Assalamualaikum semua. Aku tuliskan sebuah cerita sebagai penghargaan buat dirinya yang sudah lama menderita.
2 Februari 2003:
Ibu menikah dengan seorang lelaki yang katanya benar benar mencintai dia. Ibu menurut kata ayah supaya tinggal bersama sama keluarganya. Semua kelihatan elok di awalnya. Namun bahagia tak selamanya, 2 minggu selepas itu, semua sudah menunjukkan belang mereka bermula dengan wan dan moyang yang tak henti henti memaki hamun ibu, ayah yang jarang ada dirumah kerana lebih suka hidup seperti bujang yang langsung tiada tanggung jawab dan ipar yang suka mengarah arah. Tapi wanita yang bernama ibu ini tetap sabar kerana cintanya pada ayah.
Tepat sebulan ibu berkahwin, moyang telah lumpuh. Ibu lah yang menjaga moyang, perempuan yang dia maki hamun ini lah yang menjaganya. Moyang telah sakit dengan teruk, sehinggakan untuk buang air besar dan air kecil pun tidak terasa, Dia mengesot ke hulu ke hilir dengan mata yang hampir buta, kadang kadang dia buang air besar di tepi singki, di bawah tangga dan di mana mana yang dia suka. Tapi perempuan yang dia kata tiada rupa ini tidak pernah merungut sedikit pun. Tak lama pun ibu menjaga moyang rasanya baru 2 bulan setengah ibu menjaganya, dia telah pergi untuk selama lamanya.
Selepas itu ibu dapat berita gembira, ibu telah mengandungkan anak sulongnya. Lantas dalam masa yang sama ayah mendapat panggilan untuk bekerja. Lupa untuk aku katakan yang yang sebelum ini ayah tidak bekerja sebenarnya, macam yang aku katakan sebelum ini dia hanya lebih suka hidup seperti bujang yang langsung tiada tanggung jawab. Ibu fikir yang masa depannya akan berubah tapi dia silap,(tidaklah kami membebani seorang hamba melainkan sesuai dengan kesanggupannya) mungkin berita ini gembira hanya buat ibu, tapi tidak bagi wan. Dengan kejamnya dia berkata “aku nak kau gugurkan anak ni! Kau takkan mampu untuk biayai segala keperluan dia, nanti aku jugak yang susah!”. Ibu tetap berkeras untuk tidak gugurkan anaknya. Pelbagai usaha dan cara yang wan dan ipar buat untuk gugurkan anak tu.
Bukankah kifarah itu ada, 5 tahun sudah berlalu, anak yang wan hendak gugurkan itu pun sudah membesar dengan jayanya, wan pun sudah stroke sepenuh badan tidak boleh bercakap, tidak boleh bergerak hanya makn bersuap dan gunakan pempers kalau kalau mahu buang air, Ibu pun sudah mengandung anak kedua. Masalahnya disini ayah, tidak habis habis dengan perempuan keliling pinggang, ipar yang tak habis habis mengarah, tapi ibu tetap sabar melayan karenah mereka. (dan kerana tuhanmu, bersabarlah). Macam yang aku cakap, ipar yang suka menagarah. Dia tahu mengarah ibu saja, mandikan wan tukar pempers wan bagi wan makan, dan banyak lagi kerja kerja yang orang mengandung tak boleh buat. Benda ni pun berlarutan sampailah anak ibu sudah pun masuk 3.
Ayah masih sama, ibu tetap sabar walaupun peritnya tak usahlah dicerita. Beribu mungkin berjuta kali ibu mengis kerana perempuan. Makin bertambah ujian ibu, bila atuk pula yang kena stoke separuh badan. Kadang kesian melihat keadaan ibu yang tersangat sangat lah penat, tiada langsung rehat usah kata sesaat, seminit pun tiada. Sudahlah penat menjaga mertua, ditambah pula dengan kerenah ayah tak habis habis dengan perepuan sini sana. Ibu jaga 2 orang sakit yang stroke sekali gus, sangat sangatlah penat. Ibu mandikan, bagi makan,cucuk insulin, bagi ubat, cuci luka, tukar pempers dan banyak lagi. Kadang ibu sakit bahagian bawah perut sampai rasa macam nak pecah, sakit pinggang macam nak putus sebab selalu angkat wan, sehari 5 kali angkat.
8 Oktober 2018:
Manusia ada batas sabarnya. Ayah buat perangai lagi, perangai apa lagi kalau bukan perempuan. Ibu kata dah penat, tak larat. Wan pun dah meninggal hanya tinggal atuk. Ibu kata dah tawar hati sangat sangat. Untuk yang baca cerita ni aku tak mahu minta banyak, cukup sekadar kirimkan doa untuk ibu supaya IBU BAHAGIA, Aku nak tengok dia bahagia kerana deritanya sudah lama.
Sekian…
– L
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit