Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Maafkan saya kerana menggunakan medium ini utk meluahkan perasaan yg terbuku di dlm hati. Terlebih dahulu, elok rasanya kalau saya ceritakan serba sedikit latar belakang diri saya. Saya merupakan anak kedua & berumur 26 tahun. Bekerja di sebuah syarikat swasta. Cerita saya bukan pasal bercinta atau masalah rumah tangga, tetapi tentang masalah saya menghadapi ibu saya yang sering membuatkan saya makan hati berulam jantung dan berkecil hati. Saya ada seorang kakak yang tidak mahu bekerja, seorang adik perempuan dan dua orang adik lelaki yg masih belajar. Ibu saya seorang surirumah manakala ayah pula bekerja sendiri. Ketika ayah saya memulakan perniagaan sendiri, saya pd ketika itu dalam tingkatan dua. Memang hidup kami amat susah ketika itu. Makan hanya seadanya. Pernah dlm beberapa bulan hanya mkn nasi dan garam sahaja.
Saya mula bekerja ketika berumur 18tahun kerana tidak ingin keluarga hidup susah. Alhamdulillah wlpun hidup tak semewah insan lain, namun saya tetap bersyukur kerana hidup kini tidaklah perit seperti dahulu. Malah tugasan utk segala perbelanjaan serta menguruskan rumah dibawah tanggungjawab saya. Bkn niat saya utk mengungkit atau mengaibkan, tapi ibu seorang yang cerewet, suka mengeluh, serba tak kena, suka mengumpat, suka mengungkit dan paling teruk melaga-lagakan kami adik-beradik. Teruk! Ibu juga suka bermuka-muka. Bermanis muka cuma di depan, tapi bila di belakang ibu tak pernah setuju dgn apa yg dipersetujukannya. Lagi teruk ibu mengamalkan sikap pilih kasih terhadap anak-anaknya. Kakak dan adik lelaki saya adalah anak kesayangannya. Segala kehendaknya tak pernah ibu bantah.
Semasa kecil dulu saya boleh faham kerana sebagai seorang anak sudah tentu saya perlu banyak mengalah. Tapi hingga saya dewasa pun ibu saya bersikap begitu juga. ibu selalu mengeluh tentang wang. Sedangkan setiap bulan saya berikan duit pada ibu dan bagi duit poket untuk adik, tapi ibu masih kata tak cukup. Saya juga sering membelikan barang2 yg diingininya seperti barang kemas dan lain2 semata2 supaya ibu gembira. saya tidak pernah berkira kerana saya tahu pengorbanan seorang ibu itu sngt besar. Saya juga tak ingin utk menjadi anak derhaka. Malah saya juga membelikannya iphone kerana ibu pernah menyuarakan hasrat utk berkomunikasi dgn saudara mara serta adik beradiknya di kg. Saya dan adik juga mengajar ibu bagaimana utk menghantar sms dan sbgainya. Utk dijadikan cerita, ibu sering bermain telefon 24jam. Pernah saya menegurnya secara baik namun dimarahinya. (Utk pengetahuan ibu saya berumur 49 tahun). Begini, waktu itu ibu berada di dlm bilik air dan handphone nya dibiarkan terbuka. Alangkah terkejutnya saya apabila terbaca mesej di fb ibu. Malah saya turut gagahkan diri membuka whatsapp serta wechatnya kerana pd waktu itu, perasaan ingin tahu sngt menebal. Saya tahu pd saat itu ada yg tidak kena. Hati ini sngt kecewa, sedih, sakit hanya Tuhan saja yg tahu. Ibu bkn saja curang malah menyamar sbgai diri saya. Ibu turut menghantar gambar2 saya kpd lelaki2 tersebut. Lelaki2 tu ada yg dah beristeri, ada juga yg dah bercucu. Luluh hati saya kerana tak sangka ibu sanggup buat saya mcm ni. Saya sngt tertekan malah sering menangis sendirian. Ianya berlaku pd awal Mac tahun ini. Pd waktu itu, saya mengumpulkan segala maklumat, menelefon malah menjelaskan perkara yg sebenar kpd lelaki2 semua tu. Waktu tu saya nekad utk keluar dari rumah namun kesiankan adik beradik saya batalkan hasrat tersebut. Saya juga pernah berbincang berdua dgn ibu. Kerana ibu sering menyatakn ingin bercerai dan membawa haluan sendiri. Namun ibu tidak berkata apa2. Saya juga tidak menyoal dgn lebih lanjut. Namun hati saya sekali lagi diuji apabila mengetahui bahawa ibu saya masih melakukan perkara yg sama. Dlm bulan yg mulia ini, ibu saya masih lagi menyamar sebagai saya malah siap menghantar mesej syg, cinta dan sebagainya di laman sosialnya. Saya ada menyimpan semua bukti perbualan ibu & lelaki2 semua tu. Apakah yg harus saya lakukan? Sebagai anak, saya tidak ingin mengguriskan hati seorang yg bergelar ibu. Dlm masa yg sama, saya amat tertekan.. Kesabaran saya juga ada hadnya..
– Hass
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Subhanallah, hebat kakak hass boleh sabar sampai ke hari ini,.. kalau saya di ditempat kakak pun tak tahu apa yang perlu buat, apabila nasihat lembut pun tidak berhasil kerana ibu kakak mengulang balik kerjanya yang lama. Kalau diberitahu pada ayah takut nanti akan jadi bergaduh besar dan lebih banyak penyesalan, tapi kalau dibiarkan lama lama nanti takut semakin parah… saya cuma harap kakak hass bersabar aja lagi dan jangan membuat keputusan terburu buru, mungkin nanti ada comment penyelesaian yang paling munasabah untuk masalah kakak ini. Sorrylah kerana comment saya ini tidak terlalu membantu.
Take action. Jelaskan perkara sebenar lg pada laki2 tersebut dan tegur mak dengan tegas (tp masih beradab) tarik balik phone tu kalau perlu, gantikan dgn phone yang boleh call and mesej je. No internet. Mak confessor dah buat perkara mungkar, so kalau ditegur dan dia terguris hati/marah/tuduh macam2, takde istilah confessor ni anak derhaka. Jgn takut tegakkan yg benar. Above all, don’t lose hope and always pray that Allah will guide your family to the right path. Good luck!
Wow,betol la org ckp jgn bg gajet canggih2 kt org berusia..lg kejutan budaya dari ank muda..baik depa stay ngan zaman depa..bukan sorg dua mcm ni ha..jgn duk ajar wechat,fb,wasap, insta bagai..selalu dgr lelaki tua je selalu tbabas kt dunia wechat bagai ni..aiya ini dah jd mak org,nenek pon babas sekali..dunia oh dunia..maaf sis,if sy kt tmpt sis pon sy pening.tp pnyelesaian tu ade je kt sis..of sis yg tnggung kuarga then stop g financial spport untuk bnda2 xpekdah tu..kalo ada wifi,tutup..kalo sis byrkn bil ibu then stop..kalo pakai topap berenti bg duit topap..ckp sis xnk subahat dgn bnda2 xdak pekdah tu..esok2 kalo org nk buat bnda xelok kena kt sis bukan ibu sis..omg dunia..
Hai rakan sebaya
Gatal omak ko ..
Ni sume libeyyyyyyyyyyyyyyy laaa nih..
-_-
kawin,,dan ikut suami
keluar dr rumah, tp tiap bulan jalankan tanggungjwb.. bawak fon tu sekali, bg fon cikai wat kol ngn msj sudah.. emm kesian dkt si anak..
Uninstall semua media social dan rosakkan cip dekat sim dia. Lepastu buat2 kata phone rosak. Bila dia suruh repair kata duit cukup2 makan je. Sekian
Seeloknya ambil balik iPhone and beri handphone biasa yang tak ada social media. Cukup untuk call and mesej sahaja. Tegur dengan hikmah, jangan buat mak marah or keluarkan kata2 tak elok. Takut bila dia marah, semua kata2 yang keluar boleh jadi mengguris hati. Ada adik2 yg still sekolah. So you have to stay. Kalau awak tak ada, siapa yang nak guide mereka nanti? Anyways bertabahlah and good luck.
Format to factory setting fon mak kau tu rosakkan jugak micro sim dia kalo ada. Pastu jgn bg dah gambar2 kau. Kt fb kau gamba tu tukar privacy only me
mak confessor solatnya mcm mana,adakah dia buat solat 5 waktu? boleh inbox saya kalau x nak jwb kat sini :)
Rumitnya…ap yg sy boleh bntu…
Soal ibu yg ksih syg x sme smue ni…antra cranya adlah mngasingkan diri buat stu tmpoh mse..lazimnya manusia ni bila hilg bru die pndai hargai..bnyk shbt2 yg bila msuk univrsiti..skolah jauh dri parent..kepulagn tu dinanti2 sbb dh rse rindu..soal kesian kt adik tu..cube pikir solusi trbaik..x semestinya kita tak tnggl serumah kte x boleh bntu mreka…
Soal mak sis curang tu…bncg elok2 bukan untk slahkan die atau ap..tpi cube msuk ke situasi die..dn cube dptkan puncanya dn tujuaannya..klah die ad alsn kukuh mngkin boleh prtmbgkan…klau mak tu sje2 buat cmtu…sis nyatakan ap prsaan sis..dn kesan pd sis klau trus brpnjgn (mngkin mak x rse bnde tu ad effct pn sbb org x kenal sis)..
Cube jgk bncg dgn ayah…tpi jgn direct…just bgi hint2 supaya ayah take action die..
Wallahualam
Norman Hakim Rcsu
Ahmad Saifuddin Rcsu
Keluar dr rumah, dan kalau bole hilangkan diri seketika dr ibu. Rosakkan phone. Byk kan buka ceramah agama.
Amik je phone tu, bagi phone Nokia batu tu je. Mak memang akan marah giler punya, siap package maki hamun lagi, Maybe. Standby fizikal mental siap2, pekak kan telinga. Keluar je daripada rumah tu, buat hal sendiri. Bina masa depan. Bagi duit sekadar nya sahaja. Jgn bagi duit lebih sebab nanti salah guna. Jgn biar pisang berbuah 2 kali, Pishang nanti jadinya. Memang kena keraskan hati. I’ve been there, rasa Nak pindah rumah tapi sebab dah x org lain duk rumah tu, sy bertahan je. Cara saya, diam je tapi kdgkala terlepas kata juga apabila tersangat stress. Kita diam pun, dia x puasa hati juga tapi daripada menjawab, panjang cerita, baik dia. Rajin2 tadabbur bersama Ghulam Ad Dakwah, nanti Allah buka jalan, slowly and definitely . Insya Allah.