaan dia? terutama isteri2 yang bekerja, yang biasa masak kat dapur lepas kerja, yang tidurnya jam 12 mlm dan bangunnya jam 5 pagi, tanya perasaan dia betul2. kadang2 dia balik kampung untuk berehat. atau sekurang-kurangnya kalau anda nak dia masak kat dapur mak anda, tolonglah dia. tolong dia sediakan bahan2 dan sebagainya. ya, anda kena jaga hati mak mertua anda. tapi anda juga kena ingat bahawa isteri anda adalah kunci syurga pada anak2 anda. kalau isteri anda diperli oleh ibu anda, tolonglah beri ayat yang boleh clearkan situasi atau ayat back up dia yang tak sakitkan hati ibu anda,
Sekian.
– Mrs. Y
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Kite layan mak mertua mcm mak sendiri, tapi mak mertua tak layan kite mcm anak sendiri pun.
Sebabnyer kita ni dilihat sbg ‘perampas’ kasih sayang..
Tak payah kahwin loh.
Mak sendiri pun tak dilayan istimewa cmtu ?
Haaa kannnnnn
Pompuan gini gedik nak tunjuk dia queen la konon. Dia jadi sakit perut tengok anak lelaki dia buat baik kat bini sendiri. Eshh geram akuuu
Takpe la kalau mcm tu mak mertua boleh la kahwin dgn anak sendiri. Biar dia simpan anak emas dia tu leklok. I got better things to do, rather than taking care of anak emas.
ni mesti semua belum kahwin lagi ni… hahhahah
So?
comel discussion awak semua ni!! haha… sbb tu I guess korg belum kahwin
K
It’s okay. Marriage isn’t everything. Doesn’t define someone.
Thank you Lola Mel Zati
Aku dah kawen dah. Takyah nak comel2 sangat lah. Kalau berbahagia bersama mertua terchinta, toksah nyebok org nak tunjuk perasaan!
Nozieyani Nozi Mertua aku buat 1001 benda kat aku yang kalau aku listkan kat sini, silap2 kau pulak yang maki dia.
Jenab Kaunseling hugsssss kuat kuat hugsssss.
its ok… first sye pon blom kahwin.. huhu.. n if nk tahu arwah mak saya pon maybe lalui benda yg sama jgk “kot” dgn Jenab Kaunseling.. tpi takper sye maafkan nenek saya.. relax lah kak..??
Pedih gak tu
I feel u
pelik aku..mak mertua die x pikir ke ank laki die balik nk rasa air tangan die…nk rasa die masak…kalau nk ank menantu masak…kat umh dorg pun boleh…
kan..aku kalau balik kampong pun, mak aku suruh aku rehat, mak aku kata..ko dah lama tak rasa masakan mak. ko pun penat kerja..balik kg ni utk rehat laa. cuma kakak ipar aku tu je rajin tolong mak aku, sebab laki dia suruh belajar masak dgn mak. hahahaha
Sebab ni laa masa menikah yang perempuan jgn dok mintak hantaran tinggi2. Esok2 kau boleh bahasakan mertua kau tu kalau dia lebih2.. Ni dah macam beli bibik dah aku tengok. Masa kawen, yang lelaki kena latu sebab kena kumpul duit hantaran. Lepas kawen, mertua perangai macam hantu jebon membuli menantu. Hambek merasa sorang sikit!
Munajat Sufii so far ma cherang is awesome right .same goes ma tumpat .huu
Yes abg..Alhamdulillah.. Oh Ibu mertuaku. :)
3 hari 3 mlm masak je…
lagi beruntung dari menantu yang tak dipedulikan mertua sendiri. mertua awak lagi percayakan awak lah ni.
Betul3?. Dia percaya ko msk sdp.. Dia serasi dgn ko uruskn dapur dia dik. Percayalah.. Insyaallah
Haha kelakar
masak tuk mertua ok je…ni nk masak tuk satu batalion…mmg kelakar!!
Bak kata orang jb “senntle” xpyh blk nk hadap org mcm tu
Satu je nak komen, saya dapat rasa perasaan u sis..
Orang jadi mak mertua mesti ingat, dlm keluarga, Allah adalah tuhan semua orang. Semua orang mesti patuh pada peraturan tuhan yg dibawa oleh nabi. Sebaik2 lelaki adalah lelaki yg paling baik pada keluarganya(iaitu isterinya) dan nabi adalah orang yg paling baik terhadap isterinya.
Lelaki pun berbelah bahagi, sayang bini sangat tapi syurga di bawah tapak kaki mak pulak. Kena main peranan kot menenangkan perasaan isteri, atau turun dapur tolong bini sekali masak, kalau tak reti masak for the rest of the day tolong lah kerja bini yang selain masak tu, cadangan saja, jangan korang kecam suami memasing lak