Assalamualaikum, aku menulis ni bukan sebab aku mahu membuka aib keluarga aku, lagipun korang tak tau siapa aku. Tapi aku sebagai anak yang selalu berada disamping ibu ayah aku dah tak sanggup lagi tengok akak aku mempergunakan lagi ibu ayah aku sebagai penjaga anak dorang. Biar aku jelaskan watak akak aku sebelum dan selepas kawen.
Akak aku sebelum kawen lagi memang pemalas. Penyapu, periuk memang boleh dibilang berapa kali akak aku pegang. Aku selalu bergaduh dengan akak aku tengok sifat pemalasnya mengalahkan orang lumpuh. Tidur bangun tengahari, bangun je terus cari makan. Lepas kawen semuanya berubah 360 darjah, sehinggakan mak aku menangis tengok akak aku bangun 4:30 pagi semata untuk masak sarapan untuk suaminya. Ye mak aku menangis. Bukan sebab kesian tengok anak dia bangun pagi, tapi mak aku menangis sebab sepanjang hidupnya tak pernah lagi akak aku melayan begitu pada ibu dan ayah aku. Kisah sebetulnya bermula selepas akak aku mengandung dan bersalin.
Segala tanggungjawab diserahkan kepada ibu aku yg umurnya boleh dikategorikan warga emas. Segala makan minum urusan beli makanan (tak pernah hulur duit pada ibu aku) semuanya ibu ayah aku yg uruskan. Suaminya? Biarlah.. Dia lebih sayang suaminya berbanding ibu ayah aku. Sepanjang tempoh berpantang tak pernah aku lihat suaminya menolong apetah lagi tidur disisi isteri dalam pantang. Yang setia disisi ibu dan ayah aku yang bergilir menjaga anaknya ditengah malam dikala anaknya merengek tak mau baring. Aku? Tak mampu aku nak baring lihat ibu ayahku kehulu kehilir dengan anak buahku. Aku, ibu dan ayah boleh dikatakan tidak tidur dengan baik sepanjang akak aku berpantang.
Sebelum akak aku bangun subuh, ibuku sudah pun bangun menyediakan segala keperluan dia. Suami dia? Hanya datang sekejap sekadar menjenguk akak aku da balik rumah sebelum magrib. Akak aku takut hantar anak dia ke taska, jadi siapa yang menjaga anak buah aku? Ibu akulah. Akak akan bayar pada ibu rm200 setiap bulan. Ibu aku taknak duit tu, tapi aku hasut ibu suruh ambil. Kalau taknak duit tu nanti ibu aku boleh guna untuk beli makanan untuk anak anaknya. Lagi pun dia memang tak pernah bagi duit untuk makan minum anak dia pada ibu aku. Ibu aku setuju untuk ambil.
Akak aku hantar anak tak bermandi penuh taik, balik kalau anak dia busuk tak mandi (ibuku tak larat, sakit lutut) mulalah mukanya masam mencuka. Tak ubah macam orang gaji ken? Kebiasaanya akulah yang akan menguruskan anaknya, tapi kadang kadang aku penat juga sebab aku masih bersekolah. Balik sekolah aku perlu uruskan anak dia. Kekadang aku penat dengan rutin macam ni. Aku macam janda tak berlaki je rasa uruskan anak orang. Tp bila fikir balik ibu aku ayah aku aku lupakan hasrat aku untuk berehat. Baju, makan anak buah aku semuanya ibu aku yang uruskan. Dari basuh sampailah masak.
Akak aku ni cerewet orangnya. Basuh baju tak boleh guna mesin basuh, mesti guna pakai tangan. Nanti baju anaknya rosak. Pernah sekali ibu aku beri anak dia nestum, dia tempik ibu aku di depan kawan ibu aku. Ya, aku tahu benda tu salah. Tapi ibu aku tak tahu bayi bawah 6 bulan ke bawah tak boleh diberi nestum. Apa salahnya cakap bebaik, ibu aku terima dengan hati terbuka. Zaman ibu dan zaman akak aku lain. Kalau ada perkara yang berbeza perlu dijelaskan dengan baik supaya ibuku faham. Meruntun jiwa aku tengok ibu aku sekali lagi menangis sebab ditempik dengan akak aku.
Sekarang akak aku dah mempunyai dua orang anak, macam biasa segalanya ibu aku uruskan. Dia menghantar anaknya yang tak mandi berak penuh. Kali ni dua orang pula yang perlu diuruskan. Jujur aku katakan aku pernah berdoa Tuhan mandulkan saja akak aku supaya dia tak menyusahkan ibu ayah aku. Kalau dia ada di rumah ibu aku, segala kerja atau benda yang hendak dicapai dia akan mengarah-arahkan kami(adik bradik) untuk uruskan. Pernah sekali anaknya berak, taiknya dah kering dia buat tak tahu je dan suruh orang lain bersihkan anak dia.
Makan, minum, mandi semuanya disuruh orang lain buat. Memang kami adik beradik nampak macam bodoh bila buat semuanya apa yang disuruh, tapi difikirkan ibu dan ayah yang akhirnya akan disuruh, lebih baik kami buat ken? Tegur? Dah. Berbuih mulut aku nasihat secara baik dan kasar. Namun, ibu aku yg jadi mangsa dengan sifat amarah dia. Ibu aku pn da aku tegur tp tulah semuanya macam mencurah air ke daun keladi. Sekarang akak aku yang ketiga mengandung, dan dia memberi cadangan ‘kau letak je anak kau seminggu biar ibu jaga, hujung minggu kau ambiklah’ tak ke menyirap dengarnya tu.
Aku dan sesiap bagi amaran kat akak aku yang ketiga tu sesiap. Kalau nk jadi anak derhaka cubalah menyusahkan ibu aku lagi. Akak aku ni dia boleh fikir sebenarnya yang ibu aku tak larat penat jaga anak dia, sebab ibu aku selalu mengadu sakit sakit badan. Tapi dia buah dek je untuk melepaskan sesak hidupnya. Aku selalu cakap pada dia, harini kau buat macam ni kt ibu, kau tunggu hari kau nanti. Mulalah dia tak menegur aku sebulan, sedangkan aku yang hari hari menyental taik anak dia. Kekadang aku rasa macam akak aku ni tak pernah je anggap ibu aku, ibunya. Em.. Tolong doakan akak aku berubah ya, hati dan akalnya sekali.
– Bedah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit