ibu benci aku ke?

Crita psal ibu aku nie. Start dri aku drjah 5. Aku penah tgur ibu aku sebab mak aku tak pakai tudung. Ibu ak freehair dan suka mnunjuk nunjuk rmbut. Sorang pon tak berani tgur sebab tkot. Ayah aku prnah tgur tp ending bgaduh truk sebab ibu aku melawan. Aku sorang je yg pling berani. Ak tgur ckp malu la kt org ibu, anak2 ibu smua pakai tudung tp ibu? tp apa yg aku dapat ibu aku tmpar aku, tmpar skuat hati depan adik beradik ak smpai diorang mngis ckp sudah. Bibir ak pecah sebab ibu ak tmpar. Ibu aku ckp blik, kau spe nak ajar aku? Ak taw ape aku buat. Tp aku taw aku salah ak mntk maaf. Start drpda hari tue ibu mcm benci sngt kat aku. Ape yg aku buat tak pernah kena. Dan lagi satu ibu aku suka mnyumpah anak. Aku adalah anak yg selalu kena sumpah. Dngn kakak aku yg sulung. Prnah ibu marah aku smpai ckp nnti kau dpt anak anak kau jadi bohsia. Banyak lgi. Pernah aku lupa nak kunci pintu belakang. Ak cuma tak selak, aku cuma tekan. Ibu aku bangun, ibu aku tengking aku ckp apsal kau nie bangang sangat. Aku ckp blik ibu, org cuma lupa nak selak ibu bukan tak kunci. Tp ibu aku tmpar aku hnya disebabkan pintu. Aku prnah kerja, ak bgy ibu gaji 100 sebab gaji aku dalam 400. Tp korang tahu apa ibu aku ckp? Setakat kerja bgi aku seratus baik tak payah. Sdihkan? Aku pernah bawak air panas dalam gelas kaca, tp gelas kaca tue retak lepas tue pecah sebab panas sangat, ibu aku bangun jerit kau nie bangang ke smpai gelas pon tak reti bawak. Smpaikan kakak aku ckp, bukan dia yg sengaja pecahkan tp cawan tue pecah sndri. Kenapa marah2. Ibu aku diam. Bayangkan smpai ubat gigi kt bilik air tak tutup ibu slahkan aku. Ape yg jadi dalam rumah smua salah aku. Smpailaa arwah kakak aku sakit, soalan terakhir arwah, ibu kenapa ibu benci sangat kt adik? Ibu aku takde jwpan. Kdg2 apa yg aku luahkan kt ibu, ibu akan ungkit2 ckp mmg life aku truk. Ibu banyak sumpah aku. Life aku akan jadi truk ke kalau takde redha ibu aku?? ?Doakan yg trbaik untuk aku. Aku syg ibu aku. Wlau mcm mana pon dia.

– lizz

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Kekdg mmg ada mak bapak camni, seriously, mak bapak camni buatkan hidup anak2 jd depressed, jd insecure jd mcm2 lagi, so sapa2 yg nk buat anak nanti, jgnla jd mcm mak confessor ni k. Pada confessor, berdoa jelah2 byk, klu x tahan, kau kerja n blah, jgn balik slalu.

  2. Hati tu Allah yang pegang. Dia lah Yang memberi hidayah kepada sesiapa pun yang Dia suka. Hati dia mungkin dah keras, tapi kita sebagai saudara seislam, bahkan anak sendiri kena lah sentiasa mendoakannya. Kita kena berdakwah kepadanya. Kita kena tunjukkan akhlak yang terbaikk seperti Rasulullah s.a.w. Penghijrahannya mungkin bukan sekejap, maka bersabarlah.

  3. Sy ada dengar ustaz dlm tv ckp…ibu klau x suka dgn perangai anak, tetap jgn ckp anak tu derhaka atau ckp yg x baek2 utk anak…sbb doa ibu ni mmg slalu dimakbulkn Tuhan. Klu boleh maafkan anak. Tp klau kisah ibu awak ni sy x thu la…. Ermmm

  4. Apa yg sy pernah dgr dari ustaz ustazah, anak2 tak boleh direct tegur ibu bapa. tak hormat namanya. Kalau sampai terguris hati mereka, boleh jatuh derhaka.

    Apa yg anak boleh bt selain doa, mintak org dewasa sama ada yg lebih tua atau sebaya mak ayah kita utk tegur kesalahan mereka.

    Bukan anak sendiri yg tegur. Itu antara adab. Dan normal sbg mak ayah of course walaupun mereka salah, tapi bila anak yg tegur.. ego mereka akan tercalar.

    Jadi..sbg anak sebaiknya, teruk mana pun mak ayah.. hormat mereka. Mintak bantuan yg lebih tua andai mak ayah masih tak sdar kesalahan mereka.

    Wallahu’alam. Be strong and bykkan bersabar

  5. Berhijrah la tempat lain mak mcm ni mmg kena kita dok jauh2. Tapi on the same time berdoa byk2 mintak mak awak tu akan berubah dan mendapat hidayah.

  6. First thing sy nk ckp, tahniah “lizz”.. sbb awak anak yg solehah.. anak mane yg x sayangkn mak ayah kan… Sy pernah mnx pendapat ustazah… dan dia pesan… “kalau awak anak yg solehah… inshaallah Allah makbulkan doa2 awak. Berdoa la pd Allah, mintak Dia lembutkan hati mak ayah kita.. mintak Allah berikanlah perubahan pd mak ayah kita. Kita syg sgt dgn diorg. Mintak Allah kuatkn hati kita sbgai seorang anak.. dan mintak Allah permudahkan sgala urusan kita dan org tua kita dunia dan akhirat. Inshaallah, Allah Maha Penyayang. Dia akn makbulkan doa2 anak yg solehah mcm awak. Awak jangan terlalu sedih… sebab ujian yg Allah beri ni pasti ada sejuta hikmah. Mesti ade sebab knapa Allah pilih kita utk lalui semua ni. Yakin dgn Allah. Doa mntak sungguh2 dgn Allah.. dan waktu pling afdhal skali waktu solat sunat tahajud. Merayu lah dgn Dia pd waktu tu.. inshaallah Allah makbulkan. ❤ ” ameen..
    Sy doakn “lizz” tabah dgn ujian ni..n moga Allah lembutkn hti ibu awk..

    kelemahan ibu ayah
    Untuk kita bantu
    Untuk kita doakn
    Untuk kita dakwahkan.

    Bukan untuk kita hukum,
    Jangan sampai kita memilih jadi anak derhaka,
    Yang sentiasa lukakan hati mereka.

  7. Yang saya boleh katakan pada anda, banyakkanlah bersabar dan jangan putus asa untuk berdoa.. moga dilembutkan hati ibu anda… Ibu bapa ada yang tidak sempurna. Tapi kena ingat, kadang-kadang Allah hantar anak-anak pada ibu dan ayah untuk menyuluh dan memimpin jalan pada Tuhan…”turning point” untuk setiap orang berubah, tak sama…cuba layan ibu dengan baik walau apa pun yang dia buat…moga kebaikan kecil yang kita usahakan dan keikhlasan kita dalam menyayangi dan menegur akan menjadi asbab kepada ibu anda untuk berubah…Moga Allah mudahkan urusan anda sekeluarga

  8. Teruknya akhlak seorang ibu…kesiannye ibu mcm tu…smoga Allah mmberi taufik dn hidayah kpd ibu awk ye. Bnykkn bersabar dn berdoa ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *