Ikut Cakap Hati

Assalammualaikum & salam bahagia

Bila tengok sekarang ni orang cakap tentang study overseas vs local, teringat pulak beberapa tahun dahulu..aku budak uitm.

Tamat diploma aku decide tak nak further studies sebab target aku nak cari experience berniaga. masa hari raya pakcik aku tanya aku dah habis belajar so nak sambung degree ke? Aku cakap tak nak.Last2 dia sound aku, kenapa tak sambung? Rugilah.takat diploma macamana nak hidup? gaji kecik? Akak aku pun sama cakap, diploma besar mana sangat gaji nyer. Makcik aku pun sama.. Nak makan ape gaji diploma?Aku tahan je telinga.. Nasib org tua aku tak kisah..

Macam pakcik aku tu mmg aku tension sikit klu dia datang rumah.. Semua orang dia nk kutuk. Apsal gemuk sangatlah.. Apsal pendeklah.. Anak2 dia memang cantik2 & ala2 arab gitu.. Tinggi + slim + putih + educated.. Tapi bab masuk u adik beradik aku pun mmg masuk u tp fizikal kitorang kureng berbanding anak2 dia..

So lepas grad diploma aku memang struggle nk majukan diri & mmg betul2 belajar niaga..Tapi 7-10 tahun lepas bukan senang nk berniaga, tak macam sekarang.. Last2 umur aku 23-24 aku dah ada company sendiri & bolehlah dapat 10k – 20k sebulan yg aku rasa dah banyak dah.. (Bukan MLM wokey).. baru grad 1-2 tahun dpt income belas ribu kut.. tapi aku low profile, xnak up diri.. Sampai makcik aku pun pernah perli2 aku sebab bisnes aku xstandart.. mentang2 anak dia engineer camtu.. dia asyik up cakap anak dia akan dpt gaji 30k 40klah.. padahal ada sumber yg cakap anak dia gaji masa tu dlm rm2500 sbb baru junior engineer camtu..Aku diam jelah..

And sekarang dah dekat 10 tahun berlalu.. Alhamdullillah bisnes aku makin grow.. Bolehlah sebulan capai income dekat 6 angka.. Tapi aku tengok anak2 pakcik yg sound aku tu kerja biasa2 saje & very struggle dgn life. dan baru2 ni ada terbaca yg anak dia nak cari kerja..walau anak dia dah nk cecah 3 series masih belum ada kerja yg stabil..

so nasihat aku kpd orang tua, tak payahla mengutuk sgt anak org kalau masa depan anak sdri pun kita x boleh jamin.. dan tak perlulah nak canang kehebatan anak masing2..bila orangtua aku buka cerita tentang kejayaan aku panas pulak telinga.. and kpd yg xade rezeki nak masuk u / belajar tinggi jangan give up.Ilmu ni luas. Tuhan tak cakap nak cari ilmu mesti masuk u.. Yang penting kauorang tau kemampuan diri korang & jangan dengar cakap orang..

Dan rezeki Allah yg bagi..Tengok, dari orang duk kutuk cakap aku diploma berapa sen sangat gaji kalau kerja, Allah bagi rezeki yang aku sendiri tak sangka aku boleh dpt.. Kpd yg mungkin akan komen suruh aku bantu orang susah ke, jgn risau..memang aku bantu org susah & berzakat..

Sekian

– Miss Y

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

21 Comments

  1. Wahh tahniahh dpt bjaya dengn bisnes, hebat sgtt 1-2 thn lepas grad dah income mcmtu. Cik buat bisnes apaa. Bestnyaa. Inspiringg

  2. Berniaga 9/10rezeki datang melalui perniagaan.. Uswatun Hasanah Asary Syahirah Asary Mohd Sahilal moh ler kite plan bisness nak.. hehe.. tp nak bisnes ni hati kene kental bak hang..

  3. Hidup kita ni sis biar kita yg tentukan.. As long as makayah kita sokong kita sudah.. Biarkan orang lain dok kate apa yg diorang suka.. Janji kita bahgia sudah..pahala extra pon dapat gak!

  4. Kalau saya jadi anda. Saya akan perli balik pak cik tu ayat yang sinis. Di samping tu jua, tunjukkan harta & ulang balik ayat dia pada masa lampau. Bukan nak jadikan materialisitik sebagai bahan ukuran tapi jadikan materialisitik tu sebagai buktinya kita berjaya walau dihina oleh pak cik sendiri.

  5. Tuan-tuan da puan-puan, walau kene kutuk kene perlekeh, jangan lah kita balas balik kerana itu menunjukkan betapa standard kita sama je dgn standard dia. Btw, sijil, diploma & degree cumalah sekeping kertas untuk masuk ke alam pekerjaan. tapi rezeki memasing Allah dah tentukan. Org yg berusaha keras, ambik risiko dan cekal hati, insyallah dia pasti akan berjaya. Kalau ada phd tapi gebang kuat tak kan kemana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *