Salam.
Mohon admin approve confession saya sebab saya perlukan nasihat daripada orang ramai tentang masalah saya dan saya ingin menyedarkan orang ramai tentang betapa pentingnya sebuah keredhaan ibu bapa terhadap sesuatu pernikahan itu.
Alhamdulillah. Saya sudahpun bernikah.
Tetapi, pernikahan saya tidak mendapat restu daripada ibu mertua saya sejak dulu hingga sekarang.
Saya boleh sabar dengan segala tingkah laku ibu mertua saya terhadap saya dari dulu hingga sekarang.
Tapi, sejak saya disahkan hamil, kesabaran saya kian hilang dari hari ke hari.
Orang lain hamil,dilayan bagaikan permaisuri oleh suami dan ibu mentua.
Tapi, lain layanan yang saya terima daripada suami dan ibu mertua saya.
Hanya orang yang hamil sahaja tahu betapa azabnya membawa kandungan.
Morning sickness teruk, sakit belakang, sakit kaki, tak boleh tidur malam dan pelbagai lagi.
Tapi, saya hadapi semua benda tu sorang sorang tanpa bantuan daripada suami.
Setiap kali saya mengadu sakit, pasti pada waktu itu juga ibu mertua saya akan memanggil suami saya.
Dan hampir setiap malam ibu mertua saya akan mengadu pada suami saya yang dia sakit/takut dan memerlukan anaknya untuk menemaninya tidur.
Saya hadapi azab mengandung seorang diri setiap malam :(
Dan lumrah orang hamil, macam macam mengidamnya. Saya tak pernah susahkan suami saya untuk belikan apa apa untuk saya. Saya sentiasa cuba penuhi apa yang saya inginkan sendiri.
Tapi bila saya tak ingin makan masakan ibu mentua saya, dia akan mengadu pada suami saya "bini ko tu bukan nak makan pun masakan mak". Lepas tu, suami saya pun akan marah-marah pada saya. Katanya, saya dah kecilkan hati ibunya.
Kenapa diaorang tak boleh faham yang sudah lumrah orang hamil tu mengidam macam-macam.
Even saya tak pernah susahkan suami saya mahupun ibu mentua saya untuk dapatkan apa yang saya nak. Even saya mengidam nak makan burger pukul 2pagi pun, saya keluar sendiri mencari apa yang saya inginkan. Tak pernah saya minta suami saya belikan.
Dan yang paling teruk, kandungan saya dah mencecah 9 bulan. Tapi, suami saya tak pernah bagi duit untuk beli barang keperluan bayi. Semuanya guna duit saya sendiri sahaja sedangkan anak yang dikandung anak dia sendiri. Semua duit gaji dia diserahkan pada ibu dia.
Saya pernah cuba berterus terang dengan suami tentang masalah ni.
Jawapan si suami, "syurga saya di bawah tapak kaki ibu saya. Saya tak boleh say no pada permintaan dia"
Bila dia cakap macam tu, saya pun tak tau nak jawab apa. Tak dinafikan syurga seorang lelaki itu di bawah tapak kaki ibunya. Tapi, sejauh mana sehingga melepaskan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak?
Sejujurnya, setiap hari saya rasa give up untuk lahirkan anak yang saya kandung ni. Saya tahu saya patut rasa bersyukur kerana sekurang kurangnya saya diberikan peluang untuk mempunyai anak, tak seperti orang lain. Tapi, adakah anak yang bakal dilahirkan ini akan diberi kasih sayang oleh bapa dan neneknya sendiri? :(
Saya sudah tidak mempunyai ibu lagi. Saya bimbang bila anak ni dilahirkan, takde orang boleh tolong saya uruskan anak saya :(
– Menantu
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Salam. Saya baru tgk video mufti menk tentang isu syurga bawah tapak kaki ibu. Camne anak lelaki patot tego ibunye dgn berlembut dalam isu masuk campur perkahwinan. Tgk la. nak copy link kat sinj xreti. Cube cari kt youtube tajuk “your spouse comes first”. Moga Allah sentiasa melindungi kamu..
suami kau belum ready nk berumahtangga sebenarnya .
kesian . sabar ye . ibu mengandung doa nya takde hijab , doa lh banyak2 semoga Allah buka hati suami n mertua .
aku pun doakan supaya Allah sentiasa lindungi dan rahmati kau n baby . i feel sorry for you .
https://youtu.be/hc_a4F1QR04
ni video yg Cidot Jenal cakap tu .
Allah kak… Bersabarlah kak. Allah selalu bersama akak
pindahla sis.. duduk asing. mmg lumrah kalau dkt bau xharum ni.. nanti duk jauh.selalu la belikn hadiau tuk mertua n bg duit. org2 tua ni mcm tu la.. kena bodek2 sikit.
Tah nnt anak awk bg duit utk awk je nnt.suami awk xdpt.sma mcm dia bt kat awk ms muda2 ni. Bnykkn sbr dan fikir panjang. Kesannya 20 30 thun nt
Stay strong mommy-to-be. Maybe your husband is not always with you but you know Allah is always with you. Pray to Him. Don’t ever give up. I hope you have a son so that he will take care of you. You know the story of Maryam? She was alone. But her faith towards Allah was amazing. Have that faith. I will pray for you. Insya Allah
hanya mampu ckp be strong utk sis . semoga ank yg dilahirkan tu nnt berbakti dgn kedua ibu bapa nya dgn cara yg sesuai dan jd ank yg soleh dan solehah . amin in shaa allah . sabar ye sis
Mksdnye die x pham cam ne yg d katekn syurga bwah tapak kaki ibu…dia kena tahu, tngungjwab dia tetap ad untk istrinya.walaupn mak dia kate apa pn.si suami kena imbangkan, cuma jgn smpi mlbihkan si istri….kalo stiap bnde si ibu nk ptikaikan smpi pblanjaan istri yg spttnya di tngung suami pn x de.means ibu dan anaknya x pham agama la tu…maf ckap
Dan sy pnah dgr, kalo si istri jadi x slese dgn ibu mertua..kena cari cara asingkan kedua-duanya….memg kite kena dgar ckap ibu, tpi yg lbih utama tu adalah Allah.dan cam nmpk memg ibunya x pham agama…Allah suruh jge gak istri, kalo dah ibunya x pham.x jdi mslh kita x nk ikot, berhelah pn x de mslah…dgar ckap ibu memg blh msuk syurga.tapi lpas tangungjwab pn adatnya blh msuk nraka..tu kna pham
Sedihnya..yg ni plk dah jd cmni. Tu la masalahnya dalam satu rumah ada 2 ratu. Seboleh2nya asingkann kedua2 ratu tu. Duk umah asing2.
Kalau nak kira jaga syurga bawah tapak kaki mak laki tu saja, dah apa kejadahnya si isteri terjengul depan mata dia tu?
Patutnya laki tu takyah kawenn mereputt laa kamu tu dengan bersyurgakan bawah tapak kaki mak kamu. Jagaa je laa syurga kamu tu takyah dok gataii meghela nk kawen. Dok kawen Buat rosakk masa depan seorang pompuan ja !!
Megat Iqram Syafiq
Suami jahil cmnilah..taat x bertempat..
Tkot sgguh
Isteri bole mntk fasakh..suami dah jatuh hukum menzalimi isteri.
9 bulan kot bawa perut.. :'(
Huhu..ye syg..mngkin dah takdir dan ujian yg Allah bgi pada dia cmtu..
Siti Shairah Mnr Induk Darzamau
Sakit plak hati dgn laki ea tu. Say no to mak konon. Bini diabai ea pulak.
Itu namo e bongap. Hahaha
Kita org Islam ikut la syariat Islam. Lelaki kena taat dan bertanggungjwb kpd ibubapa sepjg hayatnya. Suami pula brtjwb kpd isteri dan anak2. Selepas brkawin duduk la rmh sendiri. Punca masalah sejak awal mertua tak suka tu yg dia buat mcm2 tunjuk tak suka. Suami pulak abaikan isteri, tak jaga perasaannya trutama masa mengandung. Sis yg jdi isteri perlu tahu hak anda: tmpt kediaman yg disediakn suami, nafkah zahir dan batin, perhatian dan kasih syg. Ckp baik2 dgn suami dan tanya dia hak ibunya dan hak anda se agai isteri. Klau dia lebihkn ibu dan ketepikn anda, fikir dan buat keputusan. Jgn bazirkn umur dgn hidup menderita. Rugi tau sis…
Kesiannya. Semoga tabah. Jangan stress takut terbersalin awal ja. Lagi satu, kalau mengidam burger pukul 2 pagi tak payah la susahkan diri cari time tu jugak. Tunggu esok je.
Maaf saya mungkin kurang ajar. Tapi nampaknya dia seolah olah mahu ke syurga sendirian tapi memimpin tangan isterinya. Jadi atas sebab apa isteri perlu mendambakan syurga dibawah telapak lelaki yang selfish seperti itu? Sungguh tak adil..
Boleh kah suami itu ke syurga jika abaikan tanggungjawab sebagai suami? Takde harapan, ok.
sbb tu ada motivator yg galakkan kita duduk berasingan dengan keluarga masing²..
dekat bau jauh bau ..
semoga awak tabah & dipermudahkan urusan sewaktu bersalin nt..
jaga baby sebaik mungkin & mohon jd ibu yg protective..
andai sy ditempat awak, once anak sy da lahir, sy xkn bg anak sy dkt dgn bapak & nenek dia & dengar cakap sy sorg je, sbb syurga dia bwh kaki sy je (tp awk jgn la ikut mcm ni, sy saja ckp mcm ni sebab geram dgn situasi awk tu)
kejam nye mertua die….
lelaki kalau x dapat bezakan tanggungjawab dgn amanah , baik jgn kahwin…
Hasif Azah
ya Allah kesiannya..semoga Allah memberi perlindungan pada akak..tabah ea kak..
Amirul Syafiq Hishamudin
Assalamualaikum sis .. sy baru lepas bersalin dan masih dlm pantang. Risau sy dgr bila sis ckp xde org nk bantu sis uruskan anak nanti, sdgkan bila dlm pantang kita sgt2 memerlukan bantuan ibu/suami untk uruskan diri kita sendiri dan anak. Sis xde ke saudara mara yg boleh tlg ? Kalau sis mampu upah lah pengasuh untk jaga sis n baby dlm pantang. Kita xkn mampu buat sendiri. Risau kalau terlalu penat dan stress nanti meroyan. Fikirkan diri dan anak dulu ya sis. Buat persediaan untk lepas bersalin.
Seorang ibu yg baik belum tentu dapat menjadi ibu mertua yg baik. Apa lagi lah dia tak pernah merestui rumahtangga mu. Jadi jangan biarkan keadaan itu menguasai kamu dan berusahalah untuk keluar dari masalah itu sebelum ianya menjadi lebih buruk.
susah bila kawen tp x mau ngaji..memg la syurga bawah tapak kaki ibu tp kalau dlm bab nafkah, isteri comes first before your mother..dalam bab tanggungjawab, nafkah isteri dulu yang wajib dipenuhi…hmmmmmmmmm
Allah… kesiannya… sebab benda2 mcm ni la buatkan menantu rasa tak nak stay satu bumbung dgn mertua… tabah la sis…
Ko ckp la..klu aku xredha diatas segala hak yg sepatutnya aku terima..jgn mimpi bau syurga..sbrlah..