Assalamualaikum.. Sempena hari Ibu beberapa hari lepas.. Aku nak cite sikit pasal mak aku.. Macam mana dia besarkan kami adik beradik.. Aku ada 4 org adik beradik.. Ayah dah meninggal since aku kecil (time aku tadika.. Maybe.. Sbb aku xberapa ingat).
Lepas ayah aku meninggal, kami pindah ke kg.. Duduk ngan nenek aku.. Macam2 benda trjadi.. Kami terpaksa survive lps ayah meninggal Dan mak aku ambil keputusan utk bekerja di sebuah kilang.. Benda yg aku xboleh lupa.. Pg2 mak aku terpaksa jalan kaki dlm 1km lebih anta aku g sekolah.. Balik drpd anta aku, dia siap2 masak pastu g keje.. Dia balik keje mlm sbb tmpt keje tu jauh Dr rumah.. Kdg2 sampai rumah dlm kol 12 a.m.. Aku ingat lagi, stiap Kali mak balik keje aku dgn kakak aku tgu mak dkt bus stop xpun tgu mak depan umah nenek aku (umah nenek aku tepi jln besar which is main road la). Kdg2 mak balik, kami dah tido.. Sebab siang kami penat brkubang dlm sungai xpun main2 dgn anak jiran sebelah rumah.. Duduk rumah nenek aku bukan duduk saja.. Kteorg kena bt keje.. Ada sekali tu nenek aku halau xkasi masuk rumah.. Jd aku dgn akak aku dok luar, tgu sampai mak aku balik keje.. Ksian kan? Tapi nak bt mcm mana hidup menumpang, Dan kami bukan cucu kesayangan dia.. Kami duduk rumah dia sampai la satu hari tu, dia halau mak dr rumah.. Dia cakap mak duduk rumah dia semua free (makan minum, bil api air).. Padahal mak keje, mak beli brg2 dapur, byar duit bil api air..
Lepas nenek dah halau kami Dr rumah, mak cari rumah sewa.. Kami pun duduklah rumah sewa tu anak beranak.. Abg2 aku time tu berenti sekolah, dan keje sambilan.. Aku dgn akak aku je sekolah.. Mak aku berenti keje kilang tu Dan pindah keje kilang lain utk cari sesuap nasi utk anak2 dia.. Perit hidup mak aku.. Aku tahu dia derita tp dia xnak tunjuk.. Masa kami dah pindah pun mak terpaksa tanggung masalah ble org tuduh dia nk rampas suami org.. Padahal mak xpenah pun mlayan mana2 lelaki.. Ada jugak 2,3 org yg suka kt mak n nak kawin dgn mak, tp mak x nak.. Mak cakap mak nk besarkan anak2 dia dan serik nak kwin lg.. Dan smpai sekarang mak aku bkeje lg cuma skrg dia dah xkeje kilang.. Dia keje kt rumah.. Walaupun abg2 n akak aku dah keje n mampu tampung dia tp dia tetap nak juga keje.. Aku dah suruh berenti tp dia cakap dia dah biasa pegang duit ble dok umah saja dia bosan..
Point aku dekat sini, mak aku dah banyak sgt brkorban jaga aku adik beradik.. Dia keje dr siang sampai mlm nak cari sesuap nasi utk anak2.. Dia sanggup tanggung sorang2 susah nak besarkan anak2.. Dialah yg galas tanggungjawab jd ayah n jd mak dlm satu masa.. Aku kagum dgn dia sebab dia boleh lalui benda nie sorang2.. Aku kagum dgn dia sebab dia boleh survive tanpa lelaki Dan dia adalah idola aku.. Mak aku xabis sekolah sebab nenek aku anak ramai.. Mak aku anak sulung, dia berenti sekolah dan kena jaga adik2.. Dr sebelum kawin sampailah jd Ibu tunggal mak aku tetap kuat walaupun aku tau sebenarnya dia menderita..
Terima kasih mak kerana bersusah payah melahirkan Dan membesarkan kami adik beradik.. Kami tahu mak dah byk sgt tanggung derita.. Xpe, lepas ni kami adik beradik akan bt mak bahagia selagi mak masih bernafas atas muka bumi ni.. Walaupun kami xdapat balas semua pengorbanan mak, tp kami Cuba balas mana yg trmampu.. Kdg2 ble mak tido mlm2 (kalo blik rumah,aku tido dgn mak), aku akan pandang muka mak Dan aku menangis sebab aku nampak muka dia betapa letihnya dia selama 61 tahun bekerja Dan besarkan kami.. Aku xdpt bygkan macam mana kalau satu hari nanti dia dah xde.. Allah…. Sedihnya…
Tahun nie aku akan grad dan aku minta korang doakan aku supaya dpt keje cpt2.. Aku nak beli kn mak beg mahal2, baju cantik2, nak buatkan mak rumah besar Dan bwk mak g mlancong… Terima kasih mak utk semuanya..
Oh ye, nenek aku.. Sekarang dia dah tua.. So aku xde simpan dendam or bencikan dia.. Aku dah maafkan semua kesalahan yg dia bt kt kami masa duduk rumah dia dlu.. Dan aku alhamdulillah, brjaya masuk sebuah ipta trkemuka dlm Malaysia ni.. Abg2 aku walaupun xbejaya dlm pljaran tp alhamdulillah tiap2 bulan dorang masuk duit kt aku, dah ada kereta (dulu kami xde kereta) cuma satu je masalah abg2 aku ni.. Dorang xkwin lg.. Kalau korang ade calon boleh komen kt bawah ni.. Nti aku bg taw abg aku.. Akak aku? Alhamdulillah.. Dia dah keje dkt salah satu bank kt Malaysia ni.. Dah ada kereta n tiap2 bulan pun bank in aku duit.. Haha.. Cuma satu masalah dia.. Calon suami xdak lagi.. Kalo hangpa sume yg laki2 masih single.. Boleh la komen kt bawah nie jgk.. Nti aku soh Kak aku pilih angpa.. Hehe.. Sekian, itu sahaja luahan aku.. Last but not least, utk ibu2 diluar sana aku cuma nak ucap selamat hari ibu.. Sungguh besar pengorbanan Ibu utk kami anak2.. Hari Ibu bukan satu hari je tapi setiap hari adalah hari Ibu.. Mak, adik sayang mak!
– Anak mak
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Allhamdullah anak2 smua berjaya n mjadi org yg bguna .. xsia2 pgorbanan mak sis .. mak lieya sayang mak!! Wlaupun lieya xmampu blas pgorbanan mak tp lieya sdaya upaya buat mak bahagia .. semoga mak abah pajang umur di beri kesihatan yg baik .. amin
Aja Faeiz Nur Hafate
Sedih baca… moga awk bjaya n didoakan moga mak awk dikurniakan kesihatan yg baik…aamiin
Pm saya, cari calon tuk kak, 27th ke atas je.. :)
Sebak baca
Ya. Seorang ibu tu wanita sakti. Atas segala kesusahan & keperitan, dia boleh senyum ketawa, boleh bangun buat semua, besarkan anak2.
Kata org, apa sgt kudrat wanita ni. Orang lupa, kekuatan seorang wanita bkn pd luaran tp pada jiwa dia.
Suka tgk muka Mak sy jugak msa tidur. Stiap kerutan, garis2 tua tu, mmg sedih.
Klau tgk tangan Mak pn, dh kedut2, blh sedih. Tangan ni yg dah byk berkorban selama ni. Dah penat buat semua utk anak2 dia.
Ibu itu orang sakti, yg luar biasa❤
Ismi HuSni
Nur Aini Najwa Muhammad
Athirah Razak
Because mum is a superwoman :’)
I feel u sis. Sama mcm kiteorg gak. Dulu masa hidup susah, sedara pon x pandang kita.. cucu2 pon dibezakan kasih syg. Ye la mak ayah kita x byk duit time tuh..
Bila Mak putuskan untuk berhenti kerja terus dan berniaga, sblm tu siang mak kerja opis kilang, Mlm berniaga tumpang di kedai pakcik.. life change 360. Even masa mula2 berniaga dpt tentangan dari nenek n ayah sendiri. Nenek ckp, biar pakcik (adik mak) jek yg berniaga seorg. Lama nenek tak bertegur dengan mak. Ayah plak ckp, ‘sebok nk jadik kaya’. Tp mak bertekad untuk terus berniaga sampailah boleh hidup selasa mcm ni..
Time nih la baru rasa bersaudara. Semua mula rapat. Yelaahh, dulu kita hidup susah. Bila dh selasa, sikit2 ngadu kat kita. Kadang teringat kisah lalu.. bukan nak mengukit Tp realiti nya menyakitkan.
Tekad kuat mak yg mengubah kehidupan. Sangat bangga dgn mak. Sekarang mak duduk rumah jek, biar anak2 yang handle berniaga ni. Kisah lalu kita lupakan dan jadikan pengajaran.
Ya. Mak aku pun besarkan kami sorang2.. Ayah aku meninggal tahun 2005. Macam-macam jugak mak aku kerja. Alhamdulillah kami semua direzekikan menjadi orang. Aku pun bangga dibesarkan oleh seorang wanita yang kuat. Mak aku bab menabung memang hebat. Ada je duitnya utk perbelanjaan kami di uni.. Sekarang tengok mak pakai cantik-cantik, baju penuh dalam almari sampai tak terpakai. Syukur allah rezekikan dgn melimpah ruah.. Sampai adik mak aku yang ada suami pulak pinjam duit kat mak aku.
Aku bangga jadi anak mak aku walaupun mak aku tak belajar tinggi. Tak kerja bagus. Hanya tukang masak kantin. Tapi kerana dialah kami jadi manusia.
Yaya Zaty Roslan saja mention baca kisah ni, kebetulan confessor tu nak cari jodoh untuk abgnya, boleh awak mintak dia pm kenalkan kat kawan awak tu
Heehehe..insyaAllah
Pm saya,sy carikan calon utk kwn sy, umo die 32. Mn tau ade jodoh:)