ikhtilat oh ikhtilat
untuk pengetahuan semua , aku merupakan pelajar lepasan sekolah agama dan akan melanjutkan pelajaran di universiti . aku nak bercerita tentang ikhtilat . aku merupakan seorang bekas pelajar sekolah agama dan sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan (hanya bercakap kepada mereka apabila perlu) , selalu menentang golongan-golongan yang couple , yang bertepuk tampar dengan lelaki . namun ,suatu hari Allah mula uji dengan apa yang aku katakan . Aku mula terjebak dengan couple . walaupun kami tak declare sebagai pasangan , namun kami act sebagai couple . dia seorang lelaki yang baik dan alim . boleh dikatakan hubungan kami seperti kapel Islamik . Menggunakan alasan dakwah untuk menghalalkan perhubungan ikhtilat . Astaghfirullah .
Kami mula rapat bila dia tegur aku di facebook . Benar , segalanya bermula di muka buku . dan dia juga sering bertanya kepadaku tentang hukum agama dan aku juga begitu kepadanya . pada mulanya kami hanya berkawan rapat , kemudian timbul satu perasaan . biasalah , lelaki dan perempuan mana boleh jadi kawan baik , kan ?
Kami mula menasihati antara satu sama lain , kejut untuk bangun subuh ,dan sewaktu dengannya . Aku tahu perbuatan tersebut salah , namun aku teruskan jua atas alasan seronok . Hmm .
banyak masa aku dihabiskan untuknya . aku mula berubah . waktu yang sepatutnya digunakan untuk belajar , aku mesej dia , aku call dia . waktu yang sepatutnya aku luangkan masa dengan sahabat aku , aku habiskan untuknya . sampai satu tahap , aku tipu ibu ayah aku bila mereka tanya aku sedang mesej dan call dengan siapa .
Ditakdirkan suatu hari , dia mengambil keputusan untuk berpisah dan tidak mahu ada apa-apa lagi perasaan . pada zahirnya aku okay namun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuk redamnya hati aku ni .
Dipendekkan cerita , aku mengadu kepada sahabatku . mujur dia memberi sokongan kepadaku dan menasihati aku . Aku percaya padanya kerana dia seorang yang alim dan tidak melayan mana-mana ajnabi . Alhamdulillah , masa ku kini telah diisi dengan ilmu agama dan aku mula mengukuhkan ukhwahku bersama sahabatku . dan yang paling penting , sekurangnya aku tidak perlu tipu ibu ayah aku lagi .
moral dari cerita aku :
-jaga pergaulan lelaki dan perempuan ajnabi
-mahalkan perasaan kau . jangan cepat jatuh hati
-kalau rasa down dengan apa-apa masalah , beritahu sahabat yang boleh dipercayai
-kadang-kadang , Allah uji apa yang kita katakan , sebab tu kena selalu doa agar Allah tetapkan iman kita
-isi masa lapang dengan ilmu agama , jangan buat perkara yang sia-sia
-TIADA istilah KAPEL ISLAMIK dalam Islam , yang ada cuma nikah
aku harap korang dapat ibrah apa yang aku cuba sampaikan ni . Wallahua'lam.
– Unknown