Maaf, tajuk Bahasa Inggeris tetapi aku tulis dalam Bahasa Melayu dan campur sikit BI. Sebab aku nak tulis dengan selesa dan laju.
Rebound girl ni bermaksud, perempuan yang kita rapat hanya sebab kita terluka akibat perpisahan. Kita hanya rapat dengan dia hanya sekadar untuk pulihkan luka akibat perpisahan dan kekecewaan. Selalunya rebound girl ni bukanlah solusi jangka panjang dan kadang kala menjadi toksik apabila habis madu, sepah dibuang.
Ya, seperti tajuk, aku kahwin dengan rebound girl selepas kecewa putus dengan kekasih lama. Alhamdulillah, kami dah kahwin 7 tahun dan sudah ada 2 orang anak. Seorang masih kecil baru nak berjalan, sorang lagi petah berkata-kata dan sudah ke Taska.
Cerita aku, aku boleh mulakan dari zaman sekolah lagi. Aku minat sangat dengan rakan sekelas aku di tingkatan 3. Aku takut sangat nak confess dekat dia dan cuma berkawan rapat. Waktu tu handphone masih mahal dan telefon rumah sahaja yang ada.
Jadi bayangkan lah, waktu zaman sekolah dulu takut gila kalau telefon rumah dia tiba-tiba ayah dia yang angkat. Kalau ayah dia yang angkat, ayah dia akan soal macam-macam. Nama siapa, ayah nama siapa, duduk mana, kelas mana, sampai keputusan peperiksaan pun ayah dia tanya. Tapi crush aku cakap, mana-mana lelaki yang call rumah tu memang selalu ayah dia tanya begitu. Ada lelaki call kakak dia pun ayah dia akan tanya benda sama. Kalau selalu sangat call rumah tu, ayah dia akan tegur selalu sangat telefon anak dara orang ni kenapa?
Waktu tu zaman PMR lagi, PT3 tak wujud. Lepas keputusan PMR keluar. Aku bercadang untuk ke SBP atau MRSM. Jadi, aku nekad untuk confess waktu ambil keputusan PMR. Tetapi hati aku kecewa apabila dapat tahu yang dia telah couple dengan orang lain.
Punya la semangat aku beli hadiah kotak yang berisi bunga kesukaan dia dan loket murah. Aku siap sisipkan surat confession aku lagi dalam tu. Terus aku tak jadi bagi hadiah tu dan bakar surat tu. Bunga aku bakar, loket aku simpan. Tapi hilang entah kemana sekarang ni. Aku bakar bukan apa. Kalau kantoi dengan ayah aku nanti dia bacakan surat tu dekat adik beradik aku. Lepas tu, mesti kena perli pasal surat tu.
Abang aku pernah kantoi surat perempuan. Sedangkan surat tu dari crush dia. Abang aku tak minat pun perempuan tu. Tetapi sebab abang aku simpan dan mak aku terjumpa. Habis dibacakan depan kami semua sambil buat suara perempuan. Terkekeh-kekeh kami sekeluarga gelak. Sejak dari hari tu, ayah aku suruh abang aku jadi lelaki. Seperti bila mak aku suruh aku beli barang, saja je ayah aku suruh abang aku.
Ayah aku akan cakap, “Abang. Dah ada makwe kan? Ha. Jadi lelaki bertanggungjawab sikit. Pergi beli barang dekat kedai”. Bila ada kerja, ayah aku akan pasti suruh abang aku buat. Bersihkan longkang lah, sapu laman la. Basuh kereta ayah lah. Kakak aku pula, kalau dapat surat dari entah mana-mana lelaki, terus bakar. Sebab takut kena kecam dan suruh macam abang. Dah la kakak aku tu ramai peminat.
Waktu kecil tu, aku ingatkan itu adalah hukuman. Bila besar ni, baru aku tahu yang ayah aku sebenarnya mendidik abang untuk jadi lelaki bertanggungjawab. Sebab tu ayah suka cakap pasal bertanggungjawab. Masa kakak aku kahwin, tak henti-henti ayah aku sebut pasal tanggungjawab. Masa abang aku kahwin pun, ayah tak henti-henti nasihat abang aku pasal tanggungjawab. Ayah aku pesan. Tanggungjawab akan dapat pastikan dapur sentiasa berasap, bukan cinta. Tu ha, Artis tu bercinta bagai nak rak, bercerai sebab tak bertanggungjawab. Katanya.
Selepas PMR, aku dapat sekolah asrama penuh di negeri lain. Tetapi seminggu sekali atau dua minggu sekali, aku tetap bergayut dengan crush aku pakai public phone. Topik berbual konon pasal kawan-kawan di sekolah lama aku. Sebab kami ada geng kawan rapat yang selalu ke mana-mana. Sewaktu di asrama penuh, aku berkenalan dengan sorang junior ni. Aku suka sangat tengok dia melukis. Aku selalu berseloroh suruh dia lukis muka aku. Tetapi tak pernah dia lukis muka aku. Lama-lama kami rapat dan aku mula hantar surat.
Kami tak boleh terlalu rapat secara fizikal di asrama seperti selalu berbual-bual atau selalu jalan bersama, pasti akan ada mulut yang berkata. Dan warden sentiasa mark orang yang couple. Akhirnya kami declare couple sewaktu aku diawal tingkatan 5. Dia waktu tu baru tingkatan 3. Walaupun dia baru tingkatan 3, dia sangat matang berbanding kawan-kawn seusia dia. Dia selalu cerita dia tak suka kawan-kawan dia yang telalu gilakan artis itu la, artis ini la. Atau dia akan tulis berkenaan tak suka hal childish kawan-kawan dia.
Sebenarnya aku masih ada perasaan dengan crush aku waktu tu, tetapi dia sangat setia dengan BF dia tu. Jujur, aku sebenarnya tak suka BF dia tu. Sebab BF dia tu nakal dan suka buli orang. Aku tak pernah l kena buli dengan dia, tetapi dia pernah hampir nak tumbuk aku sebab aku berlanggar dia. Aku tak sengaja sebab tak pandang depan, lepas tu terlanggar pulak mamat tu. Terus dia angkat tangan dan tengking aku, “Aku tumbuk muka kau, sia-sia masuk hospital”.
Aku masih ingat sampai sekarang kejadian tu. Aku benci betul dia tu. Lagi aku benci dia rampas crush aku. Aku marah betul dengan crush aku sebenarnya. Aku waktu tu pelik, kenapalah perempuan ni suka budak jahat.
Bila aku couple, aku mula slow-slow tak contact crush lama aku tu. Dulu seminggu sekali atau dua minggu sekali aku call. Jadi sebulan sekali atau bulan tu tak call langsung. Dulu kalau tiap kali minggu balik, aku akan sentiasa set time untuk lepak dengan dia di Mall. Hanya kami berdua. Tetapi kali ni bila balik aku tak cakap dengan dia. Dan kami pun seperti terputus hubungan bila masing-masing tak contact.
Aku tumpukan dengan couple aku. Tetapi kami bijak dalam berjumpa dan berdating supaya tak kantoi. Kami akan balas surat di library. Aku siap-siap tulis surat dan selit dalam buku, lepas tu aku kononnya letak buku tu di rak buku. Dia dari jauh akan perhatikan aku dan ambil surat tu bila line clear. Waktu outing, kami akan berjumpa di tempat yang budak asrama takkan pergi. Seperti di library negeri dan ke muzium.
Sebab dia sangat pandai melukis, dia sangat suka suka benda-benda seni seperti benda di muzium. Aku boring gila dengan muzium. Tapi tu lah. Sebab kerana dia, aku layankan jela. Kami banyak menulis surat dan dari berbual. Kalau outing, perbualan kami pun limited sebab dekat library dan muzium kan? Tetapi tu la spot untuk kami dating secara berahsia.
Kami berahsia ni bukan apa. Bila kena target dengan warden. Lepas tu nanti warden akan kecoh dekat mak ayah. Lepas tu pasti kami akan dimalukan di khalayak ramai seperti kawan-kawan yang kantoi couple. Dulu katanya ada kes khalwat sampai bercium katanya, terus dua-dua kena gantung.
Selain tu, aku juga malas kalau bapak aku tahu aku bercinta sakan. So, di sekolah kami akan control dan buat macam tak kenal sangat. Padahal masing-masing akan memerhati masing-masing selalu. Oh ye. Kami elakkan untuk menyertai aktiviti bersama-sama. Sebab memang akan kantoi busuk la nanti. Mesti orang dapat tahulah kami suka masing-masing sebab kami tak reti nak berlakon. Yang tahu cuma kawan rapat. Mereka boleh diprecayai.
Pagi-lagi, aku selalu datang awal ke sekolah dan pergi ke kelas dia dulu dan letakkan coklat di dalam meja dia ataupun apa-apa makanan ringan yang boleh dibeli di koperasi. Dia ni suka makan benda-benda manis. Tapi dia tu tak adalah gemuk. Kurus. Metambolisma tinggi mungkin.
Waktu minggu balik. Aku kononnya sembang dengan parent nak berdikari dengan balik sendiri naik bas. Sebenarnya aku saja nak spend time dengan dia dalam bas dan duduk di sebelah dia. Laluan kami sama separuh jalan. Lepas tu berpisah dan aku tukar bas lain. Waktu tu je la kami dapat borak panjang. Sampai satu haritu, ada orang sound sebab orang lain dah nak tidur tapi kami rancak borak lagi.
Bila habis SPM. Aku masuk matrikulasi. Awek aku pula naik tingkatan 4. Waktu tu aku mula dapat handphone pemberian ayah. Ayah bagi sebab berjaya masuk U. Abang dan kakak aku masuk U pun ayah aku hadiahkan telefon. Abang aku tu pakai hanphone beberapa bulan je, lepas tu pergi jual dan beli hp nokia sabun.
Waktu tu, telefon public ke hp sangat mahal. Aku pun tak boleh nak call dia sebab dia duduk di asrama. Nak selalu hantar surat seperti dulu pun susah. Dia tertekan sebab tiap-tiap minggu kena saving duit untuk call aku. Aku minta no bank dia untuk aku bank in duit telefon. Tetapi dia duduk asrama dan susah nak pergi bank. Aku masih ingat. Loker aku di matrikulasi penuh dengan lakaran lukisan dia. Awek aku ni bijak lukis subliminal message dalam gambar dia. Kena amat betul-betul daun pokok, barulah perasan ada tulisan I love you. Fuh. Tapi dia akan bagi hint tiap kali ada subliminal message.
Lama kelamaan, hubungan kami makin renggang. Di asyik cerita ada budak kelas sebelah selalu bagi dia barang dan selalu kacau dia. Budak kelas sebelah tu banyak kali cuba mengorat dia. Budak kelas sebelah tu aku kenal sangat. Kerek gila. Suka buli junior. Dia pernah kena pukul senior sebab kes curi telefon bimbit.
Aku sebab asal dari sekolah bukan asrama, jadi aku tak berapa suka sangat tradisi senior junior dan raging ni. Sebab member-member aku banyak berbeza usia masa dekat sekolah lama. Sebab ada tradisi “kena respek” senior junior ni, aku tak suka bercampur lain batch. Bukan apa, dengan senior, diorang asyik nak cari point kalau tersalah cakap. Kalau lepak dengan junior, batch aku bising baik sangat dengan junior.
Aku pun tanyalah, awak layan ke? Awek aku kata tak. Sebenarnya aku masih ada spy di asrama tu. Aku dapat tahu yang mereka rapat dan mereka berani makan berdua di kedai makan. Waktu tu aku panas, sebab dengan aku punyalah nak berahsia. Dengan budak tu berani je dia pergi makan berdua. Bila dia call, kami bergaduh besar sebab dia kata hanya kawan. Aku pulak balas, habis tu saya ni bf awak, tak pernah pun kita makan berdua secara terbuka waktu outing.
Akhirnya lepas gaduh besar macam tu, hubungan kami tergantung. Dia tak call aku, dan aku tak tahu macam mana nak call dia. Aku tulis surat pada dia dan alamatkan ke rumah dia. Tiba-tiba aku dapat call dari ayah dia dan ayah dia marah dekat aku. Ayah dia tak suka anak dia bercinta. Awek aku call dan minta putus.
Lagi sakit, masa dia call dari public phone minta putus, budak yang minat dia tu tiba-tiba boleh rampas ganggang dan warning jangan ganggu awek aku lagi depan-depan. Aku terkejut gila. Menjerit aku waktu calling tu. Member bilik semua terkejut. Seksa betul hati aku waktu tu. Aku menangis hampir tiap malam sorang-sorang sambal tutup bantal.
Aku kemudiannya masuk U. Waktu tu zaman Friendster. Tiba-tiba crush aku masa sekolah dulu add aku. Serius aku terlupa tentang dia. Hampir 2 tahun kami tak berhubung sebab hangat bercinta dengan awek di sekolah asrama penuh. Terus kamu bertukar no telefon. Dia pun single waktu tu. Aku pun single.
Lepas SPM, dia gagal ke mana-mana dan crush aku masuk tingkatan 6. Sebab dia aliran sains di tingkatan 6, aku banyak ajar subjek matematik, fizik, dan kimia. Aku pula sambung engineering. Dia kagum aku dah masuk U, dia pula masih pergi sekolah pakai uniform. Waktu zaman aku dulu, maxis ada promosi apa entah. RM2-3 ringgit, boleh bergayut dari pukul 12 sampai 6 pagi. Kitorang kononnya call study la pada mulanya. Lepas tu lama-lama asyik bergayut dan akhirnya kami berjumpa semula seperti dulu.
Setelah kami rapat sangat, aku mula jatuh cinta dengan dia seperti dulu. Dia masih baik seperti dulu dan selalu gelakkan lawak bodoh aku. Aku confess pada dia. Aku cerita segalanya dari zaman tingkatan 3 sampailah sekarang. Tetapi aku kena friendzone. Sebab dia tak anggap aku lebih dari kawan rapat. Aku dapat tahu nama aku pun dia save as BFF dekat hp dia.
Gila sedih kena reject. Tetapi dia tetap call aku dan sms aku. Aku pulak tak sanggup nak biarkan. Walau kami rapat, keluar makan berdua. Tengok wayang berdua. Semua benda berdua. Dia tetap tak jatuh cinta dengan aku. Macam-macam aku buat. Bagi bunga, belanja makan, dan macam-macam lagi. Tiap kali aku confess kali ke dua ke tiga ke empat, dia tetap friendzone aku.
Dia akhirnya dapat masuk U dan bertapa gembiranya aku bila kami sama-sama U. Aku pula dah ada kereta walaupun baru tahun ke dua degree. Kereta lama abang aku sebenarnya. Aku ambil kereta tu bila abang aku beli kereta baru. Lagi galaklah kami berjumpa dan hangout berdua.
Bila kami berjumpa, kadang-kadang dia akan bawa kawan perempuan dia. Kami banyak travel berdua atau dengan kawan-kawan dia. Bila dia masuk tahun ke dua, dia duduk rumah sewa. Dan kadang-kadang aku siap datang dan makan dekat rumah dia dengan kawan-kawan rumah aku jugak. Kami belikan barang basah, mereka masak.
Suatu hari tu, crush aku cuba kenenkan aku dengan kawan dia. Dia kata kami sesuai. Aku pada mulanya malas nak layan. Sebab aku suka crush aku. Tetapi kawan dia tu rajin pulak mesej aku. Tapi aku tak layan sangat. Kadang-kadang bila jumpa crush aku, kawan dia tu kirim bekal makanan dia masak. Crush aku tu siap gembira dan sengaja tease aku dengan kiriman dia tu. Bukan sekali dua, banyak kali. Jadi, setelah fikir panjang. Aku pun bagilah peluang dekat dia. Aku ni pun bukannya hensem sangat nak demand-demand.
Waktu crush aku hujung tahun ke dua, dan aku pula hujung tahun ke 3, aku mula couple dangan kawan dia tu. Jujur sebenarnya kawan dia tu lagi cantik dari crush aku. Tetapi crush aku tu lain, maybe sebab aku minat dia dari sekolah lagi. Boleh katakana, sebab crush aku tak pernah nak terima aku, aku mula buka hati aku pada orang lain.
So, aku start keluar dengan dia berdua. Tengok wayang bersama dan jalan-jalan ke klcc dan lain-lain lagi. Entah macam mana, aku boleh pula tersuka dekat dia. Mungkin sebab dia baik sangat dan suka masakkan untuk aku. Akhirnya kami couple. Aku nampak sangat dia malu-malu gila masa pertama kali dating. Padahal dah kenal lama. Dia gugup dan kadang-kadang aku nampak yang dia tak tentu arah.
Lama-lama kami couple, aku mula sayangkan dia. Jujur, aku tak pernah sayang awek aku segila ini dengan ex aku mahupun crush aku. Tetapi aku ni bf yang teruk. Sebab kejadian aku putus dulu disebabkan ada lelaki lain, aku jadi paranoid. Aku terlalu sayangkan dia sampai aku aku tak sedar aku kongkong dia. Aku selalu cek telefon dia dan sampai satu tahap, aku cek bil telefon secara online sebab nak cek dia selalu call atau sms dengan siapa. Tetapi aku tak adalah sampai tak bagi dia berkawan dengan lelaki lain. Cuma tak boleh kalau ada lelaki lain cuba nak rapat dengan dia. Aku fobia dan sakit ditinggalkan dahulu.
Akhirnya dia tak tahan dengan aku sebab terlalu mengongkong. Dia mintak putus. Aku macam orang gila talak bila kena tinggal. Sedih sebab aku ditinggalkan sekali lagi. Aku merayu dan sampai datang ke rumah sewa dia untuk mintak dia keluar.
Tetapi ex-crush aku marahkan aku. Dia cerita dari A to Z yang kawan dia tu mula-mula happy couple dengan aku, tetapi lama-lama merana pasal aku. Bila aku marahkan awek aku, dia akan menangis. Dia sebenarnya sangat sensitif dan dia kata kata-kata aku bila marah sangat menyakitkan. Aku buat dia merana sampai result dia jadi teruk. Dia terseksa dengan aku. Aku perasan yang dia tidak seceria dulu dan tidak berhias seperti dulu.
Aku sebenarnya tak kisah dia berhias atau tidak. Aku cuma kisah dia sayangkan aku. Aku mula teringat bagaimana aku terseksa sebab ex aku dulu, aku tak sangka yang aku sebenarnya menyeksa orang lain. Aku tak sangkap, rupanya aku monster yang aku takutkan selama ni. Aku anggap ex aku sebagai monster sebab sakitkan aku. Tetapi aku bukan takat sakitkan, aku seksa dia. Aku bf tak guna. (Kalau awak baca ni, maaf ya).
Aku berhenti ganggu dia. Aku tak call dia atau sms dia. Setelah lama kelamaan. Aku perasan yang dia mula ceria. Dah selalu karang panjang-panjang di fb. Tulis aktiviti percutian dan celotehan hati dia. Tetapi aku masih gila talak. Aku masih sayang dia, tetapi aku tak nak sakiti dia lagi. Aku cuma perhati dalam dia. Selepas lama tu, aku contact dia. Kami call dan berbual dengan baik. Aku ucapkan tahniah sebab berjaya hantar fyp.
Dia dah nak grad. Aku pula dah kerja ketika itu. Aku selalu mesej dia. Tetapi tak seperti dulu. Dia akan reply lambat-lambat dan kadang-kadang cuma seen. Kalau waktu couple dulu, aku akan marah dia kalau tak reply mesej. Aku menyesal marah dia sebab semata-mata tak balas mesej. Sedangkan hidup dia bukan untuk aku sorang. Dia ada banyak subjek dan kerja yang lain. Aku cuba tanya dia, adakah aku ada peluang untuk kembali. Dia kata kalau ada jodoh. Adalah.
Tetapi ternyata kami tak ada jodoh, sebab dia terima kawan kerja dia. Kawan kerja dia tu suka dekat ex aku sejak first time dia masuk kerja. Ex aku ni asyik tolak dia. Teringat aku dengan kisah aku dan ex-crush aku dulu. Ex-crush aku sentiasa tolak aku. Akhirnya mereka serius dan merancang nak kahwin. Masa dia bagitahu dia nak kahwin dengan lelaki tu. Hati aku hancur sangat. Aku mintak AL semata-mata nak tenangkan hati. Sebab aku sayangkan dia. Aku berundur demi kebahagiaan dia. Aku nampak dia sangat bahagia dengan kawan sekerja dia tu. Dia lagi bahagia sewaktu kami mula-mula couple dulu.
Aku sedih sebenarnya. Tiap-tiap malam aku gundah gelana. Aku akan saja biarkan hati aku sakit dan entah kenapa, aku rasa enjoy bila rasa terlalu sedih. Kadang-kadang aku akan sampai menangis malam-malam bila teringat semua kesakitan tu. Aku saja ingat kesedihan aku. Aku deserve it sebab jadi bf tak guna. Bila ex aku kahwin, gambar diorang kahwin penuh timeline aku. Sebab mutual friend kami ramai. Jadi kawan dia dan kawan aku yang pergi kenduri dia akan upload gambar pergi majlis kahwin dia.
Aku makin sedih dan tumpukan kerja sahaja. Lagi-lagi aku kena handle banyak projek company. Pada suatu hari, orang yang aku kenal waktu U dulu tiba-tiba tegur aku di fb. Dia tegur sebab ada soalan. Aku tengok fb dia, wah. Gila muslimah. Baik sangat orangnya. Daru mula-mula jawab soalan, kami berbual bernda lain dan tanya tentang peribadi masing-masing. Aku saja berborak dengan dia sebab nak kurangkan rasa hati yang sakit. Walaupun sebenarnya bila aku sakit hati, aku sebenarnya enjoy. Aku tak tahu kenapa. Bila berbual dengan dia, sekurangnya aku distracted dengan kesedihan aku.
So, aku akan selalu mesej dia dulu. Kami akan berbual mesra dan bergurau ketawa. Walau aku dah kenal lama, nombor hp dia aku tak ada. Maybe sebab dia tu anak ustaz dan tak bergaul dengan lelaki sangat. Kami kenal pun sebab sama kelab masa zaman U. Walau dia anak ustaz, tetapi dia biasa-biasa sahaja dan tak terlalu perwatakan alim. Tudung dia pula tak singkat tetapi tak terlalu labuh macam budak sekolah agama. Dia tak adalah cantik sangat. Tetapi muka manis dan sedap dipandang. Alah, aku ni pun bukanlah hensem sangat pun sebenarnya. Muka biasa-biasa je lah.
So, dia jadi rebound girl aku untuk lupakan ex aku. Tiap kalu aku teringat dan sakit tentang ex aku, aku mesej dia. Dan suatu hari dia mula terima call aku. Lama-lama kami bergayut selalu. Tetapi bila aku call waktu malam, dia tak angkat. Dia kata tak manis dengar suara perempuan waktu malam. Aku macam kena sambar petir doh. Terasa betul yang jahilnya aku. Jadi kami selalu chatting instead of call. Apabila selalu berbual dengan dia, aku perasan yang dia seperti suka dekat aku. Tetapi aku takutlah sekiranya aku ni bertepuk sebelah tangan. Jadi aku anggap je yang aku ni perasan atau syok sendiri.
Suatu malam tu, kami mesej sampai 2-3 pagi. Tak pernah dia mesej sampai larut malam tu. Aku dapat tahu yang dia pernah couple sekali je waktu sekolah agama dulu. Tetapi mereka clash sebab kempen couple tu haram. Sumpah aku tergelak. Lepas tu mereka janji akan cari masing-masing bila masuk IPT.
Ya la kan. Lagu UNIC See you di IPT tu. Aku ni tak dengar nasyid, tapi aku tahulah lagu popular tu. Tetapi lelaki tu kahwin dengan perempuan pilihan keluarga. Ex-bf dia tu ustaz woi. Aku saja stalk fb ex-bf dia tu. Curious. Ex-bf dia tu frad timur tengah. Bahasa arab pandai. Simpan janggut tetapi cukur misai. Bini pula tudung labuh. Macam langit dengan bumilah aku dengan ex-bf dia. Jadi aku yakinlah yang aku ni perasan.
But, entah macam mana entah. Aku saja je cakap dekat dia. “Kalau orang yang tak alim macam saya ni masuk meminang awak. Awak terima ke?”. Dia kata, “kalau nak tahu saya terima ke tak. Jumpalah ayah saya dulu”. “Malam tu jugak aku mintak no ayah dia”. Tetapi aku tak buat apa-apa dengan nombor tu. Aku takut. Hahahaha. Pengecut.
Esok malamnya dia tanya. “Minta no ayah saya tu, dah contact ke?”. Aku kononnya nak macho, aku saja cakap yang. “Ehh. Mana boleh tergopoh-gapah. Rilek. Kalau ada jodoh, tak lari mana”. Padahal pengecut. Aku saja tulis jodoh tu sebab nak bagi hint dekat dia. Tetapi dia respon cuma “ok”. Serius aku keliru dengan respon dia.
Hujung minggu tu, aku saja call ayah dia setelah rehearsal berkali-kali. Ayah dia rupanya baik gila bila berborak dengan aku. Lemah lembut dan really father figure. Aku cakap yang aku ni kawan anak dia. Dan kalau pak cik sudi, boleh kita berjumpa? Terus ayah dia suruh datang rumah. Bila datang rumah. Aku seronok berbual dengan ayah dia. Tapi masalah betul perbualan kami bila minat ayah dia satu pun tak kena dengan minat aku. Lain zaman la kan. Haha. Ingatkan nak buat modal borak. Jadi, aku rasa yang perbualan kami not go well.
Lepas dah jumpa tu aku bagitahu dia, “Dah. Saya dah jumpa ayah awak”. Dia reply okay je. Aku dah mula cuak. Ada benda berlaku ke? Ayah dia tak suka aku ke? Lepas tu aku cakaplah dekat dia, “Saya dah jumpa ayah awak ni. Awak nak ke terima saya?”. Dia balas simple je. “Saya suka lelaki yang berani jumpa ayah saya”. Terus aku tahu la yang dia tu terima aku.
Jujur, aku sebenarnya taklah gilakan sangat dia ni seperti aku tergila-gilakan dua ex aku dan ex-crush aku dulu. Tetapi aku rasa ada hikmah aku tak terlalu gilakan dia. Aku jadi waras dan sentiasa aware untuk tak sakitkan dia. Aku aware batas-batas dan aku aware untuk elakkan hal yang tak appropriate. Aku jadi tak buta sebabkan cinta. Aku sedar keadaan sekeliling dan tak terlalu beriya seperti dulu.
Aku mula korek duit simpanan sana sini dan mula kumpul duit untuk kahwin. Jujur yang sebenarnya aku masih teringat kesedihan dengan ex aku. Kadang-kadang kesedihan tu datang secara tiba-tiba. Aku tak minta ianya datang. Tetapi bila aku fikir yang aku ni dah commit dengan perempuan ni. Aku fikir yang aku dah tak boleh ada perasaan tu lagi. Jadi, aku terpaksa block semua social media ex aku. Dari insta sampailah twitter. Aku harap dia faham.
Seperti permulaan cerita, kami akhirnya berkahwin selama 7 tahun dan ada dua anak. Aku tak de la nak cakap aku ni suami paling mithali dan terbaik. Sebab aku ni ada jugak benda yang tak betul aku buat. Ada je kelemahan aku. Lagipun banyak lelaki lain yang lagi baik dari aku. Aku selalu aku tanya dia, dia bahagia tak dengan aku? Dia mesti kata dia bahagia. Aku ikut tips orang untuk rajinkan tolong hal rumah tangga. Aku selalu masak untuk dia, aku basuh pinggan satu family, kemas rumah, sidai kain, basuh berak anak, jaga anak, dan berbagai lagi kerja rumah. Tetapi aku selalu skip lipat baju ( sebab aku tak suka lipat baju. Haha).
Jujur, aku buat semua tu bukan sebab cinta. Aku buat sebab tanggungjawab. Suami harus itu, harus ini. Tetapi sejujurnya, aku buat semua tu sebab aku tak nak dia rasa sakit hati. Aku rasa tanggungjawab aku sebagai suami adalah untuk pastikan dia tak sakit hati dengan aku, walaupun kadang-kadang aku terbuat juga. Ya lah kan. Lidah mana tak tergigit. Bila kami bergaduh, aku sentiasa pastikan akulah yang pertama mintak maaf pada dia. Aku sentiasa cuba pastikan aku tak sakitkan dia, sebab aku tahu bertapa sakitnya bila disakiti. Aku tak nak sakiti dia seperti aku tak sengaja sakitkan ex aku.
Tipulah kalau aku nak cakap yang aku dah lupakan ex aku tu sekarang ni. Tak, sampai sekarang ni, aku kadang-kadang terbayang muka ex aku ketika mengelamun. Kadang-kadang pernah masuk mimpi aku. Aku rasa bersalah sebenarnya. Tetapi aku rahsiakan semua ini sebab aku tak nak isteri aku sakit hati. Aku tahu dia akan sakit hati bila dengan confession aku.
Aku ingat pesan ayah aku. “Tanggungjawab akan dapat pastikan dapur sentiasa berasap, bukan cinta”. Sebelum aku kahwin haritupun, ayah asyik pesan tentang tanggungjawab-tanggungjawab-
Jujur, aku banyak kali cuba untuk merasai tergila-gilakan isteri aku seperti mana aku pernah tergilakan ex-ex aku. Kalau orang lain bini balik kampung, yang suami tu rasa sunyi dan rindukan isteri. Aku tak. Aku rilek je layan movie sorang-sorang atau keluar lepak dengan kawan-kawan. Tetapi aku tetap call dia hari-hari bila aku outstation atau berjauhan. Sebab aku tahu dia rindukan aku dan aku tak nak dia sakit hati aku tak call dia.
Entah macam mana, sebab tak nak rasa bersalah. Setelah tujuh tahun aku pendam untuk cerita semua ini. Aku ceritakan jugak hal ni pada isteri aku. Aku explain segalanya. Mulanya dia tak dapat terima kenyataan. Dia marah sebab aku masih ingatkan ex aku.
Jujur, aku nampak hati dia hancur sangat. Tetapi aku cool je dengan respon marah dia tu. Dia menangis teruk sangat. Biasanya kalau dia nangis, aku just peluk dia sebab dia suka menangis dalam pelukan aku. Tapi kali ni dia tak nak. Aku teringat, dulu Kalau dulu ex aku marah atau menangis. Aku mesti akan jadi susah hati dan macam-macam aku buat untuk dia maafkan aku dan tak marahkan aku. Tapi aku tak rasa perasaan itu. Aku cuma rasa bersalah sebab aku tersakitkan hati dia.
Tapi aku rilek je. Aku teruskan sahaja buat kerja rumah dan layan anak-anak. Aku nak biarkan dia tenang dan ubati sendiri. Aku sebenarnya tak sangka yang hati dia akan hancur sebegini. Aku memang saja pilih hari cuti panjang untuk cerita semua ini. Sebab aku tahu dia akan breakdown macam ni. Biar aku ada di rumah untuk tengok anak-anak.
Esoknya satu hari tu dia tak keluar bilik. Aku masak dan hantar makanan dalam bilik. Dia tak bercakap pun bila aku masuk dan hantar makanan. Dia tak makan banyak, makan sikit je. Aku tahu, mesti hati dia hancur. Aku pula rasa bersalah. Aku dah jadi lelaki tak guna semula. Aku sakitkan hati orang yang sayang aku.
Esoknya hari ahad, dia minta izin balik rumah parent. Tak tahu bila nak balik sini. Mungkin sampai habis cuti katanya. Aku tak bagi dia bawak anak-anak. Aku suruh dia balik sorang-sorang, biar aku jaga anak-anak. Aku bagi dia duit minyak dan duit tol. Mula dia tak bagi, tetapi aku insist, akhirnya dia mengalah. Dia balik sorang-sorang ke kampung perent dia pagi tu.
Aku pun bawak anak-anak aku pergi jalan. Aku tahu nak mengorat balik isteri aku ni macam mana. 7 tahun aku dengan dia. Tahulah aku nak handle dia macam mana. Kuncinya adalah anak-anaklah. Aku saja spam gambar kegembiraan anak aku main swimming pool, makan askrim, tengok burung, makan makanan yang sedap-sedap, jalan-jalan ke mall. Isteri aku seen je. Aku siap bawak anak-anak aku tengok wayang GSC Play+ yang khas untuk kanak-kanak. Aku mesej dia petang tu, kalau awak tak balik hari esok atau masa terdekat tak apa. Saya faham. Take your time. Anak-anak tak perlu risau, saya jaga. Trust me.
Tapi malam tu lepas aku tidurkan anak-anak, aku terdengar bunyi pintu terbuka. Terus aku pergi ke ke pintu sambil tengok dia menangis. Aku peluk dia dan biarkan dia menangis. Dia mintak maaf dan cakap dia cintakan aku separuh mati. Kenapa aku tak cintakan dia? Aku tanya dia balik.
“Am I a good husband?”
Dia kata ya.
“Am I a good father?”
Dia kata ya.
“Mingkin, tu la cara abang mencintai sekarang ni. Bukanlah tergila-gila seperti dulu. Ya, Abang tak boleh lupakan ex-abang ada sebab dia adalah parut dalam hati Abang. Parut hasil dari luka yang terlalu besar dan sejujurnya Abang tak sangka boleh diubati. Tetapi sayang berjaya ubati luka hati abang ni. Luka ni sembuh dan jadi parut sebab sayang yang mengubatinya.”. Chewah, ayat drama. Tapi macam tu la aku cakap dekat dia.
Dia terus menangis dan aku peluk dia erat. Maybe dia tersentuh yang aku samakan ex aku dengan parut dan dia adalah bidadari yang mengubat luka hati aku. Sejak haritu, kami makin rapat dengan isteri aku. Aku lega yang aku dah tak perlu berselindung apa-apa lagi. Tetapi aku sedar yang dia selalu cek hp aku. Aku tak kisah. Dari dulu memang dia tahu password aku. Password aku tarikh Anniversary kami kahwin. Saja aku pilih password tu supaya aku tak lupa tarikh anniversary. Power tak aku? Haha.
Tapi aku tak salahkan dia atau marahkan dia selalu cek hp aku, sebab aku pernah jadi seperti dia. Aku pernah paranoid. Aku pernah risau melampau. Untuk tenangkan dia. Aku tunjuk setiap media social termasuk whatsapp, aku block ex aku.
Dalam lebih kurang dua tiga bulan, dia mula percayakan aku balik. Dia dah tak godek hp aku sangat walaupun sebenarnya aku tak kisah. Password laptop, tablet, hp, semua sama. Anytime dia boleh bukak dan godek. Aku tak nak hancurkan kepercayaan dia pada aku.
Jujur, aku taklah gilakan isteri aku sama seperti aku tergila-gilakan ex dan crush aku dulu. Tetapi aku rasa kegilaan itu tak penting. Ya, mungikin dulu dia rebound girl aku. Yang sekadar untuk ubati kesedihan dan kelukaan. Tetapi sekarang ni aku lebih pentingkan tanggungjawab dan aku tak mahu dia sakit seperti aku sakit satu masa dahulu.
Aku sentiasa pastikan aku buat kerja rumah dan teruskan bagi hadiah dekat isteri seperti bunga dan lain-lain. Cuma kali ni aku tambah lagi, aku tempah restoran mewah sebab nak candle light dinner dengan dia. Dia kata aku buang tebiat, tetapi aku nampak dia tersentuh usaha aku untuk buat dia bahagia. Suatu hari dia tanya aku. “Kalau sayang dah tak ada, abang akan rindukan sayang?”
Aku jawab entah. Tetapi aku cerita yang waktu dia tinggalkan aku seharian tempoh hari. Aku tak rasa sedih atau seperti orang gila talak seperti ex-ex aku aku tinggalkan aku. Aku juga tak rasa gila merindu seperti aku gila merindu dengan ex-ex aku sebab tak jumpa lama kerana cuti sekolah atau citu sem. Aku nampak muka dia berubah jadi masam.
Tetapi aku terus terang dekat dia. Waktu dia tak ada tu, aku rasa rumah jadi kurang seri. Ada sesuatu yang sangat besar hilang dalam kehidupan seharian. Aku cerita lagi, waktu aku berjalan-jalan dan berseronok dengan anak-anak. Aku cuma fikirkan tentang hati dia yang tersakiti sebab aku. Also, aku mula fikir 1001 jalan untuk pastikan dia dah tak sakit jika dia tak recover sendiri.
Jujur, aku dah fikirkan yang aku juga akan sanggup menipu agar dia tak sakit lagi. Entah macam mana, haritu. Saat itu. Aku rasa bersalah yang teramat bila dia sakit sebab aku. Aku cerita semuanya dekat dia.
Aku cakap lagi. Mungkin, itu cara abang merindui dan mencintai seseorang sekarang ini. Bukan lagi dengan cara tergila-gila seperti dulu.
Dia peluk aku erat-erat sambil menagis dengar jawapan aku. Dia kata dia sayangkan aku separuh mati. Terima kasih sebab cintakan dia walaupun dengan cara berbeza. Itu dah cukup bagi dia. Aku berjanji yang aku takkan tinggalkan dia dan anak-anak demi perempuan lain. Sebab aku tahu macam mana sakitnya ditinggalkan, aku takkan biarkan dia sakit benda yang sama. Biarlah aku saja yang merasai kesakitan ini.
Aku sekarang ni faham sangat makna pesanan ayah aku. Ya, tanggungjawab lebih penting dari cinta. Cinta kadang-kadang buat kau buta untuk bertanggungjawab dan menjadi buta untuk menjadi waras.
Aku masih ingat kata ayah aku,
“Tanggungjawab akan dapat pastikan dapur sentiasa berasap, bukan cinta”.
– Suami yang tak tergila-gilakan isteri. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit