Aku baru shj grad tahun lepas. Hutang kereta yg mana bukan kehendak aku (Mak aku suruh amik kereta dia, sambung bayar separuh hutang). Hutang ptptn yg tak pernah dibayar lg. Masa depan aku tergendala sbb aku asyik fikir macam mana nak bayar hutang. Memang aku dah kerja dgn gaji yg sikit dari kelayakan aku, tp aku tak ada matlamat sbb aku asyik terganggu dgn 'mcm mana nak bayar hutang sekaligus'.
Aku tahu selain aku, belambak lagi graduan kat luar sana yg mcm aku. Mak aku ckp satu je, 'Fikir masa sekarang shj.Jgn terlalu byk fikir bnda yg kita tak pasti lg' Tp tak semudah tu bg aku yg pessimis ni. Jadi aku bertarung dengan diri aku sndiri, azam aku tahun ini satu sahaja- 'Aku nak jadi kuat'. Hidup bukan mcm romantik komedi, aku rasa hidup ni mcm slice-of-life punya movie. Belajar through hard way, dan aku dah byk menangis sejak dua menjak ni. Korang yang tengah susah hati, korang patut tahu korang tak keseorangan. Gudluck guys.
– kura-kura