Influencer Dunia Tipu-Tipu

Walaupun dah macam membawang perangai aku tapi aku rasa betul dah tindakan ini. Untuk netizen, berhentilah memuji memuja influencer sampai berlebihan.

Nama aku Rahmat, 27/M/Jerantut.

Kalini aku nak menulis tentang influencer yang taksub dengan pujian, likes, dan suka disanjung.

Bukan semua influencer jenis ni. Ramai saja influencer menulis baik baik mengajak orang buat kebaikkan.

Biar diri tak baik, tapi tulislah untuk sampaikan kebaikan. Nama pun influencer kenalah tunjuk yang baik supaya jadi ikutan, teladan, pada orang lain.

Kita manusia bukanlah sempurna.Silap aku sendiri juga banyak walaupun aku tidak dikenali orang pun. Aku cumalah salah seorang follower je.

Berbalik pada cerita influencer.

Aku ada follow seorang influencer baru menginjak naik. Orangnya pandai menulis. Suka tengok hasil lukisan dia.

Memang dia pandai menulis dan melukis. Sekali menulis beratus orang like. Kadang beribu. Lukisan dia ada yang gunakan pisau pallet. Ada yang gunakan brush. Tapi sejak tahun lepas dia mula melukis secara digital.

Ada satu karakter dia lukis budak perempuan berbaju biru bersama teddy bear. Katanya lukisan tu mewakili diri dia yang special. Unik juga aku tengok karakter budak bertocang dua. Setiap lukisan ada penceritaan. Aku pun selalu like post dia.

Entah macamana masa aku tengah layan FB, ternampak satu lukisan yang lebih kurang lukisan influencer tadi. Tapi masalahnya pelukis lain yang lukis. Macam 99% sama. Aku tengok nama pada lukisan tu MK.

Maka aku meluap-luap nak tahu apakejadah sama sangat lukisan ni. Aku cari siapa MK ni. Rupanya seorang illustrator yahudi. Bila aku tengok semua lukisan MK, mak aihhhh sama dengan influencer aku cerita kat korang tadi.

Maksudnya influencer tadi, dah tiru sebiji sejibon dengan pelukis yahudi yang orang Malaysia tak kenal.

Yang lebih tak guna, influencer tadi cerita dekat facebook lukisan dia ni memang susah betul dia nak siapkan. Kiranya masterpiece dia, itulah diri dia yang special penceritaan diri dia sebagai manusia unik.

Bukan satu tapi berpuluh lukisan tiru MK tadi. Paling terbaru influencer tadi dah buat buku ketiga dia dengan MPH.

Aku tak suka tuduh melulu. Tapi bila dia kongsi manuskrip dia di Facebook dan beberapa page dalam buku tu, mostly idea asal lukisan illustrator MK tadi.

Rasanya ini plagiarism. Betulkan aku kalau silap pemahaman aku.

Bagaimana dia boleh cakap itu lukisan dia yang limited edition sedangkan dia tiru bulat bulat tanpa kreditkan. Bukan ambil idea tapi dia cuma tiru semula semua lukisan MK, dan claim itu idea asal dia.

Aku jahil dunia pelukis ni tapi aku rasa tu mencuri. Kalau buku dia laku, hasil jualan tu haram ke halal ye?

Adab menulis atau menghasilkan buku rasanya dilarang keras untuk plagiat hasil kerja orang lain. Sudah buku ketiga influcer ni hasilkan takkan tak tahu benda begini. Dia sendiri cakap dia tak suka orang plagiat hasil kerja atau tulisan dia.

Meniru idea, tapi gunakan kreativiti sendiri oklah. Tapi meniru bulat bulat karakter budak perempuan bersama teddy bear.

Kalau dia lukis benda asal memang dah wujud seperti bukit, kaabah, pelangi,blaut, kapal selam takpe jugak. Ini imaginasi idea orang lain punya. Naya orang kak.

Jadi lepas aku fikir, akhirnya aku terus aku pm pemilik asal lukisan orang yahudi tu. Kemudian aku beri dia email MPH untuk dia buat aduan.

Memang dia cakap, “this is extremely unethical!” Marah orang yahudi tu. Tak kisah la dia orang yahudi ke apa ke tapi dia berhak rasa marah.

Walaupun dah macam membawang perangai aku tapi aku rasa betul dah tindakan ni. Untuk semua netizen, berhentilah memuji memuja influencer sampai berlebihan. Mereka juga manusia.

Mana baik korang ikutlah. Mana buruk tak payahlah ikut. Lagipun ikut saja pesan idola sebenar, Rasulullah SAW. Dah tentu tak sesat.

Aku cuma rasa bodoh saja selama ni aku percaya orang begitu. Untuk apa dia buat penipuan ni semua. Untuk famous? Buat apa popular dimata manusia dengan cara camni. Pandangan Allah pada kau lagi penting.

Insan tersakiti ditipu influencer,

– Rahmat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit