Ibubapa dan Tanggungjawab Aku

Assalamualaikum pembaca

Mohon admin hide profile saya

Aku anak kepad ibu bapa aku, juga seorang suami kepada seorang isteri yang cantik. Aku tinggal bersama ibu bapa ku, dengan isteri dan anakku.

Aku yang pilih untuk tinggal dengan parents walaupun aku dan isteri berkerjaya. Ayahku ada pencen dan xde orang pun yang usik pencen die. Rumah die dah habis bayar. Kereta pun sama. Cuma meneruskan hidup aje dengan pencen beliau.

Aku yang pilih jalan hidup macamni. Aku yang memang nak tinggal dengan parents. Bukan sebab aku tak mampu nk biaya hidup keluarga kecil ku.

Aku dulu tinggal berasingan dengan parents. Jauh. Dalam 2 jam naik kereta. Aku busy dengan kerja. Sampai kadang2 call parents untuk Tanya khabar pun 1x je sehari. Tapi, seperti parents yang lain, mereka tak bagitahu pun kalau mereka sakit atau tak makan. Setiap kali call pun mereka kata OK je. Aku balik kampung rumah mereka 2 minggu sekali. Setiap kali balik mesti belikan mereka keperluan asas.

Sampailah ada satu ketika tu, selepas 2 tahun tinggal jauh daripada parents, aku kene pindah ke daerah kampungku. Oleh kerana aku tak de tempat tinggal, aku pun duduk lah menumpang di rumah parents. Ketika itulah aku baru dapat menyelami kehidupan mereka.

Mak aku flashback, cerita, dulu masa tinggal berdua anak-anak dah duduk jauh, mereka makan ala kadar aje. Malas nak masak sedap-sedap walaupun ada je bahan dalam peti ais, sebab tak selera, sebab takde anak makan sekali. Mak ayah main henpon je untuk isi masa, selain pegi masjid dan ikut ceramah agama.

Mak aku flashback lagi, mak aku pernah je sakit bleeding banyak sebab ye lah umur dah lanjut, simptom2 menopause. Bleeding sampai nak pitam. Pergi follow up kat klinik swasta bayar sendiri. Kadang tak makan sebab tak selera menterukkan lagi keadaan mak. Semua mak tak cerita sebab mak tak nak aku susah hati. Mak buat-buat happy dan macam tak de pape je setiap kali balik sebab mak nak raikan kepulangan anak mak. Ye. MAK AKU PENIPU. Aku jadi sedih sangat sebab aku rasa aku lah anak paling tak guna.

Mak mood swing kerana pre-menopause. Ditambah pulak ayah yang macam tak paham je mak sakit. Mak sakit lepastu kene marah dengan ayah sebab mak sakit. Apekah keadaan ni. Mak memendam rasa je sebab tak nak luahkan pada anak.

Sekarang aku duduk dengan parents. Aku tengok sekeliling aku. Macam2 hal bile orang tua tak nak duduk dengan anak. Juga macam2 hal bila duduk dengan anak.

Kes1, orgtua tu sakit tapi taknak duduk dengan anak, jadi anak2 bergaduh sebab semua taknak jaga orgtua tu, ye lah kene ambik cuti mungkin lah seminggu utk gilir2 jaga kat rumah orgtua tu. Masalahnya dgn zaman ekonomi gawat cmni, ad eke company yg suka bagi staff cuti lama dan kerap? Mesti la boss bagi kata dua: nak kerja or berhenti. Klu berhenti, senang ke nak dpt kerja lain? Ape lah salahnya orgtua tu dah takmampu nk bergerak tu ikut je lah anak yang sudi nak jaga die kat rumah anak tu, memang lah tak selesa sebab bukan rumah sendiri, tapi ada yg boleh tengok setiap hari, jaga tahap kesihatan, jaga ubat, jaga makan pakai. Ni jenis orgtua taknak meninggalkan langsung rumah sendiri.

Kes2, pun jenis taknak duduk rumah anak. Bile sakit merayu2 lah kat sedara mara utk tlg hantar ke hospital sbb da x mampu nk drive, kaki gout. Anak2 nya jauh la jugak, sorang Terengganu, sorang sabah, sorang daaerah sebelah. Tapi busy lah maklumlah cikgu. Memang busy kerja nya. So xde yg boleh attend. Kalau die nk duduk dgn anak yg daerah sebelah tu, sure anak die boleh tlg hantar. Takkan lah depan mata tapi taknak hantar kan? Aku harap anak die ajarlah orgtua tu app uber@grabcar

Kes3, anak duduk dengan parent. Anak nix de la senang tapi takde lah menyusahkan. Mak duduk sorang2 kat kampung. Adik beradik ramai tapi sume nak duduk rumah sendiri. Akhirnya anak sorang ni mengalah, berhenti kerja klinag suami isteri untuk duduk dengan mak. Niat nya nak jaga mak sebab risau lah org tua duduk sorang2. Last2 duduk dengan mak, mak nya pulak tak suka anak tu, pergi ikut anak lain ke sana sini. Abes tu, ape kau rasa ekk anak yang mengalah tu? pfftt

Kes4, duduk dgn anak, memang sbb anak nya ni agak susah, so duduk je lah dgn mak nya. Masalah nya mcm tak kenang budi pulak, menghabiskan beras je, bil air pun tak nak tlg byr. Eh aku tak pahamlah kenapa ada anak cmtu? Siap biar papa asal bergaya. Mak nya pun bagi aje duit kat anak die tu, dah la hade bini and anak anak anak anak. Huh. Bengang dengan anak cmni.

Ni beberapa je kes. Banayak lagi kes kat luar yg happily eva afta duduk serumah dgn mak/mak mertua. Berbalik cerita aku. Aku terkesan dengan cerita ni :

MILIK IBUBAPA- ramai terlanggar.

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..

Penanya: Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..

Syeikh: Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!! Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.

RasululLah SAW bersabda: “Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu” [HR. Ibnu Majah no. 2291]

Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik In shaa Allah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orang tua kami dan berkatilah kehidupan kami..Aamiin Yarobbal A’lamiin.

PESANAN UNTUK KITA YANG BERGELAR ANAK

Ape aku buat?

Aku belikan rumah untuk parents & parents in law aku, mereka pilih sendiri rumah yang mereka suka, aku & isteri sama2 buat loan dan bayar bulan2. Aku bagi mereka tinggal kat rumah tersebut. Dan aku pun tinggal sama dengan mereka.

Bagi aku, seronok tinggal dgn parents sebab aku dapat jalankan tanggungjawab aku sebagai anak. Pada aku mana ada istilah “suka@ tak suka kene buat” ? demi parents WAJIB kene buat. Sebab mereka lah yang berjuang membesarkan aku sampai lah aku di tahap sekarang ni ( takdelah tinggi mana, Cuma jadi orang lah). Dan aku cukup tak suka bile orang balas balik kat aku apa yg aku buat ni dengan kata2 “jauh bau bunga, dekat bau taik” sebab, kenapa ko nak jadik taik? Sebab bile dekat tu keluar semua perangai taik ko ke?so memang ko ni taik ke dalam diri ko? Mak ko kenal ko dari dalam perut lagi.

Sekarang aku hantar mak aku gi follow up hospital, shopping barang dapur, bayar bil dan bawa mereka jalan2 dengan kereta aku. Duit bulan2 pun aku tak pernah miss bagi walaupun aku dah bayarkan loan rumah yang mereka duduk setiap bulan. Aku rasa bertuah sebab dapat tengok wajah syurga aku setiap hari. Memang lah duduk dengan orgtua kena byk sabar dan mengalah. Tapi hidup dalam dunia ni, ape sangat yg ko nak menangkan? Dan mereka pun agree bile aku cakap, bila dah tua, semua org pun akan tua dan akan memerlukan orang untuk jaga mereka. Dan orang yang akan jaga mereka adalah AKU.

YaAllh mudahkan jalan utkku berbakti pada orangtuaku
YaAllah tambah rezekiku supaya dapat kau berbakti utk orgtuaku
YaAllah masukkan ibubapaku ke dalam syurga kerana mereka ibubapaku

– Lala

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit