I have mental illness?

Salam semua. Terima kasih in advance kepada admin kalau confession saya ni di approve. Saya H. Tujuan saya buat confession ni just nak cerita apa yang saya tengah alami sekarang. Mungkin ada insan kat luar sana boleh bantu saya dalam hal ni in giving advice or anything . Maaf kalau confession saya ni bercampur dengan Bahasa Inggeris ye.

Macam ni , saya sebenarnya ada masalah . Saya tak tahu nak start dari mana . Baru-baru ni,lepas balik beraya dari kampung , saya rasa level confidence saya drop teruk sangat . Saya rasa macam saya ni memalukan parents saya depan makcik-makcik & pakcik-pakcik yang lain dengan achievement saya yang jauh lebih teruk daripada adik-beradik & jugak cousin-cousin saya yang jauh lagi berjaya dari saya . Saya belajar kos biasa-biasa je. Saya rasa diri saya bodoh and kecik . Berbanding adik-beradik saya yang lain. Kos mereka jauh lebih gah and membanggakan. Siap antara mereka ni ada yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara , which I’m proud of. Saya ni nak sebut kos sendiri pun segan bila orang lain tanya. Tapi saya tak pernah dengki bila dapat tahu adik-beradik lain dapat sambung belajar ke luar negara ke apa , bagi saya itu rezeki diorang. Saya happy bagi pihak diorang. Saya hari-hari doa saya dapat peluang pergi oversea macam diorang .Mungkin bukan rezeki saya lagi.

But that’s not why I’m confessing here. Saya perasan sejak saya sekolah menengah , saya selalu depressed sorang-sorang especially lepas dibandingkan. Kalau balik kampung , saya akan try avoid berjumpa or duduk sekali bila makcik-makcik tengah bercakap . Pernah sekali saya “ter” join , saya direndah-rendahkan . Banyak benda yang diorang cakap sampai saya tak boleh nak defend langsung diri saya. Level confidence drop , lepastu selalu rasa diri saya worthless. Saya pernah banyak kali fikir , saya ni tak patut hidup . Buat malu je dah la achievement tak seberapa. Tapi tak sampai nak bunuh diri , cuma dalam otak tu banyak kali fikir nak terjun kolam . Rindu swimming mungkin .

Saya jarang bagitahu apa yang saya rasa , usually saya akan pendam sampai rasa tu hilang. Saya takut , bila saya try confront apa yang saya rasa dekat orang lain , orang lain tak faham perasaan saya . Nak cerita dekat parents pun , saya takut dapat response macam “Ala kau ni mengade je lebih.” “Tu la,siapa suruh belajar tak pandai” “Cuba tengok macam kakak & abang kau tu..” and so on.. So saya takut . Sangat.

Maka saya telah create satu dunia khas untuk diri saya sendiri . Dunia ni saya je tahu macam mana . Dalam dunia tu saya watak utama . And watak sampingan tu saya akan create based on how I feel . Ikut la jalan cerita dia saya nak buat macam mana . Kalau saya depressed sebab ni saya akan cari “A”. Kalau depressed sebab tu saya akan cari “B” . Mula-mula saya ingat benda ni macam day dreaming biasa je . So dari sekolah menengah sampai dah masuk kolej pun , saya akan makesure “dunia” tu wujud whenever I need it . Kadang-kadang saya mengelamun boleh sampai 1 jam. Kalau nak extend lagi storyline tu saya akan tidur and benda tu akan terbawa kat dalam mimpi . Saya suka . Dalam dunia tu ada orang yang akan selalu ada dekat sisi saya . Yang boleh saya cerita semua masalah saya . Yang boleh peluk saya . Bagi saya kata-kata semangat . Kadang-kadang,terbawa jugak “dunia” rekaan saya itu into real life.Kadang-kadang masa saya tengah jalan pun, saya imagine A or B ada kat sebelah saya ,pegang tangan ke.

Saya rasa benda tu normal , sampai la sekarang bila saya dapat tahu apa yang saya alami tu mungkin (ataupun memang) mental illness. Itupun sebab saya tertengok drama Korea It’s Okay It’s Love . Cuma bezanya , saya ni daydream je pasal tu. Yang lelaki tu boleh nampak in real life. Yang sama , lelaki tu rasa bilik air dia adalah tempat paling selamat,saya pulak bilik . Saya rasa safe bila ada dalam bilik. Saya boleh duduk dalam bilik seharian tak keluar unless kalau betul-betul kena keluar. Sebabnya dulu masa kecik kalau saya buat salah and kena pukul dengan parents , saya akan kurung diri saya dalam bilik dan nangis sorang-sorang. Kalau nak rebel ke apa memang bilik yang akan saya cari dulu sebab bilik tu kalau kunci takde siapa boleh masuk dalam dah so safe dari kena pukul .

Saya try search pasal ni . Nak try tanya dekat orang lain takut orang cop gila. Nak bagitahu parents memang jauh sekali. Saya takut , bila saya bagitahu diorang pasal ni diorang akan anggap benda ni remeh. Saya ni sekadar nak perhatian.

Benda ni sebenarnya effect diri saya . Saya jadi pendiam and tak banyak cakap. Jauh beza dengan saya yang dulu. Maybe saya rasa saya tak perlu bercakap dengan manusia dah sebab saya ada “kawan” yang lain. Saya jauhkan diri dari kawan-kawan saya,keluarga,adik-beradik yang lain. And sometimes bila tengah bercakap dengan “kawan” saya tu saya tercakap in real life. Nasib dalam bilik je. Takut jugak terlepas cakap dekat luar nanti orang ingat saya gila :(

So macam mana sekarang ? Saya buntu . Saya rasa macam saya ni ada problem tapi takut nak mintak tolong. Saya tahu punca kenapa saya jadi macam ni , tapi saya tak tahu macam mana nak ubati . Betul ke saya ni ada masalah ? Ke benda ni biasa je ? Dalam erti kata lain , berangan . Daydreaming .Ke mengade je? Sorry bab-bab karang ayat saya memang fail sikit . Kalau ada yang boleh bagi nasihat ,apa yang patut saya buat.. siapa yang patut saya jumpa ..or anything , bagitahu la ye. Saya betul-betul buntu and in need of help.

Terima kasih sebab sudi baca.

– Help.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit