Ini kisah aku.. – https://iiumc.com/forumv2/
Utk adik yang nak amik SPM tu, meh sini aku nak story kat ko.
Alhamdulillah aku ni dari sekolah rendah antara top 10 student. Bajet2 student harapan sekolah gitu. Waktu UPSR, bangga la jugak masuk list pelajar harapan utk dapat 5A. Tak pernah dapat top 3, coz classmate aku sume pandai2..huhu..Gigih belajar konon2nya, kelas tambahan sampai malam. Result UPSR aku, cikgu tersalah umum nama aku dapat 5A. Saspen sgt coz itu nama last utk student dpt 5A. Sebab nama aku dengan kawan aku lebih kurang, beza nama ayah je. And nama kitaorang pon klu ikut susunan memang last2 gitu. Apa yang pasti, UPSR aku tak dapat straight A la. Merasa la jugak bahagia walau sementara..haha..
Sekolah rendah n menengah bawah, dekat luar bandar or kampung2 gitu.
Ok ni part masuk sekolah menengah plak, almost 90% classmate sekolah rendah aku sume p sekolah hebat2. Tinggal la 2-3 kerat budak2 sekolah lama aku. Ok basically, aku start top student balik waktu Form 2 sampai Form 3 kat sekolah tu. Aku tak pernah tak dapat no 1 dalam kelas tu. Ni memang kelas pertama. Result PMR dapat straight A pastu masuk sekolah asrama penuh. Klu sekolah jenis ni, tak de kelas no 1 or 2 dan seterusnya sebab sume budak pandai2, so diorang ranking personally je.. boleh dikatakan la aku perform jugak dekat sekolah ni, dapat jugak straight A. Pastu aku dpt msuk asasi, n result pon perform jgak.
Apa persamaan start aku dari sekolah menengah sampai asasi ni? Aku tak suka ajar kawan2 yang lambat pick up ni, bagi aku diorang ni menyusahkan aku, rasa terganggu, membazir masa ajar diorang, melambatkan kerja2 sekolah aku. Aku memang minat gila2 math especially add math. Aku selalu berlumba2 dgn classmate sapa siap dulu dengan jalan kira yang betul. Pada aku, aku mesti jadi org 1st siapkan kerja tu. Kawan2 aku yang dok kat sebelah kiri kanan, depan belakang aku tak hirau sama ada diorang paham ke tak. Kalau diorang tanya, aku juz bagi jalan kira aku yang mana soalan aku dah jawab. Memang aku tak suka explain, mana datang X, mana Y (aku suruh diorang cari sendiri kat atas kertas jawapan aku). Turn up, kawan2 aku memang tak tanya terus la aku. Sikap selfish aku ni sampai asasi. Kawan2 aku ajak study sama2 waktu study weeks, so aku pon on je la. Aku ingat lagi, kami 3 orang (aku, A, B) buat past year paper math dekat bilik si B. Aku kan suka gila math, so aku dah masuk soalan no 10 tapi kawan aku ni si A, dia slow cket, baru dok soalan no 2 (lebih kurang la, aku pon ingat2 lupa dah). So, si A mintak aku berhenti kejap n tunggu dia paham dulu, sebab janji buat sama2 kan. Aku bagi je la skema jawapan aku kat si A, sruh dia hadam sendiri. Si B kesian tgok A termangu2 tak paham, pastu dia stop and ajar si A ni, tunjuk la satu2. Aku memang tak hiraukan si A langsung, terus continue buat soklan math tu.
A ni tak puas hati ke camne, terus sound aku- “janji nak buat sama2, tunggu la dulu and ajar la apa yang aku tak paham,”
Pastu aku buat muka tak layan n terus buat soklan. Lepas siap sume soklan, aku terus balik bilik sendiri (memang totally ignore si A n B ni). Aku tak minta maaf pon, sebab aku tak rasa bersalah waktu tu. Bagi aku diorang yang bersalah sebab melambatkan kerja aku, pastu nk marah2 suruh tunggu2 plak.
Alhamdulillah aku skrg belajar medic-jauh gila kan dari math masuk medic? Aku berharap medic tu ade la jugak subject math, tapi itu hanya statistic je (hanya 5%).. Bila masuk medic ni baru aku sedar kepentingan ajar kawan sampai paham. Budak2 medic ni antara best student sekolah masing2 or matrik, so kita kena compete each other plak. Aku antara student yang bottom line jugak.. Now, I realized that I can’t explain to my friends. Susah gila nak ajar, tapi aku paham benda tu. Soft skill aku memang ke laut. Nak present pon susah, orang paham tak paham cerita kita. End up, aku tend to isolate diri sendiri, tak ade keyakinan diri. Even klu lecturer tanya pon, aku susah nak explain apa yang aku faham. So, markah aku waktu exam pon kurang sebab aku tak boleh nk explain (oral exam-short and long case). Bila aku renung balik, itu adalah dari kesilapan aku sendiri (kedekut ilmu maybe).
Aku kalau diberi peluang utk kembali ke zaman sekolah, perkara pertama yang aku nak buat adalah ajar orang sampai paham. Bila aku scroll fb, aku rasa bersalah tengok classmate aku dulu ( sekolah luar bandar) ade yang tak dapat masuk university, ade yang kerja biasa2 (guard), ade yang tak kerja, belajar setakat SPM je, kerja kedai makan, ade yang struggle dlm hidup. Sedih sgt rasa. Mostly, diorang ni geng ponteng sekolah, kerja sekolah tak pernah siap, dalam kelas tido, tak pon main2,lompat pagar semua. Aku rasa bersalah sebab aku tak ajar diorang macam mana aku bleh paham subject tu dengan mudah. Share formula. Aku bagi tiru jawapan, tapi aku tak tunjuk jalan kira macam mana nk dpt jawapan tu. Almost sume subject aku bagi tiru kertas jawapan n tak explain.
Ade classmate aku yang sekolah asrama penuh, cita2 nak amik medic jugak, tapi impian tak tercapai coz result SPM tak straight A. Perasaan bersalah tu sampai ke saat ini, walaupun diorang sekarang dah grad dlm bidang lain (kos biasa2 je).
Utk kawan2 yang mengenali aku, aku susun sepuluh jari, mintak ampun n maaf sebab tak ajar korang waktu kita sekelas dulu. Aku terlalu riak dengan nikmat yang Allah bagi ni. Aku kedekut ilmu utk share dengan korang sume.
Adik yang nk SPM or sapa2 yang baca confession aku ni, ajar je kawan2 yang tgh tak faham tu. Sebab bila kita ajar orang, kita sedang membina soft skill, kita double or triple faham. Dan dalam exam, kita mudah ingat apa yang kita ajar org compare apa yang kita baca.
Utk sapa2 nk amik medic, explanation and confident are very important. Korang asahlah dari bangku sekolah, jgn jadi macam aku yang dah terlewat ni.
Tak best pandai sorang2. Awal2 memang seronok, tapi lama2 ko akan rasa lonely.
Definisi pandai bagi aku sekarang ni: ko pi kat budak paling corot dalam kelas, pastu ajar sampai dia jadi top student macam ko. Guide dia.
– NM