Ilmu Mendidik

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada yang sudi baca pendapat aku ni.Sebelum aku cita pasal ilmu mendidik,aku kenalkan diriku adalah seorang ibu,housewife and freelance artist.Semoga apa yang aku tulis ni boleh bagi manfaat kt semua parents.

Dulu aku pernah belajar bidang psikologi kanak kanak dalam beberapa kategori, tapi level basic je la.Seterusnya aku pernah kerja di sebuah playschool yang mana aku merupakan seorang atelierista(guru seni) merangkap pembantu kelas dan mcm biasalah kalau bekerja di tempat kanak kanak,tugas kau akan meluas.maklumat ni aku kongsi sebagai penanda aras nak bgitau korang betapa ilmu nak kawal budak2 ni memang kene belajar,dan amalkan.As adult or parent, TAK BOLEH MALAS DAN SAMBIL LEWA.Meh aku bagitau sebab sebabnya.

1)kalau budak suka berlari tahap hyper, we have to control everytime dorg start nak lari.mesti ada yang cakap,penat la nak kejar,YES memang penat tapi bdk2 bosan setiap kali kene stop and dorang akan stop dan cari aktiviti lain.

2)budak suka main tangga berlari2 bagai.kalau sepuluh kali dorang ulang main tangga,as adult or parent sepuluh kali jgk kene ikut stopkan dorang dari main tangga dan bagitahu bahaya aktiviti tu. ye menang penat tapi budak sangay sukakan cabaran,tapi bila kita stopkan san alihkan vanatan tu ulang kali,dorang akan give up.

3)main2 makanan.ni memang kepantangan aku.setiap kali anak2 makan,adult atau parent kene duduk dengan anak and pantau cara anak makan.bukan kau bagi pinggan ada makanan pastu blah je makan ngan potpet xhirau dorang.memg kau akan rasa aduh renyahnya la nak ajar anak makan,nak suap anak makan,nak kejar anak makan,nak suruh anak makan duduk.memang penat woi,tapi demi adab,ini la yg perlu dikorbankan.

Banyak lagi aku nk kongsikan tapi macam xde sape nak baca pulak kan.untuk pengetahuan korang selain aku jd guru seni,ini la jugak kerja aku kt playschool dulu.macam aku cakap memang sangat penat.kau imagine la kalau satu tempat tu ade 50 orang budak,kami staff kt situ ulang bende sama je memang tak duduk rehat sangat,demi nak didik budak2 adab dan tanggungjawab pada usia dorang.

Sebab apa aku share hal ni,aku nak bagitahu korang,ilmu parenting ni actually sangat sensitif dalam masyarakat kita sampai kita terlepas pandang adab dan akhlak yang dipupuk dari kecil.tempat anak2 adalah bersama dengan parent.setiap inci perkara yang dibuat,parent mesti ada bersama utk bg tunjuk ajar mana yang betul,mana yang salah,mana yang baik mana yang buruk.anak2 membesar dengan kebiasaan yang parent tunjuk.kat rumah ke atau kat luar,sentiasa layan ragam anak,bulan manjakan anak.kalau anak berlari ditempat yang xsesuai,stop kan.kalau lari lagi stopkan dan bagi alternatif kat anak tu buat aktiviti lain.jangan la panggil je nama pastu sambung main game atau borak je.

Aku bagi satu cth,anak aku lelaki umur 2 tahun,lasak mak ai,lolah den.satu hari aku ulang lipat baju2 anak2 aku 1 rak dekat 5 6 kali,sebab anak2 aku berkolaborasi keluarkan semua baju duk praktis lipat baju2 dorang.ofkos aku mengamuk,tapi aku gigihkan diri lipat jgk.tp,yang membuat aku rasa berbaloi adalah anak aku umur 2 tahun ni lipat baju lagi cantik dari ayahnya lipat,siap tau nak match baju apa dgn seluar apa.

Apa yang aku nampak,zaman sekarang ni,parent banyak yang malas nk layan anak dengan cara yang betul.yang ramai buat layan anak dengan cara manja je.contohnya sanggup bagi anak pegang gajet,semata malas nak kawal anak yang kuat berlari,kuat beramuk,kuat bercerita,kuat menangis,kuat buat sepah,kuat semu jenis aktiviti.

Mungkin ramai yg kecam,ko boleh la suri rumah mengadap anak 24jam.hakikatnya,aku bukan telek anak 24jam,layan internet pon time malam anak dan suami tido sebab aku pelukis yang perlu banyk masa untuk kerja2 lukisan dan idea,tambah dengan urusan anak dan rumah,sangat melelahkan.tapi inilah tugas parent,anak amanah kita,jangan cuma jaga,tapi kene didik,kawal dan pantau.caranya parent kene jadi rajin atau buat buat rajin layan ragam anak beraktiviti.buat aktiviti harian sebaiknya,anak2 akan tiru apa yang kita buat.alhamdulillah,apa yang aku tulis ni,adalah apa yang,aku da buat pun dan memang berhasil.

Macam da berterabur je entry aku ni.harap korang boleh faham,hadam.kalau ada yang komen berbaur xfaham atau kecaman,ti aku tulis lagi kalau ada kesempatanlah.

– Kashaf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit