Ilmu bawa aku terbang ke banyak negara

Dulu, bila tengok kawan2 dapat peluang sambung belajar luar negara tajaan uni rasa best nya sebab diri aku sendiri tak pernah berpeluang ke luar negara. Nak pergi guna duit sendiri memang tak mampu. Aku memang nak sangat buat master atau Phd di luar tapi disebabkan faktor keluarga, kerjaya suami, aku sambung dalam negara jer.

Tapi rezeki Allah memang kita tak duga. Untuk Phd ni, aku dapat pensyarah yang banyak grant dan uni aku sendiri banyak duit. (Itu yang teramat best). Alhamdulillah, dengan asbab PhD ni, aku dapat pergi banyak conference. Sesetengah conference, dapat tajaan sepenuhnya daripada penaja dan sesetengahnya uni aku bayar. Aku lenggang kangkung jer datang bawa diri. Alhamdulillah dalam 3 tahun ni aku dah jejak kaki ke Thailand, Indonesia, Korea, Brasil, Netherlands, dan Spain. Alhamdulillah sangat100x..

Pada kawan2 yang nak sambung lagi selepas degree nanti, pandai2 intai peluang. Best sangat dapat tengok negara luar. Cari konferens yang ada travel grant. Kalau ada rezeki, dapat la merasa berjalan ke tempat orang. Untuk 2016, i.alllah saya ke Italy pula. Doakan saya dapat tajaan. Tu penutup I.allah sebab lepas tu kena balik kerja. hihi.

Terima kasih Allah atas segala nikmat dan rezeki yang tak pernah aku fikir dan sangka2.

– kakak A

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *