Ibu bapa yg mahu anaknya telan buah zaqqum???

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Ana bukan budak uia. Tapi kolej ana dekat dengan uia. Masjid uia tu selalu jgak la ana lepak. Ana budak tudung labuh, geng2 budak2 usrah. Kawan2 ana baik2 belaka, insyaAllah.

Tapi satu hari, kawan yg ana hormat kerana semangatnya dalam dakwah dan tarbiyah datang kepada ana dalam keadaan menangis. Kenapa??? Hati ana risau.

"Syifa' nak kawen."

Ana tersenyum..
"Allahu..kahwin aje la.."

"Parents syifa' x kasi.."

"Kenapa?"

"Takde duit katanya. Student lagi."

"Betul jgak tu.." Ana lebih mahu mendengar berbanding nasihat sebenarnya.

"Syifa'..syifa' da terjebak dengan zina.."

Berdebar jantung ana. Zina? Zina yg macam mana? Zina hati? Zina mata? Zina mulut? Zina apa??? Tapi tu semua hanya dalam hati ana. Syifa' sambung cerita..

"Zina yg betul2 zina!" Syifa' menangis. "Syifa' da buat dosa besarrr..syifa' malu nak cerita.." Syifa' menangis teresak-esak. Suara tersekat-sekat. Ana menggigil mendengar cerita syifa'.

"Syifa'..Allah Maha Pengampun. Syifa' taubatlah. Banyakkan berpuasa dan bersabar."

"Syifa' sudah buat semuanya. Puasa. Doa. Tahajud. Taubat! Syifa' buat. Tapi syifa' kerap kali buat dosa yg sama. Syifa' berzina." Syifa' menangis lagi.

Kalau kawan2 nak tahu, zina yg macam mana. Tak perlulah ana terangkan. Zina orang couple? Berpegang tangan, berpeluk, bercumbu dll. Ana sedih dan sangat terkilan. Kenapa syifa' terjebak? Syifa' orangnya beragama. Berperwatakan sangat baik. Ana percaya syifa' dah buat macam2 utk menahan dirinya. Tapi sekali terjebak dgn zina, memang sukar utk menghilangkan kotorannya.

Bahkan lelaki pilihan syifa' jgak orang yg baik2. Ana tak boleh fikir apa penyebab mereka boleh berzina. Ana cukup sedih, cukup terkilan.

Ana dah banyak lihat pasangan yg berniat nak kahwin. Tapi ibu bapa halang. Mereka jadi kurang sabar, akhirnya terjebak dgn zina. Mula2 keluar makan berdua. Lepas tu bercuti bersama. Lepas tuu?? Rosaklah niat awal utk menghalalkan terlebih dahulu. Habis telah dihancurkan dgn zina! Bahkan ada ibu bapa yg tidak kisah anaknya berkawan berlama-lama. Mereka butakan mata dan pekakkan telinga bila anak2 keluar berdua!

Ana tak tahu siapa ana nak persalahkan. Lelaki itukah? Syifa' kah? Ibu bapa mereka kah? Tidak..ini bukan masa utk ana mencari salah siapa.

Tapi ana mohon kepada couple di luar sana. Tolong putuskan hubungan yg haram. Ikatkan dgn ikatan yg sah. Kalau x mampu, puasa, jaga pandangan, jaga kemaluan. Kalau da x tahan, terus teranglah pada ibu bapa. Syifa' kata dia da buat semua ni. Dan ana terdiam. Ana jgak buntu.

Kepada ibu bapa, tolong jangan percayakan anak2 yg sudah ada pilihan. Kalau mereka kata nak kahwin, tolonglah benarkan mereka kahwin. Kalau anda risaukan anak anda makan pasir lepas kahwin, tolonglah risaukan anak2 anda makan buah zaqqum di neraka!

Kalau orang kata, ibu bapa boleh baca perlakuan anak2. Ibu bapa boleh rasa anak2 punya masalah. Sebenarnya ana langsung x percaya. Sehinggakan anak2 sudah terjebak dgn zina pun ibu bapa takkan tahu. Anak2 semakin jauh dari ibu bapa. Tidak ada ibu bapa yg sempurna.

Ana harap ibu bapa diluar sana. Tolonglah pelihara anak anda. Jangan biar mereka terjebak dgn zina. Ajari mereka sedari kecil jangan bercouple. Kalau da punya calon, tolonglah jangan ditunggu lama2. Ibu bapa tak seharusnya menghalang tapi memberi panduan. Apa yg dilalui anak2, godaan zaman serba moden ni x mungkin sama dgn apa yg telah dilalui ibu bapa. Tolognlah, selamatkan anak2 anda.

Rasullullah s.a.w. bersabda : Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar. (Riwayat At-Tamizi).

– Fasihah

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

36 Comments

  1. Ade sbab parent x bg kawen awal..bnyk tgungan lepas kawen..mampu ke?..da laa ko study parent tanggung..ko kawen pon x kan parent nk tanggung gak…jgn laa fkir sbab nafsu je..fikir kan parent dulu baru fikir bnde lain..

  2. Im sorry confessor,u really dont think far..
    Saye just nak sentuh part mak ayah.
    “Kepada ibu bapa,tolong jangan percayakan anak2 yg sudah ada pilihan.”—saye tak paham langsung ayat ni.

    So kalau dia nak kawen,bagi ja…kalau bercerai lepas tu pun takpa janji elak zina..is that what u think?awak ingat kawen ni apa?

    Mak ayah dia tak bagi kawen probably ada sebab..maybe pompuan tu sendiri mak ayah tengok tak ready(tak reti kemas rumah,tak reti masak,etc)..maybe laki tu pun tak mampu lagi or ada benda mak ayah dia tak berkenan.did u ever consider that?

    Salah siapa benda ni jadi?90% saye salahkan kawan awak dan pasangan dia..diri sendiri takleh kawal nafsu pastu salahkan mak ayah pulak tak bagi kawen.5% salah parent sebab tak boleh elakkan benda ni jadi dan 5% salah masyarakat sebab agungkan sangat cinta,kawen awal semua ni.

    Personally saye tak sokong kawen awal(tak sokong,bukan tak setuju) sebab banyak kali dah saye nampak the bad outcome.sure,tak semua but mostly,kejap je cerai dah.

    • saya juga lebih bersependapat dgn bro.. alangkah menarik kalau kita dpt bertukar2 pandangan ?.. sbb itulah pentingnya muzakarah ilmu..dri ctulah kita mengetahui hakikatnya kita byk tdk mgetahui..ramai hri ni cuma ikut ikutan khwin muda..pesan & teguran seorang ustzh irk kpd klas sy..beliau sgt tdk mggalakkan khwin muda..dan so far nilah stu2nya lecturer islamik yg sy jmpe dpt sy ngertikan berbeza pndgn dgn insan lain.. ustzh lebih galakkan anak2 muda menuntut ilmu & terus mnuntut ilmu..sabar..& juga amik tahu serta selidik kes2 pnceraian di malaysia…sy yakin & percaya dgn ustzh sbb beliau sgt jujur & lebih arif brpglmn dlm perihal rumah tgga..realitinya ramai hri ni kemanisan rumah tgga dikongsikan, tpi hempedu di dlm langsung x dicerita..bole sy takrifkan agk kurang jujur dgn ank2 muda..jd ank2 muda yg tiada ilmu, tiada asas percya la bulat2..kononnya perkahwinan mcm dlm drama tv3..indah2 belaka..tdk sama sekali sahabat.. pd sy sebelum berkhwin..belajar lah mengenal..
      setiap manusia tdk terlepas dri rahmat ihsan Tuhan..bt syifa..usah terlalu depress..jika benar2 lelaki tu setia, bertggjwb & ikhlas dgn kamu..walau sejauh mana pun kalian melampaui batas..dia la stu2nya insan yg akn menjadi pemegang amanah diri awak..sy doakan utk syifa & siapa2 shj yg pernah melampaui batas atau sdg bercouple..semoga Allah mengampuni sgala dosa2 dan mengizinkan di suatu masa kamu menikahi dgn pasangan yg kamu benar2 cintai & hrapkan..
      kdg2 permulaan jln cerita kita x brapa cantik, tpi kpd Dia jualah kembalinya segala kecantikan..setiap insan mmpu berubah..jaga & ttup aib diri kita sendiri..jgn biarkan sesiapa tahu..termsuk la akk2 naqibah atau abg2 naqib skalipun..kerana dlm dunia ni setiap org kdgkala bercermin peribadinya..didpn lain, diblkg lain.. inilah berhrganya pglmn hidup..crilah ilmu, timbalah pengalaman..kelak kau kan mengerti sebenar2 kehidupan..

    • Haha..kawen awal tak salah..masalahnya geng2 yang kawen muda,saye nampak tak paham pasal kawen.cuba try tanya yang nak sangat kawen muda ni,apa sebab diorang nak kawen.saye penah tanya dan rata2 semuanya jawab “kawen awal dapat elakkan maksiat.” atau yang sewaktu dengannya.tak caya,try la tanya.

      Memang betul kawen elakkan maksiat but dengan jawapan macam tu,it shows mindset mereka hanya nak halalkan nafsu.bila dah setel nafsu,kena deal dengan tanggungjawab hidup berkawen dan sebab tak penah pikir or tak ready,situ la start retak rumahtangga.

      Saye penah tengok couple kawen muda.yang laki nampak elok,yang pompuan pun nampak elok.tapi kawen,setahun je dah cerai.sedeh tengok.awal2 semua happy,last2 jadi gitu.dan sebab yang saye boleh agak is laki pompuan tak ready.sebab tu saye amat tak sokong kawen awal.

    • Yup sbnrnya aku mmg setuju untuk berfikir lbh mndlm sblm merancang untuk berkahwin. perkahwinan bukan satu yg mudah. Tp melihat peragai ank muda masa kini mmg amt mmbimbngkn, zina bukn hnya utk org biasa2. Bhkn tittle ustz, ustzh blh terjebak. Itu yg menakutkn.

    • Aku dulu jg byk mkbngknag utk ank2 muda kawen awl. Sbb perkahwinn bukan 1 yg mudah, byk bnda kena fikir, drp diri sndri, psgn, keluarga kita , keluarga psgn dn tnggungjwb mmg semakin brtmbh. Tp bila aku di dtgkn pelbagai kes zina yg trjdi dgn org2 sekeliling yg trdekat aku lbh bersetuju jika kawen awl, tp mcm saudara ckp, kena ada panduan utk mkbimbing org2 muda nie utk mnjlnkn tnggungjwb sebagai suami atau isteri. Jgn ingt syok je nk kawen. Tp pndgn aku nie bg org yg dh terjebak dgn couple. Tp bg aku yg xde psgn jgn menggedik pi cari psgn semata2 nk kawen awl. Sorry kasar sikit huhu..

    • hehe itulah mksud sy bro..pemikiran dan idea kita lebih kurang sama lah.. huhu byk lg ngative side cerita2 tntg psgn khwin muda dlm pmerhatian & pengetahuan sy.. tpi sy diamkan je.. main purpose of marriage is responsibility n amanah.. bila x khatam faham utk part ni.. itu yg antra punca bercelaru rumah tgga.. sy ni xd la pglmn sgt..xde la berilmu sgt..tpi sbb kita melihat & mengkaji dri dua sudut..bgus khwin awl..dan x bgus khwin awal.. dua2 ad pros n cons.. nk hurai kt cni pnjg.. saya sendiri masih mengkaji & mencri jwpn..cuma dpt sy simpulkan kahwin la setelah temui pasangan yg sabar, bertggjwb, tahu berdikari & ikhlas bersama2 dgn kita dlm ssah dan sng…restu & redha ibubapa tu penting.. ramai yg rse bila sudah berkhwin telah mndpt redha Allah.. ye tepat.. tpi klau kahwin pun byk hutang sne sini, mnyusahkan duit & keringat mak ayah, dlm hdup belum pernah berbakti dkat mak ayah since spnjg mse duk berjauhan, belajar jauh & futher studies oversea guna duit pnjmn, blik2 khwin guna duit mak ayah dulu, lpas khwin mak ayah sndiri yg settle kn hutang pnjmn belajar, bila dah ade anak mintak mak ayah pun tlg jgekn..atau pnjam org gaji family sndiri & sebagainya..fkir2kan lah..klau ad di antra cntoh yg sy sebutkn ini..mohon cuba la elakkan dlu hasrat nk berkhwin..hrgai & bantu adik beradik dulu.. especially org puan..

    • Yg nak sangat kawin awl… yg pmpuan try ambil alih kerja rumah n dapo seminggu tanpa pertolongan, laki ambil alih tugas ayah kejap n tlg jaga budak kecik seminggu. Tgk boleh buat x task tu..

  3. Masuk group Kisah Rumah Tangga. Bace setiap isu setiap masalah yg dikongsi. Masa tu ko tau langit tinggi rendah. Especially bila financial sgt rapuh. Go read & open your mind.

  4. Aku sokong sedikit kenyataan bro Mohamad Amirul, jika ibu bapa menghalang, mesti ada sbb nya. Ibu bapa dah terlebih dahulu hidup dgn alam perkahwinan berbanding kita yg tak pernah alaminya (bg yg bujang). Perkahwinan bukan semata-mata utk elak maksiat, ia berkait dgn TANGGUNGJAWAB. Tanggungjawab sbg suami, isteri, bila ada anak, tanggungjawab sbg ayah, ibu dan sebagainya. Aku tak nafikan, rezeki itu ada dimana-mana, tapi bagaimana dgn usahanya? Sebelum salahkan orang lain, lihat balik pd diri kita. Mana silapnya dari diri kita.

    Nak tanya, jika kawan dah buat semua, dia pernah tukar nombor telefon dia tak?mgkin ni 1 cara utk elak masalah ni. :)

  5. sebab tu Allah larang mendekati zina , bukan jangan berzina tp jangan dekat pun dengan zina . bila berdua pasti ada yg ketiga . its not about orang baik , pelajar agama , or what so ever , its all about iman . iman kat mana ? iman , iman kat mana ?

    syifa’ aku rasa kau patut ajak pakwe kau jumpa parents btau hal sebenar .

  6. Salah diri sndri. Alim mcm mn pon tetap manusia.. tetap ada nafsu. bila mak bapak x bg kawen lg, cpt2 la terus jauhkan diri dgn pasangan tu. Stop couple2 ni. Jauhkan diri dari zina siap2 sebelum terlambat. Tu je cara nak avoid the bad things and utk tahan nafsu. Bila selalu bersama mmg no wonder la jadik mcm ni. smpai masa, sampai jodoh, akan kawen jugak. Bila bab xleh kawen jgn la slalu salahkan mak bapak.. kita x tau maybe Allah yg gerakkan hati dorg utk x bg kawen, who knows. Kuasa Allah xde sapa boleh halang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *