Info xdiketahui ttg graduan pharmacy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum saya mula berbicara, saya ingin katakan saya just copy paste status..

Apa yg bakal saya sampaikan ini adalah suara kami sebagai lepasan graduan farmasi 2015 yang masih tidak lagi diketahui nasib kami setelah setahun tamat pelajaran. Seperti yang telah disuarakan oleh rakan-rakan saya yang lain sebelum ini, kami cuba berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang kami hadapi buat masa ini. Kami bukanlah hanya tahu mengadu nasib kami, tetapi kami cuma mahu suara kami didengari oleh warga umum dan pihak-pihak yang berkenaan.
Pertama sekali, izinkan saya menerangkan apa itu PRP. PRP atau Provisionally Registered Pharmacist adalah satu fasa yang perlu kami sebagai graduan farmasi jalani sebelum menjadi seorang ahli farmasi yangg berdaftar (FRP atau Fully Registered Pharmacist). Matlamat PRP ini adalah untuk memperolehi pengalaman di dalam bidang farmasi ketika bekerja. Jangka masa untuk menjalani PRP adalah minimum satu tahun. PRP ini boleh dilakukan di swasta ataupun di sektor kerajaan. PRP ini sangat penting bagi kami graduan farmasi kerana jika kami tidak menjalaninya, maka kami tidak akan boleh berdaftar sebagai seorang ahli farmasi. Kami juga sukar untuk memohon kerja jikalau kami tidak mendapat pendaftaran.

Alhamdulillah pada bulan Januari yang lalu telah diadakan temuduga bagi jawatan ini, namun penempatan bagi jawatan tersebut hanya 200 sahaja dan mereka yang berjaya temuduga tersebut telah memulakan PRP mereka. Pada bulan Mei yang lalu juga, temuduga yg kedua telah dijalankan namun hanya dilakukan bagi warga negeri Sarawak sahaja. Bagi kami di negeri-negeri lain ini masih tidak lagi tahu hala tujunya. Malah bukan sahaja kami, nasib bakal graduan-graduan farmasi 2016 yang akan menamatkan pelajaran tidak lama lagi juga masih lagi menjadi persoalan sehingga kini. Adakah masalah ini akan berterusan untuk mereka juga?

Kami bukan ingin memaksa tetapi kami ingin semua warga Malaysia tahu situasi yang sedang kami lalui ini. Apa yang kami lakukan adalah usaha kecil untuk memberi kesedaran pada umum. Dengan gerakan ini, kami berharap pihak-pihak berkenaan dapat memberi kerjasama dengan kami bagi menyelesaikan kesulitan ini. Pada ketika ini, beberapa penambahan tempat untuk menjalani PRP telah dilakukan dan kami berharap masih ada lagi farmasi komuniti dan sektor swasta untuk tambahkan lagi. Kami juga berharap agar kuota PRP di hospital kerajaan dapat ditambahkan lagi kerana kebanyakan graduan-graduan ingin menjalani PRP di hospital.

Saya rasa setakat ini sahaja pendapat yang ingin saya kongsikan bersama anda semua. Masih ada rakan-rakan saya yang akan berkongsi pendapat mereka dan saya yakin mereka juga masih ada banyak lagi perkara yang ingin disampaikan. Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

#PharmacyGraduates2015
#UnemployedPharmacyGraduates
#MohonPenempatanPRP
#KKM #SPA #JPA
#SudahTibaMasanya
#SelamatHariRaya2016

– Penganggur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

22 Comments

  1. welcome to real world, tambah pulak dengan kegawatan ekonomo sekarang ni.

    student kos lain ada yang lagi susah nak dapat kerja. korang inshaAllah lah bila ekonomi dah ok balik korang akan di ambik kerja cuma kena sabar sket jer.

  2. Ini jawapan drpd pihak berwajib

    “Wksalam, perkara ini telah dibincang diperingkat Jab Perdana Menteri. Masih menunggu keputusan JPA”

    Harap bersabar
    Jgn memilih ….PRP training boleh dibuat di premis swasta
    Situasi kini x seperti dahulu
    Hubungi sy utk diterangkn lebih lanjut pilihan2 yg ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *