Ibu Bapa, Rezeki, dan Syukur

Assalamualaikum semua.. Thanks admin sekiranya cerita ini disiarkan. Ni tajuk aku sebab sesungguhnya aku taktau nak letak tajuk apa. Aku tulis ni hanya lah untuk berkongsi dengan reader beberapa hal iaitu:

1) Betapa Allah mudah kan hidup jika kita berbakti pada kedua orang tua, betapa sekecil2 doa yg kita baca sambil lalu tu dimakbulkan Allah.

2) Rezqi Allah bagi itu luas, cuma kita sahaja narrow down definition of rezqi=money.

3) Siapa kita sebelum ni, apa yang kita pernah lakukan, jahat mana sekalipun, kita letak tepi. Yang penting adalah siapa kita yang sekarang. OK? Our past doesn’t define who we are.

Aku bukanlah penulis berkaliber, first time ni, hehe. Maafkanlah ye kalau korang rasa penulisan aku ni caca merba sikit. Harap apa yang nak disampaikan itu jelas. Life aku penuh drama, tapi aku cut the drama sebab dalam drama tu ada terselit cerita orang lain. Aku taknak cerita pasal orang.

Aku dari dulu selalu merasakan life is unfair, semua orang tak suka aku, aku tak cantik, aku tak cerdik, aku rasa parents tak sayang aku and aku paling tak boleh tido kalau aku rasa org tengah mengata aku..haha. Semua benda jadi satu masalah kat aku. Aku menjadi semakin PESSIMIS dan tak pernah rasa mencukupi. Aku tak pernah berlapang dada.

Aku rasa terlampau sesak dan pathetic. Aku start baca banyak self-help books mcm chicken soup for the soul, the art of not giving a F*CK dan lain-lain for me to understand myself and make myself a better person. So sekarang negative thoughts tu aku tepis mcm main tenis je. Yang penting kau focus dekat pinggan kau je, takyah menyibuk pinggan orang lain. Kau jangan join group org-org membawang, and because you are trying too hard to fit in, kau pun cari modal nak membawang org lain. JANGAN START. Tu je.

Dalam pada aku rasa aku ni bad egg of the family, parents aku tetap priority aku. (walaupun aku nampak macam degil sgt tp sbnrnya I really don’t mind if aku kena berkorban untuk parents aku). Anyway, arwah ayah aku meninggal waktu aku final year, just a week before final papers start. Tp aku spent the whole semester jaga arwah ayah aku dekat hospital. Aku hanya pergi ke kelas bila ada test dan quiz sahaja. Adik-beradik aku ada yang bekerja dan bersekolah, and they cannot afford to stay at the hospital.

Ramai suggest aku untuk extend the semester, tp aku ketegaq baq ang, aku cakap aku boleh, inshaAllah boleh (padahal aku mmg tak sure aku boleh buat ke tak). Kalau ikutkan, aku pun ada kelas nak kena attend, final year lagi tapi aku kuatkan diri, selalu cakap dengan diri sendiri (read: cakap depan cermin), “it’s okay, u can do this. U can always have another chance in your study, but not your dad.” Aku, mak aku and adik beradik lain take turn whenever diaorang available untuk jaga arwah ayah aku sampai dia meninggal.  Alhamdulillah. Allah permudahkan segala untuk arwah ayah aku dan aku kamikaze (dengan usaha ye) menghadapi final. Alhamdulillah jugak sebab aku passed the semester above 3.0 GPA, walhal aku hanya ada seminggu je untuk study dan aku dah mentally prepared in case aku fail (aku tak pernah fail sebelum ni, so failing is a big thing untuk aku).

Dan kehidupan diteruskan. Aku start kerja, wallahi, aku rasa mudah sungguh aku dapat kerja, aku interview mana-mana pun, walaupun gaji starting agak lemau (standard rate applies), on the road sahaja dah separuh gaji habis, rezeqi aku tetap tak putus (sampai sekarang alhamdulillah). At that time, aku just considered myself as lucky (acah2 liberal). TAPI time ni aku masih berskirt pendek, kalau solat itu umpama gigi manusia, aku rasa rompong gigi tu. YA time muda aku habiskan dengan benda benda lagha i.e. boyfriends, bersosial yada3 (aku malas nak go into details, I leave it to your imagination ok). Tapi dalam rompong2 tu aku ada jugak lah time aku selit doa, temukan lah aku dengan org yang dapat membimbing aku bla3. (biasanya doa macam ni aku baca bila heartbroken lol). BUT DON’T TAKE YOUR DU’A LIGHTLY OKAY. Aku cerita sat lagi.

Dan selang beberapa tahun, mak aku meninggal, tetapi pagi sebelum dia meninggal tu, aku sempat mandikan mak aku without knowing itu adalah kali terakhir aku mandikan mak aku and perut dia bersih sbb dia dah muntah pagi tu. I’m glad I did what I did. Nak dijadikan cerita, sebelum mak aku meninggal aku dikenalkan dengan anak kenalan mak aku. Aku hesitate at first sbb aku ada ‘teman tapi mesra’ tapi aku takmo habaq mak aku (sbb mak aku garang), tup2 depa hantaq org merisik aku. Aku just go with the flow, sbb as usual kalau aku kena pilih mak atau org yg belum tentu lagi future dia dengan aku, I will always choose my parents over anything. Then, mak aku meninggal. Jadi sekarang apa cerita? Aku dah confuse nak teruskan atau nak call off the marriage sbb aku tak kenal sgt that guy and aku belum betul2 habis enjoy lagi..MACAM MANA NIIIIIIII.

Aku solat istikharah (biasalah manusia, dah buntu baru nak cari Allah), aku tak mimpi apa-apa, aku cuma ada instinct that I should go on with the marriage. Aku harap sgt yang he is the right person for me. Kami tak bertunang, sbb aku tak mau, bazir duit oi. Lagipun bagi aku tunang itu hanya lah untuk make sure kau commit with the relationship, but kalau kau yakin kau boleh commit, tak tunang pun tak pe kot? Haha tu theory aku, kalau tak sama kau diam-diam je. Parents dua dua dah takda siapa nak support. Aku habaq kat dia, kalau nak, kahwin terus tak payah tunang2. Lepas mak aku meninggal, dia dan family dia duk jaga aku, sbb aku tengah saving nak kahwin (buat adik-adik planning nak kahwin, buat simple2 je, sbb yang paling penting adalah saving selepas kahwin untuk korang survive bukan waktu majlis je survive pastu makan pasiaq).

Dalam masa beberapa bulan nilah aku kenal in depth lagi dengan si dia. Kira banyak bercinta lepas kahwin giteww. AWAT ang ingat dalam drama saja ka? Aku masih berskirt pendek, tapi tak pernah sekali pun dia suruh aku tutup aurat, tapi kau tau apa dia buat?? Ada sekali tu kami keluar makan, tiba tiba dia stop somewhere. My heart skipped a beat. Aku terkejut taktau nak buat lagu mana dah. Dia pi berhenti dekat MASJID. MASJID oi. Aku dengan skirt pendek, kau rasa???? Depan depan tu dah tulis dekat papan, kawasan menutup AURAT. “Boleh solat ke?” dia tanya. Aku dah duk tertarik-tarik skirt aku sambal bermonolog ‘dia ni gila ke apa, aku pakai skirt kot’..nak marah tak boleh sbb dia ajak aku solat, bukan pergi party adehhh.. so aku dengan jawapan standard “tak boleh, I period”.

Dari hari ke hari aku perasan, pergi mana sekali pun, dia akan utamakan solat. Aku dah makin segan nak pakai skirt. Jadi, dari skirt pendek, jadi skirt ¾, pastu jadi full length pants. Dia tak tegur aku guna words, but through his actions. Lepas kahwin aku terus pakai tudung. Bukan sebab aku nak pakai pun pada awalnya, tp sebab aku lupa hair dryer aku and aku ada bad hair day. So hari tu aku pergi kerja pakai tudung. Bila aku balik kerja, MIL aku tepuk tangan happy tengok aku dah pakai tudung. Takkan lah esok aku dah tak pakai tudung kan? LOL. Tapi aku maintain pakai tudung sampai sekarang alhamdulillah. Time ni aku takde lah madly in love, tapi aku cuba yakinkan diri, Allah catur yang terbaik untuk aku. Lama2 baru aku perasan, eh sbnrnya kalau ikutkan ni lah apa yang aku mintak kat Allah dulu. (Aku mintak macam macam kat Allah whenever aku solat dulu, kira cam himpun 1001 request terus, tp aku tak buat apa Allah nak, so fair enough kalau doa aku tak dimakbulkan, says the realist me).

Anyway, suami aku ni bukan lah warak bercop hitam didahi. Tetapi dia mmg solat tak tinggal, dan kalau tertinggal atau tak sempat dia punya resah aku tak tau nak cakap macam mana. Setiap pagi dia akan baca surah Al-Waqiah lepas subuh. Aku on the other hand, kalau dah ber ‘make up’ mmg liat sungguh nak solat, esp kalau make up aku cantik (bagi aku lah).

Aku masih rasa solat tu beban utk aku. To the extend aku siap pura pura amik wudhu’ acah-acah nak solat tapi tak solat, walhal sama je kalau aku sebenarnya solat betul2. Kadang kadang aku lengah sampai aku tertidur. Aku pun taktau kenapa laa liat sangat nak solat. Syaitonirrojim sungguh. Bila fikir balik memang aku menyesal. Suami aku will never fail to ask the same question again n again every day, “awak dah solat?”. Tak pernah la dia maki hamun aku sbb aku kadang kala je dengar cakap dia. Kalau aku, org tak dengar cakap, kena hamput dah kot ahahahahh…

Dia tak pernah nak susahkan aku, kalau dia nampak aku tak sihat dia basuhkan pinggan mangkuk, kalau aku merajuk mogok tak nak masak, dia masakkan untuk aku and anak-anak. Dia bagi aku ‘me time’, before anak-anak pegi sekolah, dia siapkan beg diorang and what not…banyaklah payah nak habaq. Dia buat aku jatuh sayang se sayang-sayangnya dekat dia. Disagreement tu biasalah sbb aku memang kuat membebel and degil hehe. Tapi dia tetap sabar dengan aku sedangkan kesabaran aku hanyalah senipis kulit bawang yang di belah tujuh.

Sampai lah waktu anniversary aku, dia cakap dia dah lama nak cakap dia bangga sebab aku maintain pakai tudung sampai hari ni tapi dia nak aku penuhkan solat aku. Pernah sekali aku nampak dia nangis lepas solat dalam doa dia. Time tu aku punya hati bukan setakat terjentik, macam tersepak, terterajang semua cukuplah. Aku macam, “wow, macam mana dia boleh give all his heart out to Allah”. Aku belum lagi sampai nikmat tu. Slowly aku solat, sekarang tak rompong sangat, ada la sikit lubang lubang, inshaAllah, slowly aku penuhkan. Suami aku la dentist nya (cia cia cia).

Aku dulu sangat lah berdosa tapi bagi aku, itu bukan lah sia-sia, itu adalah pengalaman that makes you, YOU. Sebab semua benda yang terjadi ada sebabnya. Aku selalu dengar orang kata “caturan Allah tu cantik, tersangat cantik”. Aku cam, apa yang cantiknya. Now I understand that you have to look at the bigger picture for you to see it. Open your eyes guys. InshaAllah, u will see it too. Orang yg kita rasa takkan berubah dulu, tah2 lagi baik dari kita yg sekarang. Sebab tu Allah tak bagi kita judgmental, even to ourselves.

Little did I realize back then, ini semua adalah rezeqi, dan rezeqi bukan sekadar material macam duit banyak tak habis pakai, kereta mewah, rumah bertingkat2. Keluarga yang happy, to have time to spend with your family, rumah selesa, dapat solat Jemaah sama2, dapat kawan2 yang baik dan membimbing etc, ini semua rezeqi tau. Kadang-kadang aku fikir, apalah aku buat to deserve such rezeqi (try not to compare dengan pinggan orang lain na) walhal aku dosa aku .. Allah saja yang tau. But remember, a thankful heart will change the way you view the world.

Suatu hari aku ada dengar ceramah mana tah tak ingat, rasanya macam Ebit Lew itu pun sebab keluar kat newsfeed aku, pasal berbakti pada ibu bapa dan reward yang Allah janjikan pada mereka. Then I put the puzzle pieces together, baru lah aku nampak betapa Allah mudahkan aturan jalan hidup aku. My husband is a Godsend. He may not be perfect, but is definitely perfect for the imperfect me. My kids mashaAllah, more than what I deserve. Keliling aku adalah rezqi, anak-anak, rumah selesa, makan pakai secukupnya, kerja bagus etc. Terima kasih ya Allah.

Sayang, kalau awak baca ni, thank you. Thank you for what you have done for us, for our little family. Walaupun I said otherwise hehe sbb saya mmg kuat menyakat. Dalam doa saya tak pernah sekali pun saya tak sebut nama awak.

Buat yang sedang buntu, lost, having a break up dan rasa life is unfair. STOP. Take a look around. Embrace what u have and what you have done walau baik buruk sekalipun. Bila kita terlalu melihat keburukan, kita miss kebaikan sekeliling kita.

Sekian.

– Yang baru belajar untuk bersyukur

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *