Insan Yang Paling Aku Sayang, Hancurkan Hatiku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/insan-yang-paling-aku-sayang-hancurkan-hatiku/).

Salam dan hai semua. Terima kasih atas feedback kalian. Aku baca semua.

Baiklah aku ceritakan kenapa bila isteri aku kantoi curang, aku tak terus ceraikan dia, walhal mana-mana lelaki pun tak akan boleh terima kecurangan isteri.

Ada beberapa sebab. Mesti korang kecam tapi aku dah ready.

Bab kewangan macam ada satu dua komen tu, bukanlah masalah bagiku sebab aku ada side bisnes sendiri yang agak maju dan boleh menjana 5 angka bulanan.

Alhamdulillah rezeki. Ini pun mungkin ada asbabnya, aku ceritakan di bawah nanti. Yang aku ceritakan kongsi kewangan dari segi komitmen tu di awal usia perkahwinan.

Sebab pertama adalah aku sendiri yang menyaksikan segala text messages di whatsapp, telegram dan photo-photo yang ada dalam phone isteri aku sepanjang tahun 2018-2021.

Dari tahun 2022 sehingga ke hari ni, ada lelaki durjana yang text isteri aku, tapi dia bluetick sahaja sampai setahun walaupun beratus message yang masuk. Whatsapp call juga tidak berangkat.

So bila aku confront masa hari kejadian, jawapan dia tele dengan bukti yang aku lihat.

Katanya dia telah bertaubat dan tahu dosanya dengan suami dan Allah swt. Jadi atas sebab itu aku rasakan perlu aku bagi ruang dan peluang memperbaiki diri.

Sebab kedua, sebab aku sendiri. Ini adalah sebab terbesar dan aku akan tadah segala hamun pembaca untuk part ini. Aku pasti dan dah ready untuk kecaman.

Aku bukanlah suami yang baik, bukan husband material dari segi dalaman.

Luaran yes, orang akan nampak aku seorang family man yang sayangkan isteri dan anak-anak. Hakikatnya, mungkin aku yang mencetuskan kecurangan isteri.

Aku juga ada skandal dengan isteri orang. Dua orang serentak pada masa yang sama!

Aku skandal dengan isteri orang, isteri aku skandal dengan suami orang. 2 x 5.

Asalnya hanya rakan sekerja yang selalu mengadu ceritanya padaku tentang suami dia selalu marah dan abaikan dia, aku yang kononnya pendengar setia dan concern,

Walhal pada masa tu aku hanya perhatikan bentuk tubuh dia saja, yang akhirnya dengan beberapa usikan dan ajakan, kami bermaksiat di hotel.

Janda anak 3 yang kesempitan kewangan juga aku bantu, dengan bermodalkan topeng baik dan prihatin aku, kami ke hotel juga beberapa kali.

Bukan itu saja, aku juga selalu ke kelab karaoke. Bukan kelab biasa, turut disediakan khidmat GRO yang akan sentiasa cuba melayan lebih untuk tips.

Lelaki mana yang tolak godaan wanita seksi kan? Aku tiada di rumah selalu. Hampir setiap hari, paling awal pukul 3 pagi baru aku sampai di rumah.

Bertahun aku hanyut dengan noda dan maksiat, aku abaikan isteri aku. Jadi korang boleh agak kenapa dia bertindak luar batasan. Yang aku tahu, bagi duit nafkah, selebihnya aku marah dia.

Sekecil-kecil hal pun aku akan marah. Waima dia ajak ke kedai makan yang tak pernah kami cuba makan, bila tak sedap aku marah dia seolah-olah dia yang masak tak sedap.

Dia ajak jalan-jalan holiday, bila jalan jem aku marah dia. Marah sehingga maki hamun. Marah sebab bila holiday, aku tak dapat ke kelab untuk layanan GRO.

Dia tak sempat basuhkan baju atau iron baju, pagi-pgi lagi aku dah mulakan dengan marah.

Aku dera emosi dia. Aku tak nampak dia seorang isteri, tak pernah jaga dan ambil tahu emosi dia, cuma aku tak pernah pukul dia.Aku bukanlah lelaki yang memukul isteri.

Selalu dia menitikkan air mata sedih, tapi bagi aku itu lakonan meraih simpati saja. Pesan aku, penting ni, kepada para suami, jagalah emosi isteri.

Kebanyakkan luahan dalam IIUM Confession ni semuanya berpunca dari emosi isteri yang didera suami.

Lelaki yang memang fitrahnya boleh kahwin 4, mana-mana lelaki pun akan cuba ambil kesempatan bila tengok perempuan down dan bersedih.

Itu yang terjadi pada aku, melalui isteri aku, angkara durjana aku sendiri.

Akhirnya segalanya Tuhan bayar cash.

Bagai ditakdirkan, aku, seperti isteriku juga,telah menghentikan segala aktiviti tidak bermoral pada tahun 2021.

Mungkin pandemik dan melihat kematian, aku mula fikir alam sana, alam segala amalan dan dosa dihitung. Aku cuba jadi suami dan ayah yang terbaik.

Sebab-sebab ini lah bila aku dapat tangkap perbuatan isteri aku, aku tak terus melatah sebaliknya hanya dosa-dosa silam aku ‘flashback’ melalui memori aku. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kami.

Kami juga akan bersama-sama menempuh kehidupan ini dengan penuh penyesalan dan taubat, menuju ke pengakhiran yang suci, suami dan isteri hingga ke syurga.

Mungkin inilah puncanya kami suami isteri makin dimurahkan rezeki melalui bisnes aku, bila dah tinggalkan maksiat.

Wahai para pembaca, lelaki dan perempuan, jagalah hubungan dalam rumahtangga, jaga adab pergaulan, semua yang berlaku baik dan buruk adalah hasil dari tindakan kita.

Mungkin benar, suami pendosa jodohnya adalah isteri pendosa. Wallahualam bisawab.

Sekian…

– Fared (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *