Assalamualaikum semua. Aku mengharapkan pandangan dari semua untuk tenangkan hati aku yang berkecamuk dengan perasaan sedih bagai. Aku dengan suami (A) dah berkahwin 8 tahun..
Kisah bermula 4 bulan selepas bernikah, A masih contact dengan ex girlfriend dia. Mesej2 yang aku jumpa masih bersayang sayang.
Aku direct tanya A dan tunjukan bukti mesej2 tersebut. Dia tak mengaku dan aku terus beritahu mertua ku agar dia dapat nasihatkan anak nya. Tak kan aku nak bagi tau mak aku pulak kan.
Malang nya, memang dia ada kol anak nya tapi bukan nasihat yang diberi. Dia menggalakkan aku dan A bercerai.
Pada mula nya aku tak tahu tu jalan untuk selesaikan nya sampai la aku pergi jumpa A di negeri lain. Kami pjj di awal perkahwinan. A beritahu mak nya suruh berpisah.
Kami rujuk pejabat agama untuk pengesahan sebab si A ada cakap tanpa niat kat mak nya ok la macam tu ikut la keputusan mak nya nak suruh bercerai.
Setelah pergi mahkamah syariah, hakim memutuskan kami masih suami isteri yang sah. Jadi aku mohon pertukaran duduk dekat dengan A.
Kisah yang kedua berlaku ketika anak aku berusia genap 1 tahun, aku dan A pergi bercuti untuk sambut birthday anak.
Selepas balik bercuti, aku tak sangka mertua aku datang ke rumah kami. Dia tau kami baru balik bercuti sebab A upload gambar2. Mertua aku mengamuk macam orang gila terjerit jerit kata aku tak layan dia la.
Dia berdiri luar rumah aku dia jerit kata menyesal bagi kawin anak dia dengan aku.. Lagi sekali A menyebelahi mak nya. Aku diam. Aku mengalah. Aku minta maaf walau bukan salah aku.
Rupa2 nya ada udang disebalik mee. A pergi kerja, mertua aku buka mulut bagi tau pada aku ada sorang janda ni kematian suami. Ada tinggal banyak harta termasuk restoran. Berulang2 kali cerita pada aku.
Tengah masak kat dapur pun dia cerita jugak. Aku buat tak tahu tapi dalam hati aku dah tau ni punca nya dia cari pasal mengamuk jerit2 hari tu. Memang niat nak kami bergaduh suami isteri n berpisah.
Kisah ke 3 pulak, aku berjaya beli rumah dengan hasil titik peluh aku sndiri. Aku beli sebab nak penuhi impian abah aku nak tengok anaknya ada rumah.
Mertua aku sibuk nak tido kat rumah baru padahal rumah baru siap pasang kipas grill lampu. Tiada perabut lagi. Masih kosong. Rumah baru. Aku pun ok la bagi.
Dah dia tido 1 malam esok nya dia perli perli kata dia mimpi orang bunian tak suka dia la marah kat dia. Aku diam lagi.
Mak aku buat kan kuih untuk mertua ku sarapan pagi tu tapi dia complain dan ajar plak cara dia buat kuih. Mak aku mmg terasa hati.
Balik dri rumah yang aku beli tu dia canang kat adik beradik dia rumah tu anak dia (A) yang beli.
Masa tu aku ada disebelah mertua ku. Aku umpama tak wujud. Padahal tu rumah aku semua guna duit aku. A tak keluarkan duit langsung sebab masa bujang A banyak buat loan dan boros.
Kisah ke 4, aku menegur A sebab selalu keluar lepak malam sampai 4 pagi 5 pagi baru balik. Kadang tak balik langsung. Anak dah 2 masih tak berubah.
Mertua ku mengamuk sampai post dalam fb. Kata aku tak puas hati dengan dia dan cara didikan dia pada anak2 dia. Siap mention aku n negeri aku tinggal. Aku diam n ignore status dia tu.
Lagi sekali dia suruh bercerai. Masa ni aku dah tak tahan, aku bagi tahu keluarga ku. Abah aku datang rumah aku kebetulan mertua ku pun ada kat rumah aku.
Dia tak sangka aku dah bagi tau abah aku. Mertua aku buat biasa macam tiada apa berlaku. Abah aku diam dan menanti apa mertua aku nak kata. Sampai ke sudah mertua buat macam tiada apa yang berlaku.
Yang terbaru ni keluarga aku sibuk nak kenduri kawin adik aku. Mertua aku tu sibuk dan siap plan nak tido kat rumah mak aku. Habis tu adik beradik mak dan abah aku nak duduk mana untuk rewang. Rumah taman besar mana je.
Rumah mertua dan rumah mak aku cuma 2 jam je perjalanan. Dia sendiri plan nak bermalam dan nak ajak adik beradik dia ke kenduri adik aku.
Padahal mak aku tiada buat panggilan jemputan pun lagi. Bila aku bagi tahu A, adik2 aku ramai yang balik, sedara mara keluarga ku lagi. Mana nak muat sumbat adik beradik mertua aku semua. Aku dimarahi.
Pada mertua aku, cara dia didik anak je betul. Orang lain didik anak salah. Semua menantu2 dia disalahkan. Ada je tak kena. Perkataan cerai sentiasa di bibir nya.
1 hari terjadi la pada anak perempuan dia sendiri diceraikan. Biras aku tu baik dan pendiam je.
Tapi dek kerna mertua suka control rumahtangga anak dia, biras aku rasa tercabar. Mertua aku cabar dia ceraikan anaknya sebab katanya biras aku tiada harta. Tak boleh bagi kemewahan pada anaknya..
Terima kasih kerana sudi membaca. Rasa kurang sikit bebanan di hati yang dipendam.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit