Aku ni student business. dan aku ni suka travel. Kalau org lain nak confess pasal hubungan / kahwin / sesat dr jalan yg benar, aku pulak nak confess impian aku. Aku rasa aku MESTI luahkan impian aku ni. Aku nak cerita kat kawan-kawan, tp takut diketawakan. Tp aku rasa kalau aku tak confess, boleh gila jd nya. Hari hari fikir pasal impian aku je. So biar lah aku confess sini, lega sikit perasaan ni. Nak focus final exam pon tak boleh.
Aku ada impian. Aku nak bina istana dengan reka bentuk western. Perghh. merepek kan. sbb tu aku tak berani confess kat kawan-kawan aku. Aku Sabahan. So aku nak bina istana kat tepi pantai dengan permandangan matahari terbenam dan berlatar belakang kan gunung kinabalu. Memang gila kan impian aku. Tak kisah lah apa org lain nak fikir, aku nak buat juga.
Lps bina istana tu, aku nak bina taman-taman indah sekeliling istana tu. Kalau boleh, tanam pokok-pokok sakura. Perghhhh. Memang impian gila kan. Lps tu istana ni akan tersergam indah dengan taman-taman cantik. Maka tersebar di seluruh dunia. Istana reka bentuk western pertama di Sabah. Rakyat marhaen pun berminat nak melawat istana aku. TAPI. nak masuk kena bayar. jeng jeng jeng. Money money come to papa!
Lps dah bina istana ni, aku nak bina hotel tak jauh dari istana kesayangan ku. So tarikan hotel tu adalah permandangan matahari terbenam + istana reka bentuk western + permandangan pokok sakura + permandangan gunung kinabalu. Foreigner kena bayar 2kali ganda dr malaysian. duit duit duit mai masuk akaun bank saya. muahahaha.
Lps da bina istana, taman cantik dan hotel, saya nak bina sebuah bangunan 4 tingkat pula berhampiran. Tp apa fungsi bangunan ni? Saya nak bangunan ni ada reka bentuk pelik. Bangunan senget ke. Perghh. Lps tu bertambah tarikan. dan dalam bangunan ni, terdiri daripada bilik-bilik yang mempunyai art sesuai utk org bergambar. Pelawat-pelawat yang datang boleh pakai pakaian seragam atau tradisional utk bergambar. Tp nak pakai, DUIT lagi. muahahaha.
Bila aku tengok orang-orang kaya yang ada sekarang, mereka tak fikir pun macam nak kembangkan lagi pendapatan mereka. gabungan bisnes dan travel memang terbaik. Kat Malaysia ni, pendapatan kedua terbesar negara adalah dari pelancongan. Kan da ada peluang kat situ.
Memang pelik kan impian aku. Maka hati para pembaca pon fikir aku ni gila duit. Ni semua duniawi je. Tapi aku ada rancangan dengan duit duit ni. Hidup ni sementara je. So sambil jana duit tu, sambil juga aku bantu anak bangsa tercinta di Sabah ni. Bukan tu je, aku nak barisan Islam di Sabah diperhebatkan lagi. Sape lagi yg nak bantu anak-anak kesayangan Sabah kalau bukan org Sabah sendiri. Kah kah kah. sekian confession dr sy. Walaupun merepek, at least aku rasa puas hati. Macam perghhh.. keluar segala stress.
– Naruto
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Hahahaha.. Comel je impian confessor ni..
Impian aku lak nak ada bangunan tema steampunk, yang ada clockwork byk2 tu. Mcm mana nak explain eh…susah
Aku faham .. yg banyak mcm rupa gear tu kan
Semoga impian anda tercapai..in sha ALLAH..
(y)
Nor Amin Suhaila Akmat kau ka yg post tok?
hahha weiii agakllh aq
Hahaha..mana tau stress sgt. Lol
Haha tak da msa stress tulis ni
tak mustahil semua impian awak akan tercapai… proud of you mampu berfikir luar kotak … impian mcm ni kena diam sbb nanti org suka kata boleh ke mcm… yelah tu… apa la kau ni.. ayat2 tu lagi sakit hati
Aku pernah dengar seorang motivator kata bahawa kita kalau ada impian, kita kena bagitahu kat semua orang. Walaupun kita rasa impian itu mustahil, tapi kita berhak nak ada impian tu. Cuba confessor buat “papan impian” di mana confessor tampal@lukis segala impian confessor dekat atas papan tu beserta tahun yg nak dicapai dan letak kat tempat yg selalu confessor tgk, contohnya meja study. So, confessor, sy doakan impian confessor tercapai. Kipidap!
Confessor mst suka pergi bukit tinggi. Design lebih kurang mcm angan2 dia. Cuma xdr bgnn 4 tgkt. Ada japenese village dll. Tp aku pergi xdr lr best mne pon
Anis Noriehan
Haha.. Lwak sikit.. Tp aq pon ada impian pelik jgk. Anyway, nice. Aq phm apa kau nk bgtau.. I knew it well.
Aku pun ada impian sama jugak.. Kuat gila berangan.. Tapi masa tu umur 12 umur tahun kot. Sampai tingkatan 3 gitu.
Penat gi sekolah nak iron baju bagai, berangan la kerja.
Ni dah besar nak beli oven 48litre tak cukup duit lagi
I like.. mudah2an tercapai , ameen. Yg paling penting, barisan Islam akan menjadi lebih kuat..mudah2an ameen
You do you! :-)
Menarik. Good luck. :-)
Kau sendiri yang kata impian kau merepek. Aku tak kata pun. Cuma kau perlu lebih realistik .if u know what i mean.
Ok..saya sedang baca ni…
good luck!
Aku pulak ada impian nak teleport ke macam² tempat kat dunia ni. Bagus confession kau ni, hilang stress aku sebagai orang yang dewasa dan sibuk dengan hal-hal yang berlaku kat dunia ni.
Berangan lah, ia percuma…