Imaginasi Tinggi atau Halusinasi?

Aku Sab (bukan nama betul), umur 27 tahun & telah berkahwin. Aku ada satu rahsia yang aku tak pernah bagitahu siapa2. Termasuk suami aku.

Aku ada kebolehan untuk berhalusinasi (?) secara pilihan. Aku boleh bayang benda apa aku nak & aku memang nampak depan mata aku.

Aku pernah jumpa doktor tentang ni. Masa tu umur aku 19 tahun. Doktor kata aku mengada & cuma nak mc untuk skip kelas.

Doktor cakap lagi yang aku berpura2 sahaja sebab luaran aku nampak waras, teratur, ceria & happy-go-lucky sahaja.

Sejak tu aku dah tak nak tahu medical term atau medical reason behind my ability. Aku datang sebab risau tapi kena tuduh macam2.

Kadang2 tertanya juga, adakah aku ada schizophrenia?

Tapi aku boleh kawal apa yang aku nak tengok. Aku tak ada pula nampak lembaga atau benda2 yang menakutkan.

Aku biar je sampai sekarang sebab kehidupan aku tak ada terjejas dengan kebolehan ni.

First time aku perasan aku ada kebolehan ni masa aku tengah bosan. Masa tu aku masih tadika. Aku berpura2 nak ada kawan.

Lama2 tu aku nampak “kawan” aku tu. Kawan aku tu arnab oren yang bersayap biru hijau macam burung.

Aku tak takut sebab aku SEDAR mereka bukan real. Aku pun susah nak terangkan.

Aku tahu benda tu tak wujud tapi aku tak takut sebab aku yang “cipta” dia. Lebih kurang macam tu.

Aku pernah nak mainan ni tapi parents aku tak belikan. Aku boleh bayangkan mainan tu depan aku & aku boleh main.

Aku juga suka bayangkan bilik aku ni tempat air terjun yang cantik, banyak fairies, kura2 terbang, pegasus dan lain2 binatang aneh.

Sampai sekarang aku ada kebolehan ni. Kadang2 masa suami aku drive, aku bayangkan ada burung besar di langit, ada ikan melintas dan banyak lagi.

Aku happy aku ada kebolehan ni. Tapi kadang2 aku risau juga kalau aku yang gila atau bakal gila di hari tua.

Buat masa sekarang aku boleh kawal akal aku, aku pandai sorok “gila” aku ni dan tak ada siapa pernah syak apa2.

Aku pun jenis pandai bersosial. Akademik aku pun normal sahaja.

Aku pernah google, aku jumpa term hyperphantasia. Tapi aku bukan doktor atau psychologist nak self-diagnose.

Aku pernah terfikir ada ke orang yang macam aku juga?

– Sab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *