Hi. Assalamualaikum. Saya menulis untuk meluahkan perasaan dan mencari pendapat yang mampu menguatkan semangat saya.
Saya Nur. Umur hampir 30an dan mempunyai 2 orang anak. Saya dan suami dua2 bekerja, dan saya memang menghantar dua anak saya ke pengasuh.
Saya tak tahu nak mula cerita dari mana. Cuma boleh cakap suami saya seorang yang pemarah. Seorang yang selalu tidak berpuas hati dengan apa yang isteri dia lakukan.
Ya, saya kerja office. Dan suami pula kerja kedai makan. Saya akui, kerja dia memang penat, pernah sekali saya pergi makan dekat tempat dia kerja, saya tengok macam mana kerja dia.
Dia balik kerja malam, anak2 belum mandi (dah jadi habit kami, malam2 pun mandikan lagi sekali walaupun lewat petang dekat nanny diorang dah Mandi), dia memang akan mandikan.
Pagi2, saya rushing2 nak pergi kerja, siapkan makanan untuk so kecil (dia masih makan bubur), suami akan tolong basuhkan kencing yang abangnya (tido Masih pakai pamper).
Jadi pendek kata, suami memang ringan tangan tolong saya hal2 rumah. Tapi setiap hari mesti ada kata2 kesat yang akan keluar dari mulut dia.
Contoh kejadian pagi tadi, tengah nak breakfast (hari ni weekend, saya tak kerja, tapi suami kerja, masuk pukul 12), dia membebel mentega (jenama puteri, saya suka bau dia sebab tu saya memang beli jenama ni), saya letak dalam botol leper tapi panjang,
Katanya: kenapa tak letak dalam kotak mcm butter biasa, kan senang saya nak ambil dengan sudu. Ni nak kena picit2. Dengan kotor tumpahnya dalam botol ni. Awak ni langsung tak macam perempuan.
Contoh situasi lain, bila dia tengok keadaan rumah bersepah dan dia rasa serabut (dia tahu rumah memang sentiasa akan bersepah tapi isteri dia akan cuba sentiasa kemas), dia akan membebel, awak ni langsung tak pandai menghias rumah.
Nak kena join kelas dokerasi la kot baru reti. Saya ni orang kampung saja, bagi saya rumah flat tempat kami tinggal ni cukup sekadar bersih, kemas untuk kami duduk. Tapi dia suka kalau rumah ada style bagi nampak cantik, bagi sedap mata memandang katanya.
Ntah la, saya ada sahaja tanam pokok pokok bunga dekat balkoni rumah. Di dinding rumah pun saya ada letak frame gambar family. Bila saya kata rumah mak saya dekat kampungg pun biasa saja. Akan dikatanya rumah saya tu, kalau mak saya pandai hias mesti cantik.
Kalau ada saya buat salah apa2, akan diungkitnya, katanya awak ni bodoh la, dok buat silap yng sama 2 3 kali. Kadang2, benda yang jadi tu baru first time, atau kadang2 bukan silap saya pun.
Bila anak2 sepahkan rumah, dituduhnya saya ni berat mulut, tak pandai nak ajar anak2, tak pandai nak berbicara dengan anak2.
Anak2 kami baru saja 3 tahun dengan 1 tahun. Katanya, kena ajar dari sekarang, nanti makin besar susah. Iya betul, tapi bila anak2 tak dengar, masih dimarahnya saya dan anak2.
Bila cuba dibawa berbincang, last2 dia akan cakap, awak jangan lah dengar kalau saya tengah marah. Awak pekakkan telinga sahaja.
Saya ni perempuan, setiap kata2 dia mengguris perasaan saya. Semua benda kecik2 saya buat mesti sempurna, bangun tido lambat, salah nanti anak2 pun jadi habis bangun tido lambat.
Anak saya tu menyusu badan, bila dia nangis2 nak tido, saya pun kena la layan dia bagi nenen. Lagi satu, suami saya bila dia dah start rasa marah, jangan lah cuba nak pertahankan diri, makin menjadi2 nanti marah dia. Bila muka jadi masam, dia marah saya buat muka.
Bila ada air mata menitik, dia kata saya mula nak buat drama. Saya tahu benda ni nampak remeh, tapi segala ayat dia buat saya stress. Saya terguris hati.
Hari ni sepanjang hari saya termenung, teringat2 ayat dia kata saya ni bodoh tak tahu fikir kerja perempuan macam mana.
Banyak lagi kejadian yang buat saya terasa hati, tapi panjang pula nak cerita. Saya ni pernah dihina tak tahu malu, tak ada akal, bodoh, tak da otak nak fikir. Tapi dia kata dia sayang saya. Ignore saja kata2 kesat dia tu. Dia kata, dia tak boleh nak kawal bila dia marah.
Saya pula rasa, tak ada langsung peraasan hormat dia pada saya sebagai isteri, sebab tu dia boleh hina sesuka hati. Jadi, persoalan saya, inikah namanya tolak ansur seorang isteri dalam rumah tangga?
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit