ikhtilat sebelum halal
assalamualaikum
saya di sini bukan nak berlagak suci mahupun mulia. saya juga manusia biasa, tak lepas dari buat dosa.
tapi saya teringin sangat untuk menegur orang muda beragama islam masa kini yang bila bergaul, habis hilang identiti. lelaki, perempuan ikhtilat tidak dijaga. bukan semua, namun sering saja ada di merata.
kamu kata bergaul demi urusan. kamu kata kamu berdua ada hubungan istimewa. kamu kata kamu bermesra (dibaca: friendly). kawan, couple, tunang atau katalah apa saja nama hubungan kamu. selagi masih belum halal itu, ingatlah batas. jaga
okay kamu mahu bergurau. tapi perlukah sampai bertepuk tampar? perlukah bercubit pipi? perlukah duduk bersandaran? perlukah jalan mengendeng ngendeng? boleh je berurusan tanpa perkara2 itu. boleh je bergelak ketawa tanpa bersentuhan. simple.
yang perempuan, jaga maruah kamu. jangan mudah melelong diri begitu saja. perempuan ini tinggi nilainya. tidak ingat kah kamu bagaimana perempuan diperlakukan semasa zaman jahiliyah dahulu? sejak dari bayi dibunuh. dibuat sebagai hamba abdi. dilelong sesuka hati. namun nabi telah berjaya mengangkat martabat seorang perempuan. perempuan tidak lagi dicaci dihina pabila lahir. perempuan dijaga auratnya. perempuan ditatang sehabis baik. maruah seorang perempuan itu mahal. benda mahal, memang kena jual mahal.
risau takda yang nak? awak, itu semua ketentuan tuhan. kalau dah jodoh, tak kemana. awak just buat macam biasa saja. jaga diri awak untuk yang istimewa.
yang lelaki, sekiranya kamu fikir dalam sesuatu perhubungan, lelaki tidak rugi apa harap kamu fikir sekali lagi. apa rasa kamu bila lelaki yang berada di sisi bakal jodoh awak jugak, ada fikiran macam awak? awak rugi. sebab awak bukan yang pertama bermesra dengan dia. awak bukan yang pertama bergurau bertepuk tampar dengan dia. lihat, hilang rasa istimewa di situ.
yang paling penting, ingatlah kita ni hidup di dunia bukan sekadar tentang cinta manusia semata mata. cinta Allah mesti didahulukan. kalau benar awak cinta pada yang Esa, awak akan jaga halal dan haram. awak akan sentiasa ingat batas batas yang ada dalam islam.
benar, kita semua bukan maksum. kita sentiasa berbuat dosa. dosa yang jelas (eg; mengumpat, mengutuk) pun sukar terjaga, jangan lah lagi ditambah dengan dosa yang awak anggap remeh. ingat neraka, panasnya dahsyat berganda. ingat syurga, syurga itu indah namun jalannya tidak mudah. oleh itu, kita semua ayuhlah sama sama berubah. silap awak, saya tegur. silap saya, awak tegur. semoga kita mampu membina membina ummah bahagia.
terima kasih kerana sudi baca. :)
– adam