Bila Pendidikan Jadi Perniagaan

Assalamualaikum.. Baru-baru ini berkesempatan lepak dengan org HR. We talked about a lot of stuff but one thing that captures my attention is this statement: ‘Out of all interviewees, about 70% is either jobless since graduating, got retrenched, or on pay cut scheme.’ Kebetulan ketika itu baru selesai sesi temuduga untuk pengambilan 3-5 jawatan kosong. Terkejut? Tidak juga.. Kecewa? Mungkin.

I don’t know where to start. Korang mesti perasan,kan. Negara kita sekarang seolah2 hilang equilibrium? Equilibrium yg aku maksudkan disini bukan yang dalam chemistry equation tu. Contoh utama, lambakan graduat vs keperluan tenaga kerja professional. Paling mudah, pada tahun 2006 (aku petik ja tahun brp, ni nak beri contoh), dilaporkan ratio rakyat kpd doktor terlalu tinggi, yakni kita kekurangan doktor. Kemudian bercambahlah kolej swasta yg menawarkan kos medical, jumlah pelajar yg ke luar negara meningkat, dan kenaikan pangkat (thus salary) dikira berdasarkan time-based utk ‘menarik’ doktor sedia ada dari berhijrah dari KKM kepada swasta. Secara amnya juga umur pencen penjawat awam dilanjutkan. So selepas 10-15 tahun what do we ended up with?
Lambakan graduan medical yang lepas 2 tahun belajar pun masih menunggu placement, mode perkhidmatan yang ditukar dari permanent kepada kontrak (mungkin doktor bakal menganggur balik selepas 2-3 tahun), KKM hampir ‘tepu’ dgn doktor gred 52/54/56-gred baru sebelum JUSA (peruntukan gaji bulanan meningkat even with the same headcount and unfortunately – quality), qualification doktor/bakal doktor yg questionable (sbb SPM teruk, tp bila dah hbis medical degree kat obersea kerajaan terpaksa serap as houseman), biasiswa utk course medical, dentistry, dll telah ditapis, dan klinik2 swasta terpaksa ditutup kerana persaingan, juga kerana living kos yg tinggi menyebabkan rakyat beralih kpd klinik kerajaan RM1.

Banyak soalan yg timbul dari scenario di atas. Seolah-olah pembuat dasar tidak mempunyai capability untuk berpandangan jauh (maaf, ini pendapat peribadi saya). Ia juga seperti kementerian pengajian tinggi dan kementerian kesihatan tidak ada counter checking dalam membuat keputusan. Dalam kes ketidakcukupan doktor 10-15 tahun lepas, apakah faktor yg menyokong keputusan utk meluluskan private college (atau mana2 uni yg mahu menambah medical course) ini? Cth; 1000 siswa masuk, in 5 years about ~900 will graduate (considering 10% failure rate). And every year we will keep on producing the same number (tak campur yg pergi obersea sendiri). Bilangan doktor makin meningkat, bilangan hospital yg ada tidak mampu menampung lambakan, kos KKM meningkat kerana menyerap lebih ramai headcount, dan akhirnya system kontrak dijalankan untuk ‘menyelesaikan’ masalah. Sepatutnya saya fikir KPT perlu bekerja rapat dgn KKM untuk meng’extrapolate’ data bagi memastikan berapakah headcount doktor yg optimum dan boleh diserap oleh hospital yg sedia ada ataupun yg bakal dibina dalam masa 5, 10, dan 15 tahun. Eventually tempat2 akan diisi, walaupun memakan masa. Mungkin sepanjang tempoh kekurangan doktor ini, bilangan pelajar yg ditaja ke ipt dalam dan luar negara dinaikkan selama beberapa tahun. Juga boleh diberikan kontrak kepada doktor dari luar Malaysia untuk berkhidmat (ini juga menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman untuk doktor kita, which is good). Above, is not rocket science, and I can’t brain why we do what we did. Which led me to think the main drive is: business. Pendidikan adalah perniagaan.

Mesti korang musykil kenapa sy mengambil contoh bidang medical, sedangkan ia tiada sangkut paut dengan perenggan pertama, kan. Dalam byk-byk bidang d Malaysia, bidang medical/dentistry adalah antara yg paling mudah untuk dikontrol, kerana ia adalah sangat predictable:
1. Tidak seperti industry lain yg agak ‘volatile’ kepada faktor luaran; harga mentah & current trend seperti O&G, F&B, electronic, etc.
2. Hampir kesemua lulusan medical akan end-up jadi doktor, dan selagi takde degree in medical, you can’t be one. Tidak seperti bidang pendidikan kerana bukan semua guru mmg dari asal ambil course pendidikan. Juga seperti bidang engineering dimana yg end up jd engineer tak sampai separuh.
3. Health is an expensive business. Org takkan buat trial & error untuk health business. Tidak ramai yg mampu membuka private hospital, dan kerajaan juga perlu merancang & menyediakan budget yg besar. Oleh itu adalah agak mudah untuk menyediakan estimated figure for future years.

So, jika bidang yang ‘predictable’ ini pun boleh hilang ‘keseimbangan’, can you imagine about other sectors?? Isu ketepuan graduan bukan isu yang baru. Ekonomi yg malap (lantaklaa laporan TV3 cakap apa), juga menyebabkan investor luar lari. On top of everything gov pun sibuk nak tambah pekerja asing. Untuk jangka masa yang pendek, asset boleh dicairkan bg menyuntik dana (jika ada asset). Tetapi untuk jangka masa panjang, it’ll be beyond saving. Tgklah MAS, Mara, FGV, 1MDB etc. Hentikanlah menjadikan negara kita ‘habuan’ untuk kroni.. Lantiklah org yg ‘ahli’ untuk memegang jawatan, bukan sekadar lepasan sosial politik semata-mata..

Kerajaan menyarankan rakyat untuk mencari kerja sampingan, natijahnya setiap kerja perlu dilaburkan masa & kudrat. Anak2 dibiarkan tanpa perhatian yang cukup dan persekitaran yang tidak kondusif akan mudah terdedah kepada gejala sosial sedangkan merekalah yg akan mewarisi negara. Anda boleh menuding jari kpd ibu-bapa kerana membiarkan anak2 mereka berpeleseran pd pukul 2-3 pg, tp sedarkah anda kondisi keluarga mereka, dan apakah hak kita untuk menghukum? Kecelaruan ekonomi, masalah pengangguran, high living cost, peningkatan kadar jenayah, rasuah, stupid politicians, social problem, racial tension, semuanya adalah bersangkut paut. Sedarkah anda kefakiran boleh mendekatkan kita dengan kekafiran?

Malangnya org kita cuma sibuk dengan jantina Sajat and gossip drama pukul 7. Hmm..

(Artikel di atas adalah pandangan peribadi. Please agree to disagree)

– biskut oat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit