iktibar untuk aku

assalamualaikum
aku nak share pengalaman hidup aku. boleh bagi komen membina dan tak membina pun dialukan2. semoga dapat manfaat bersama-sama.

9 years ago..
aku adalah datang dari family yang ada background agama. seorang yang sangat menjaga hubungan. dan aku sangat takut nak bercinta. sampailah suatu hari seorang lelaki datang merayu cinta. hampir setahun. aku melihat kesungguhannya memikat aku.

kalau dilihat dari segi rupa, dia langsung tiada ciri2 aku suka. apatah lagi perangai. aku terima cinta dia dalam keadaan aku sendiri tak pasti, aku mahu atau tidak. dalam keadaan aku menerima, berkali2 aku cuba untuk memutuskan hubungan kerana aku takut bercinta. tapi aku tak kuat.. sebab aku dah mula jatuh cinta.

CINTA.. ujian terberat aku hadapi untuk hidup aku. kita tak sama. mungkin pada korang alahhh cinta.. apalah berat sangat.. aku dilahirkan dalam keluarga yang agak kurang kasih sayang lelaki.. ayah aku dah tak ada.. ya.. sebenarnya itu bukan alasan yang kukuh untuk aku pertahankan dosa. semua berpunca dari hati aku yang rosak. dosa kecil tak bertaubat dan akhirnya membuat aku terjebak dengan cinta. dan sebenarnya pada waktu itu kurangnya ilmu dan kecintaan aku pada Allah. dan aku tak tahu Allah sayangkan aku. dan pada waktu itu aku tak kenal Allah.. ya memang aku dr background family yang beragama.. beragama yang setakat kena jaga aurat, jaga pergaulan.. waktu itu solat. tapi tiada feel.. tak rasa Allah itu sentiasa ada. tak rasa pun Allah sayang aku. walaupun begitu kami masih lagi lalai.. solat lambat. baca al-Quran pun tidak.. mengadap tok imam petak 24jam (tv) mungkin hanya luaran nampak beragama. tp tidak di dalam..

aku pula pada waktu itu, tak pernah di dedahkan apa itu cinta. kenapa tak boleh bergaul dengan lelaki. berkawan dengan lelaki pun aku tidak pernah. sehinggalah dia muncul dalam hidup aku. dan bermula dari itu hidup aku berubah. hampir setiap hari kami berhubung melalui sejenis teknologi bernama handphone. mase tu aku pakai phone nokia hitam putih. aku beli phone tu, sebab nak berhubung dengan dia. sebelum aku beli phone, kitaorang contact melalui public phone. dan bermulalah sejarah hitam.

aku dulu tinggal di asrama.. sebelum pulang ke asrama aku dan dia pasti bertemu di hentian bas. masih lagi menjaga jarak.. masih lagi tidak bersentuhan sehinggalah suatu hari dia text something yang sgt menakutkan. dia bercerita tentang alat sulitnya. serius. waktu itu aku baru 15 tahun. aku tak pernah kenal lelaki. dan ini kali pertama. aku dtg dr background agama. keluarga aku marah aku berkawan dengan lelaki. aku tak tahu apa yang aku buat ketika itu betul atau salah.. so aku tak tahu nak bercerita pada siapa. jadi aku diamkan.. dan benda ini berterusan hingga suatu hari dia ajak aku bertemu ditempat sunyi. dan pada waktu itu bermulalah sejarah hitam. aku dan dia terlanjur.

dia adalah seorang pintar dalam bab memujuk dan aku adalah manusia yang lemah dengan rayuan, pujukan.. dan aku pula jenis tak pernah pandai kata no pada orang yang minta tolong. even sesesak mana pun aku ketika itu. even aku telah dilukai berkali2 pun aku still kata yes.. dalam ketika 9 tahun ini juga aku terlalu banyak kali terlanjur dengan berpegang dia sayang aku. dan dia akan kawen dengan aku.. ya aku tahu dosa besar.. tapi waktu itu aku kalah dengan perasaan. mungkin korang akan kata aku bodoh. yelah benda simple macam tu pon xleh lawan.. lain orang lain ujian. ini ujian buat aku. mungkin tuhan uji kau dengan benda lain. yang aku sendiri belum tentu kuat utk jalani.

dan dalam waktu 9 tahun ini, 4 kali dia pernah kantoi curang dengan aku. oleh kerana aku sayang, aku tetap memaafkan dan menerima. sampailah 5 tahun yang lalu aku berdoa pada tuhan Ya Allah aku ingin bertaubat dr dosaku.. tolong berikan aku jalan keluar.. dan alhamdulillah Allah kabulkan. dengan dia ada perempuan lain 5 tahun yang lalu.. dan tahun lepas baru dia cakap dengan aku dia dah ada orang lain. dan dia sayang perempuan itu. dan alasan dia tak boleh tinggal perempuan itu. kalau dia tinggal perempuan itu dia akan dikatakan oleh orang sekeliling dia jahat. alasan dia lagi keluarga dia dan perempuan itu dah saling kenal. jadi tak boleh putus. dan dia boleh couple dengan perempuan itu ketika itu atas alasan kitaorang dah putus waktu itu. ya aku yang minta putus.. sebab aku takut berterusan dengan dosa. tapi cuma 2 atau 3 hari. aku yang merayu sambung balik. sebab waktu aku tak boleh hidup tanpa dia. dan dia terima balik.. dan bercintalah sampai akhir tahun lepas.. dan pada tahun lepas juga, aku terpaksa melepaskan kerana cinta dia untuk aku sudah tiada.. dan sekarang dia dan perempuan itu telah selamat bernikah.. dan aku telah terima kiffarah dosa aku..

apa yang aku nak bagitahu kat sini.
1. tuntutlah ilmu.
2. walaupun rasa tak pernah buat dosa bertaubatlah.. supaya hati bersih. jadi susah nk buat maksiat.. takut n gelisah bila nak buat maksiat.
3. kenali Allah
4. bila family, kawan, nak meluah perasaan. dengar. walaupun ia pahit. jgn mudah menghukum. jgn mudah menghina. nasihat dengan betul2 nasihat. nasihat dengan jiwa. nasihat kerana Allah..
5. solat dengan sebenar2 solat.. aku baru faham konsep solat dapat mencegah mungkar.. solat yg rasa Allah ada.. solat dengan perasaan.. solat dengan rasa bahagia. solat yg bukan rasa tanggungjawab. tp solat dengan cinta..

aku selalu baca pasal confession terlanjur. ada yang marah2 sebab tak jaga diri. ada yang marah2 bila dah kena baru nk cari yang soleh dan solehah. aku cuma nak cakap mcm nie jer. alhamdulillah Allah tak bg ujian ini buat korang. dunia nie bagaikan roda. klau betul Allah nak bg ujian sekejap jer.. tak kira sewarak apa pun kamu.. pointnya. jgn takbur.. kita cuma hambaNya. Allah mampu bg ujian apa pun. bahkan Allah mampu jadikan, esok kamu tidak beriman walaupun kamu lulusan al azhar.. (nauzubillah, ini contoh sahaja.. semoga Allah sentiasa pelihara kita dalam iman)

saudaraku jangan mudah menghukum. perjalanan kita panjang lagi dihadapan. kita xtahu apa yang berlaku. ini ujian untuk aku.. untuk kau, semoga tabah atas ujian dariNya. aku akan merasai ujian ini hingga akhir hidupku. jaga diri adik2. manusia tak mudah terima kesalahan. tp Allah Maha Pengampun.. cari redha Allah. bukan redha manusia.. jgn takbur, jgn riak. jaga niat.. ada syahid ke neraka kerana niat. kerana mahu digelar pahlawan bukan kerana Allah.. selagi tak mati, kita masih ade peluang untuk bertaubat.. tak kiralar besar mana dosa.. bertaubat dr sekarang.. walaupun masih melakukan dosa istiqamah bertaubat.. insyaAllah nanti Allah makbulkan.. Allah mendengar doa hambaNya.

– mrs M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit