I Want My Life Back

Assalamualaikum semua.. Ni bukan kali pertama aku tulis dalam ni… Aku isteri.. Yang ada suami di diagnose schizo… Fikir banyak kali nak menulis..

Tapi aku tak tau nak luah pada siapa… Yang tau kisah aku.. 2 orang kawan baik.. Tapi itu pun tak tau semua.. Sebab kawan baik aku boleh menangis bila dengar aku cerita…

Jadi aku tak sanggup nak tengok kawan-kawan aku sedih.. Aku simpan banyak untuk diri aku saja..

Kisahnya, suami aku takut bila ditinggal seorang diri lama-lama sejak ada penyakit ni… Lack of self confidence… So dia banyak bergantung dengan aku… Walau tak cukup masa bersama sebab kerja, tapi tengok muka aku sekejap, dia rasa cukup…

Dulu aku seorang yang bebas.. Nak ke mana boleh pergi.. Drive sendiri.. Kursus berhari hari, travel dengan train, dengan bas seorang diri…

Berani ke mana-mana tak berteman… Tapi sejak kahwin ni, aku kena ikat kuat, makin lama kawin, makin kena ikat….

Jangan drive jauh sorang diri, jangan tinggal suami aku berhari-hari.. Tak boleh.. Sebab suami aku tak boleh tinggal sendiri lama-lama…

Nanti ada suara menganggu… Mata nampak macam-macam… Ada kawan yang tak di undang.. Berteman tanpa sedar… Dia nak aku, selalu ada dekat dia..

Tapi………. Bila aku ajak bercuti, dia berdalih…. Aku nak ziarah kawan baik aku yang kematian anak, dia tak bagi… Aku nak pergi kenduri sedara mara, dia tolak.. Bermasam muka..

Pergi pun cepat-cepat nak balik.. Tak ada nak beramah mesra.. Ajak bersenam sama-sama, tak nak… Tak suka outdoor… Ajak hiking, tak suka…

Dia kerja, aku pun kerja… Balik kerja, aku urus anak.. Sorang-sorang… Malam sampai ke pagi… Bila weekend, aku la urus rumah, masak, anak, pinggan mangkuk, kain baju dan segala benda..

Dia buat apa? Hadap handphone, tido, hobi dia… Kadang aku penat sangat, terduduk, menangis… Anak berak pun, dia panggil aku basuh..

Kalau aku tertido, sampai bocor pampers lah tak di basuh…

Sungguh! Aku penat…. Hidup aku cuma kerja, dia & anak… Rezeki aku tinggal dekat dengan family… At least tak la bloated kepala aku ni…

Waktu relapse… Hallucination dia menganggu, lagi lah tak boleh buat apa…

Aku takut dia cederakan anak-anak/ sepak terajang/ mengamuk…. Bukan aku tak pernah tengok.. Tapi aku pun dah jadi tuli… Aku pandang sepi… Tak ada rasa…. Dalam hati sumpah seranah je yang ada…

Berdosa aku…. Suami sakit.. Tapi aku cuma pandang sepi… Makan ubat tak mahu, ajak ke hospital, tak mahu… Tapi aku pun dah tak mampu… Pujuk pun tak jalan.. suami kan… Dia lah yang betul..

Aku rasa hilang saudara mara.. Hilang kawan-kawan… Sedangkan aku jenis bersosial.. Masih atas batas agama.. Aku jaga pergaulan… sebab sedar batas agama dan aku isteri orang..

Kadang menitik air mata.. Saudara berkumpul kenduri kendara… Kawan-kawan berkumpul reunion, open house, game… Itu life aku yang dulu…

Sekarang aku hadap anak… Hadap rumah.. Hadap suami… Yang bila aku dah lembik terbongkang penat urus rumah, baru di ajak keluar…

Sedang dia sepanjang hari dengan fon, hobi & tido… Menangis jugak tengok kawan-kawan sambut anniversary, diberi kejutan masa birthday.. Hadiah… Yang di beri nafkah.. Di beli emas… perhiasan…aku? Kerja kan? Reward lah diri sendiri…

Sedangkan duit gaji aku, aku tampung kewajipan dia yang belubang besar tu.. Bukan tak minta.. Dah tebal muka meminta… Tapi jangan mengharap la.. Nanti kecewa.. Makan hati..

Nak tegur? Bekali tegur.. Minta tolong… Ok sekejap, lepas tu jadi balik… Bila aku naik emo, dia pulak mengamuk… Suara menghasut datang…. Jadi dia tak sedar apa dia buat…. Mengalah lagi aku…. Allah….

Sungguh aku penat…. Sampai aku minta Allah lepaskan aku dari genggaman dia… Tapi lemah aku, bila anak-anak cari ayahnya…. Mengalah lagi aku….

Dulu aku orang susah… Harapnya, bila dah kerja, hidup lebih senang, dapat la sponsor parents aku, adik-adik aku bercuti.. Tak apa lah berhabis sikit, asalkan impian aku tercapai…

Tapi…… Bila sebut nak bawak family aku pergi bercuti, jawapannya tak payah la…

Adik beradik ramai, payah… Padahal parents dia ajak bercuti, seminggu aku ambik cuti.. Bawak jalan puas-puas…

Kadang rasa menyesal kahwin.. Kalau boleh undur masa, aku tak mau kawin… Tapi dalam masa yang sama, aku nak anak-anak aku… Susahkan?

Kawan baik aku tanya, kau ok tak? Ini bukan diri kau… Husband kau sayang kau.. Kau sayang dia…. Tapi sampai bila nak bertahan? Fikir-fikirkan… Pergi ke pejabat agama… Minta nasihat… Buat keputusan yang terbaik….

Kawan-kawan.. Aku cuma nak meluah… Sebab dada aku sebak… Sakit aku rasa…. Aku nak hidup aku yang dulu… Tapi aku tak mampu bila tengok anak-anak aku…

Mertua yang harapkan aku…. Doakan aku ya… Aku selalu kata dalam diri aku, apa husband aku buat, aku tak balas… Tapi aku yakin.. Allah akan balas….

Terima kasih membaca.. Mohon komen yang bagi semangat ya…

– Me (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *