Ibu yang melahirkan tuannya
Aku rasa dah tak tertahan sakit hati ni. Lama aku pendam. Bertahun-tahun lamanya. Adik beradik aku 8 orang. Yang lain dah kahwin. Tinggal dua orang lagi yang bujang. Pak dah tak ada. Asal utara. Belajar di selatan tapi bukan Uiam. Maaf sebab menyibuk confess di sini. Dulu sebelum kahwin mereka memang pemalas. Sekarang ni, bila dah kahwin, masing-masing makin lepas tangan. Kat rumah ni, berkahwin menjadi tiket untuk kau bersenang lenang bila kau balik kampung. Emak dan anak-anak yang bujang dan masih belajar ni dikerah bekerja untuk memenuhi keinginan anak-anak yang berkahwin ni. Kami la mengemas, memasak, membersih, membasuh, menyidai, melipat, membeli barang keperluan rumah. Pendek kata, semua kerja dalam rumah ni kami yang buat. Mereka balik kampung cuci kaki je. Alasannya, mereka penat bekerja, balik kampung untuk berehat. Lagipun mereka dah beri duit belanja setiap bulan untuk beli barang rumah. Yang mereka tahu, kalau rumah bersepah, kami dikatakan pemalas pengotor. Kalau nak tahu, sangat jarang rumah ni bersepah. Bersepah pun sebab mereka dan anak-anak mereka yang buat. Bila lapar, suruh kami masak itu ini. Kain baju kami basuhkan, sidaikan, lipatkan, susunkan. Rumah kami kemas dan bersihkan. Mereka? Duduk bersenang senang dalam bilik, main game, internet atau menghadap anak yang elok diam atau sedang tidur. Tak pun tidur, bergurau senda laki bini atau melepak di depan tv. Kami siap masak, maka mereka pun dengan tak tahu malunya masuk ke dapur. Sudah la tak menolong, semua kami kene buat, nak offer diri untuk membantu kami jauh sekali. Kalau tak sedap, masakan kami dikomplen, tawar la, pedas la, manis la, masam la. Lepas makan, kami yang kemaskan. Pinggan mangkuk kami yang basuh. Dah la penat kemas dan memasak tak hilang, siap pakej kemas kan lagi sisa-sisa yang mereka tinggalkan. Anak-anak mereka makan sendiri. Mereka spesies malas nak suapkan anak. Kononnya nak ajar anak berdikari. Kalau nak tahu anak mereka tu umur budak baru pandai berlari. Tu bukan umur nak ajar anak berdikari. Habis berterabur makanan, jangan harap mereka nak kemaskan. Kami ni juga terbongkok bongkok kutip makanan atas kerusi dan lantai. Kami ni juga yang kene suapkan budak-budak tu makan. Mereka? Pandang je atau senyap buat tak nampak. Tak cukup dengan tu, pantang nampak kami nak berehat, mula lah minta kami tengok kan anak mereka. Anak-anak mereka kami mandikan, layan, bawa keluar jalan-jalan, hiburkan dan bersihkan. Bila kami bantah dan persoalkan tindakan mereka, mula la kata kami ni tak kahwin lagi, mana tahu penat dan susah mereka yang dah kahwin. Siap cabar nak tengok keadaan kami uruskan rumah tangga bila kami dah kahwin nanti. Kata mereka, kami ni tak kerja lagi. Mana tahu penat orang bekerjaya. Itu alasan mereka untuk mengarah kami yang bujang dan belajar ni. Abis tu mak tu macam mana? Apa pula alasan mereka nak suruh mak buat itu ini? Alasan mereka, kerja yang mak buat tu bukan free. Kata mereka, mereka beri mak duit belanja setiap bulan. Bukan free. Bila mak menolak untuk ikut permintaan mereka, mula la kata mak berkira, berat sebelah, mula la kurang ajar, tengking dan marah mak. Mak terpaksa juga ikut permintaan mereka sebab tak nak bergaduh dan tak mahu anak-anak merajuk. Satu nikmat yang tak terhingga bila mereka tak balik kampung. Kami rasa bebas dan sangat gembira tak terhingga. Benda ni dah lama jadi. Aku tak tahu bila semua ni nak berakhir. Kami yang bujang dan belajar ni tak dapat nak buat apa-apa. Sebab kami ni paling muda dalam keluarga. Bila kami bersuara, kami dikatakan kurang ajar, berlagak, tak hormat abang kakak yang lebih tua. Kami buntu. Tak tahu nak buat apa. Bila la mereka tu nak sedar diri. Dah tua tapi kurang cerdik. Tak guna ada otak kalau tak tahu nak guna. Anda-anda yang kat luar sana, yang sudah, belum atau bakal berkahwin, tolong la jangan buat mak ayah dan keluarga anda macam kuli abdi. Tolong la ada sifat berperikemanusiaan. Kalau pemalas, tak payah la hidup kerana anda akan menyusahkan orang lain. Kalau kaya, jangan bangga diri. Hormatilah dan sayangilah mak pak dan keluarga anda. Sekian.
#gadisutara
– Mimi