Manusia copypaste ada di mana-mana.
Tapi kelakar.
Manusia copypaste kebiasaannya di kalangan orang-orang yang berhati dengki.
Tak dapat jadi macam orang yang dikagumi, tiru. Tak dapat tiru, benci.
Dah tiru?
Kagum pada diri sendiri bukan main, seolah-olah asalnya dia punya.
Aku cakap begini mengikut pengalaman sebagai salah seorang top scorer.
Aku buat cara aku.
Masa tu, ramai menyendeng nak jadi kawan. Sikit demi sikit mereka ikut cara aku. Apa aku pakai, apa aku baca, game apa aku main, dengan siapa aku berkawan, majlis apa aku selalu pergi.
Lama kelamaan rutin harian aku itu lah rutin harian mereka. Alhamdulillah, yang positif lah diikutnya. Aku bersyukur.
Tapi sampai satu masa, seorang demi seorang tak mengendahkan.
Kemungkinan mereka dah dapat apa aku ada.
Aku tengok rutin harian masing-masing serupa aku, tak bertukar sedikit pun. Cuma layanan mereka pada aku skrg hambar.
kalau dulu aku ajak main badminton, riadah sama-sama, semua akan ikut. Tapi sekarang mereka boleh bergerak sendiri tanpa aku.
Kalau dulu ramai berpusu-pusu cari aku untuk ajar subjek-subjek tertentu, skrg mereka dah ada top scorer dalam kalangan geng sendiri.
Sudahnya, aku kembali seperti asal. Berseorang.
Sama juga dalam kerja berkumpulan. Tak aku nafikan masing-masing mempunyai daya kreativiti yang tinggi, cuma malas memulakan.
Sedangkan aku, permulaan tu lah yg aku suka. Perah kepala selagi mampu sampai lah terkeluar idea yang menghasilkan produk yg bernas.
Manusia copypaste dah biasa meniru. Mereka bijak, mereka jadikan hasil kerja aku sebagai bahan rujukan mereka (secara curi dan takkan pernah aku halalkan), dah dapat idea, dia olah lagi sehingga menjadikan kerja mereka lebih baik dari kerja aku.
Hahaha.
Manusia copypaste…
Mereka boleh menafikan siapa yg mereka tiru. Tapi dalam hati mereka, hanya Allah yg tahu.
Aku tenang.
Aku masih mampu senyum.
Selalu aku dengar mereka yg dahulunya mahu menjadi seperti aku, sekarang cuba menjadi saingan aku.
Aku okay.
Yang sedang penat bertanding adalah mereka, bukan aku.
Mereka mungkin cuba membuktikan kualiti mereka lebih baik, tapi mereka sendiri yg akan penat kerana dalam diri aku masih ada 5/10 sisi bakat yang tersimpan.
Tapi buat apa tunjuk?
Apa yg aku ada semuanya pinjaman Allah.
Biar ia semulajadi terpancar tanpa rasa ingin berlumba. Biar ia terpancar dalam keadaan tidak didengki.
.
Buat semua yg mempunyai rasa seperti aku, tenang. Yang dengki memang ramai. Yang menyayangi pun ramai.
Tapi selagi kita beriman,
Yakin lah bahawa tiada apa hendak dirugikan. Semuanya hadir dari Dia juga.
Kadang kita ikhlas ingin berkawan, kita sangat terbuka dengan sesiapa sahaja untuk berkongsi perkara-perkara yg positif,
Tanpa kita sedar, ketika kita bersifat terbuka itu, orang-orang sekeliling kita tidak merasai pun nikmat ukhuwah yg kita rasa.
Apa yg mereka fikir hanya lah,
"Bila boleh aku jadi macam dia?"
Dan sesudah mereka siap meniru kita dari atas sampai bawah,
bersiap siaga lah untuk kita ditinggalkan mereka yang dahulunya "ikhlas", berkawan dengan kita.
Ketika itu ingat lah,
Mereka mungkin boleh tiru cara kita.
Luaran kita. Personaliti kita.
Tapi,
Latarbelakang kita.
Apa yg pernah kita lalui.
Sejauh mana liku yg Allah dah letak kita sehingga kita menjadi begini,
Itu yg menjadikan kau, hanya engkau seorang.
– TanpaNama
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit