Hai! Saya ada cerita yg lebih kurang cerita saudari Seroja tapi cerita saya, boyfriend.
Lelaki ni suka saya dari kecil lagi, masa sekolah menengah dia minta nombor saya dgn abang saya. Contact setahun lepas tu saya menghilangkan diri dari dia sebab belum bersedia untuk apa2 hubungan. Bila saya masuk UIA (5 tahun kemudian), dia jumpa saya dekat Facebook through kakak saya punya friend list. Dah lama mencari account saya katanya. Haha. Tersentuh sangat2 time tu dengan kesungguhan dia, saya pun terima dia.
Tapi, semakin hari saya dengan dia semakin berani tangan dia 'menjalar'. Hanyut dengan cinta manusia, saya biarkan. Apa yg terjadi tu biarlah Allah sentiasa tutup aib saya walaupun post ni anonymous. Tapi Allah Maha Penyayang, Dia beri saya kesedaran sebelum kami ke lembah zina. Saya bagitau dia supaya menjaga batas pergaulan kami, dia cakap ok & rasa bersalah. Lagi satu, tiap2 kali keluar dgn dia, solatnya dipandang enteng. Saya yg kena ajak dan dia akan ikut dgn malas2. Saya tegur, dia cakap ok lagi sekali.
Malangnya selepas itu, dia masih belum berubah. Mulut sahaja janji ok nak berubah tapi perangai tetap sama. Setiap kali keluar, tangannya masih liar. Kalau insan ini yg akan menjadi ketua keluarga utk anak2 saya, gelap masa depan agama kami barangkali. Saya tidak sempurna tidak alim tapi saya masih punya agama.
Sayang beribu kali sayang padanya namun saya dah tak sanggup nak berdosa pada pencipta kami. Saya tak cantik & saya tahu akan sukar untuk cari pengganti tapi pada perkiraan saya, menyendiri itu lebih baik dari berdua berdosa. Lillahita'aala saya melangkah pergi sekali lagi.
Dah 5 tahun saya tinggalkan dia & benar masih belum berganti tapi sesungguhnya Allah takkan menganiaya kita. Dia gantikan saya dengan rakan2 yg sangat menghargai saya, keluarga yg semakin besar, keberanian yg utuh utk melihat duniaNya yg indah, dan yg paling penting hati saya semakin lembut utk ke majlis2 agama, solat saya semakin terjaga, pergaulan saya dgn kaum lelaki semakin dijaga batasnya & al Quran itu bukan sesuatu yg asing dalam aktiviti harian saya.
Saya rasa ramai lagi yg sedang melalu apa yg saya telah lalui. Yakinlah, syurga neraka itu benar dan janji Allah itu sesuatu yg pasti. Sayangi diri anda. Kuatkan hati, langkahlah ke arah yg menyayangimu tanpa penat atau syarat. Cinta manusia itu turun naik sifatnya, cinta Allah tiada terbatas walau sebesar mana dosa kita kepadaNya.
– Kawan Seroja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Cepuk sikit si thieha ni haha
Mohd Izzat ikr!
Dia saje nk test sticker komen dia la tu kot…
Anak dia main phone dia kot
Kuang aja punye lelaki. Bile dh rosak pompuan hasil air tgn dia, dgn bangga nya dia memaki2 memerleceh2 pompuan, mengungkit2 ke-dara-an and kesucian pmpn, meng-sarcasm terhadap mas kawen n blnja nikah pmpn. Pdhal dia yg buat onar. Ape jenis lelaki lahh yg jnis mcmtu.
P/s: lelaki yg bukan jenis merayap2 tgn menjalar2 tgn jgn nk terase plk ye
cegah sblm tlmbt kn. .gud2
Siti Aishah Shaharudin Amalina AR Izzah Yusoff Shakirah Idris cer tgok komen ni paling win..
InsyaAllah sis akan dapat insan yg lbh baik lg