Ibu abah, izinkan kakak dan adik pergi

Assalamualaikum ibu..abah,

Kakak bukan nak belakangkan ibu dan abah, jauh sekali niat nak tinggalkan ibu dan abah cuma kakak dah tak tahan menanggung semua tekanan.

Rumah yang dipanggil syurga ibarat bilik seksaan buat kakak dan adik. Ibu dan abah tak seksa kami secara fizikal tetapi kalian seksa hati kami, emosi kami terganggu sehinggakan kami lupa erti bahagia. Tekanan semakin lama semakin memuncak.

Setiap hari kami dipenuhi dengan air mata. Ibu, abah…pandanglah wajah kami, tataplah mata kami. Tidakkah kalian perasan betapa terseksanya hidup kami? Adakah kalian lihat mata kami memancarkan sinar bahagia?

Ibu..abah, kakak tekad untuk bawak adik pergi dengan kakak. Setiap kali kakak melontar luahan hati ibarat angin lalu di telinga kalian langsung tidak membawa apa-apa perubahan. Mungkin kalian tak mendengar jeritan tangisan hati kami.

Ibu dan abah setiap hari bertengkar sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak elok didengar oleh adik. Kak Long bernasib baik kerana mempunyai karier dan balik lewat malam. Kami berdua terpaksa duduk di rumah dan mendengar, melihat pertengkaran kalian.

Ada ketika kakak terfikir dimana pegangan agama kalian? Tidakkah kalian tahu Allah sentiasa memerhati? Dimana Allah di hati kalian? Di mana Rasulullah di jiwa kalian?

Ya Allah..itu sahaja yang bibir kakak mampu ucapkan..

Ibu..abah, kakak mungkin tak punyai pendapatan sendiri tapi percayalah walaupun berbekal rm100, kakak tetap akan cuba cari duit untuk suap adik makan. Walaupun terpaksa hidup susah, kakak tetap akan cari jalan untuk buat adik bahagia. Kakak lebih rela adik belajar hidup susah dari adik belajar apa itu keluarga tak bahagia..

Ibu abah, perasan tak kesihatan kami makin teruk? Tanda tekanan semakin memakan diri kami dan mungkin ini salah satu tanda kami perlu pergi.

Kakak taknak adik makin sakit. kakak tak boleh hidup tanpa adik. Dia satu-satunya motivasi untuk kakak teruskan hidup. Mati adik, matilah kakak.

Izinkan kami pergi…ibu abah

– Anakmu

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Pergi mane tu..jgn jauh2..cari tempat perlindungan..rumah anak yatim ke..rumah perlindungan sementara..demi keselamatan adik tu.

  2. Kalau di bawa adik tu pergi, mana confessor & adik nak tinggal?Dunia luar ni agak bahaya bila takde org dewasa lagi2 confessor ni perempuan. Kesian kan adik tu. Kalau boleh cari lah penyelesaian dulu. Jadikan tinggalkan rumah sebagai pilihan terakhir.

    • Kalau boleh kan confessor pasang lah ayat2 al quran dalam rumah. Download kat youtube. InshaAllah boleh tenangkan hati mak ayah. Pasang tu jangan terlampau kuat & slow. Sepi2 je. Pasang dlm bilik. Dengar dgn adik

  3. Sy penah rasa ape confessor rasa.. bertahun jugak simpan rasa benci pd org tua.. tp tu dulu.. boleh pm sy kalo sudi nk kongsi rasa..apepn.. take care kakak..

  4. ramai yg lalui perkara nih..n bukan sume yg survive..tapi sy sndiri dh buat ape yg confessor nk buat..I take my brother n get out from that kind of life..in the end, here I’m in IIUM and my brother at poli tek..bukan nye keluar tanda kite nk lari, tapi nk cari ketenangan..tapi kes confessor ni laen ckt..confessor pompuan..pk la baek2 k..

  5. Hm hati2 dgn dunia luar..rm100 brp lama je blh tahan skrg ni :( Tlg cari tempat perlindungan yg baik ya. Tp kalau kesempitan, blh pm saya. moga dipermudahkan urusan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *