Salam. Thanks sebab approve citer aku.
Aku cerita ni,jangan emo pulak.Sebab aku tengok sekarang ramai cerita masaalah keluarga mak & ayah. Aku pun nak shared. Harap amek pengajaran.
23 tahun aku hidup,dari aku kecik tiap tiap hari penuh airmata sebab tengok mak ayah aku gaduh sampai baling barang and cedera. Mak aku la paling aku tak sanggup tengok cedera dia.Baran bapak aku ni dh macam Hulk tau.Tapi mak aku marvelous boleh sabar.Tapi tahun 2011,offically bercerai talak 3 sebab ayah aku dah lama kawin lain , dan ada anak 4 dah sekarang.
Sejak dr tu,aku kakak aku dgn adik laki aku survive sama sama dgn mak aku.
Yang aku terkilan sebenarnya, abah aku last aku nampak depan bank,aku nampak WhatsApp la dia. Tp dia tak layan. Tau apa feeling?sakit hati. Dekat aku sebulan 100 ringgit. Kau rasa boleh survive tak sebulan seratus dengan tak kerja sbb mak suruh dengar ckp dia tak perlu kerja tmpt lain ikot dia kerja je… 3 tahun belaja jadi penganggur.
aku pernah rasa nak lari nak jd lebih jahat. Tapi aku fikir,kalau aku buat mcm tu aku cuma "kotorkan" keadaan je. Jadi baik aku ikot kehendak mak aku sampai dia yakin aku blh jaga dia wpun sbrnnya dlm ati aku , aku nk kerja untuk bantu ringankan dia. Aku buat online biz sambil bantu dia kerja salun padahal aku tak minat keje salun,tak minat tak boleh paksa diri. Aku jualkan barang kecantikan and jadi dropship.Adelah income alhamdulillah tp cukup cukup makan la .
Aku buat semua demi mak aku.Berenti keje pun sebab permintaan mak aku.Asalkan dia sentiasa gembira.Tu dah cukup.Walaupun aku yang menderita akhirnya….
Sebenarnya lama lama aku yakin rezeki ade kat mana mana. Cuma kena berfikir positif. Syukur Allah kenalkan aku dgn jejaka yg berjaya buat aku berfikir positif setelah 3 kali aku gagal dalam soal cinta.Sifat dia melebihkan keluarga dahulu berbanding aku buat aku rasa positif utk teruskan hidup dan menjaga keluarga aku dgn baik walaupun tgh susah sgt sgt.Kalau gagal lagi pun aku faham,jodoh tu kan kerja Allah.Yang penting fikiran aku adalah untuk menjaga mak aku yg beranakkan aku ni…balas bakti wpun xde duit sgt…
23 tahun aku sabar ni harap boleh lebih sabar hadap dugaan yang menimpa aku.
aku cuma nak pesan,pada anak anak muda sekarang yang tak kawin la ye. Ada mak , jaga. Walaupun teruk mana mak atau bapak kau,jaga perangai kau.Jangan sebab masaalah keluarga kau jadi sakit hati tawar hati sampai lari sampai sanggup konon nak selesakan diri duduk soranglah,bawak diri la apala,tapi tak selesakan mak bapak.Sesungguhnya kasih ibu sentiasa menjadi saksi kita untuk menuju ke syurga….dimulakan dengan akhlak kita ! Kasih bapa takde penghujung wpun dia buat perangai kat kita….
insha allah ade jalannya….yakin !
terima kasih.
-cik L.
– Cik L
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Setuju tu…bgus sis ap sis buat…kte ustz zul ramli “klau ad peluang cube tnya kwn2 yg dh tiada ibu bapa..ap pesnan mreka..PASTI..slah stu drinya…jgalah ibu bpa sementra mreka msih ad dpn mta”