Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin sampaikan penghargaan jika confession ini terpilih untuk disiarkan. Dalam luahan ini saya ingin bercerita sedikit sebanyak tentang kelebihan kerja di bank.
Terlebih dahulu saya ingin bercerita sedikit latarbelakang tentang diri saya. Saya seorang lelaki berusia 30 tahun dan bekerja tetap di sebuah bank yang menjadikan perbankan Islam sebagai teras. Saya ada 2 orang adik beradik yang mana saya adalah bongsu. Saya boleh dikata berasal dari keluarga kerajaan. Ini kerana kebanyakan ahli keluarga saya merupakan penjawat awam. Ayah saya merupakan pesara sebuah jabatan kerajaan. Mak dan abang saya berkhidmat dalam badan beruniform dan masing-maisng berpangkat sarjan dan koperal. Isteri saya pula bekerja sebagai jururawat terlatih di sebuah hospital kerajaan. Hanya kakak ipar saya yang tidak bekerja di full governement, yang mana dia bekerja di PPUM.
Ok berbalik kepada isu utama tentang faedah dan kelebihan bekerja di bank. Saya mungkin akan membandingkan dengan 1 ke 2 bank (islamik) lain di Malaysia.
Kelebihan pertama adalah dari segi faedah perubatan. Ia terbahagi kepada inpatient (hospital swasta) dan outpatient (klinik swasta). Biasanya faedah perubatan untuk kakitangan bank bukan sahaja untuk kakitangan tersebut sahaja..malah termasuk untuk ahli keluarga kakitangan, iaitu pasangan dan anak-anak. Berapa limit tahunan adalah bergantung kepada majikan masing-masing dan mengikut gred staf. Ada bank yang menawarkan faedah perubatan tidak terhad atau unlimited. Ada juga yang bagi mengikut limit. Sebagai contoh untuk level eksekutif, limitnya adalah RM65 ribu (bagi seorang) untuk setahun bagi kos rawatan di hospital.
Faedah kedua adalah dari segi bonus. Berapa banyak bonus juga bergantung kepada majikan masing-masing. Ia biasanya dipengaruhi oleh untung rugi syarikat dan berdasarkan KPI tahunan kakitangan untuk tahun sebelumnya. Jika di bank aku bekerja, majoriti akan dapat 2 bulan bonus. Untuk yang dapat KPI cemerlang akan dapat bonus 4 bulan ke atas.
Dari segi kenaikan tahunan pula, ada bank yang bagi kenaikan tahunan tetap dan ada yang bagi mengikut KPI. Sebagai contoh, di Bank A untuk level eksekutif, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM250. Di bank aku bekerja pula, kenaikan tahunan adalah berdasarkan KPI. Misalnya jika KPI cemerlang akan dapat kenaikan sebanyak 10%.
Dari segi cuti tahunan (A.L), jumlahnya juga bergantung kepada majikan. Biasanya adalah 22 hari dan ke atas. Ada yang mencapai 30 hari jika mengikut syarat ditetapkan. Salah satunya kena bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun sebagai contoh. Dalam perkhidmatan bank juga ada cuti khas yang dipanggil mandatory leave. Boleh google untuk tahu dengan lebih lanjut.
Dari segi caruman KWSP bagi pihak majikan, jika di bank aku bekerja adalah sebanyak 15% (berbanding caruman biasa sebanyak 13%). Ada bank yang mencarum setinggi 17% untuk kakitangannya.
Antara faedah lain adalah dari segi ‘special staff rate’ jika kakitangan ingin membuat pembiayaan dengan bank tempat dia bekerja. Biasanya jenis pembiayaan ditawarkan adalah pembiayaan kereta, rumah dan peribadi. Sebagai contoh, rate sebanyak 3% untuk membuat loan rumah. Rendah bukan?
Faedah yang lain adalah dapat elaun pergigian dan elaun untuk membuat cermin mata. Bukan cermin mata hitam ya. Tapi cermin mata untuk rabun jauh dan dekat.
Ada lagi kelebihan bekerja di bank. Tapi cukuplah sampai disini dulu. Apa-apaun setiap pekerjaan, industri dan syarikat ada kelebihan masing-masing. Di era susah untuk mendapatkan kerja tetap sekarang, apa yang paling penting adalah sentiasa bersyukur jika mendapat kerja tetap yang halal dan hendaklah melaksana tugas diamanah dengan sebaik mungkin serta penuh dedikasi. Sentiasa sematkan bekerja juga adalah salah satu ibadah. Bagi yang belum lagi mendapat kerja tetap, jangan putus asa dan teruskan usaha.
Sekian terima kasih.
– Banker P.B
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit