inshaAllah tak mati kalau tak kahwin, so chill :D

Assalamua'laikum dan salam sejahtera dan salam 1 malaysia ! :P

hahaha…first sekali terima kasih la sudi paparkan 'karya' luahan hati yang tak seberapa ni…moga ia bermanfaat buat pencari jodoh dalam kalangan manusia sejenis diri ini iaitu kaum hawa..sebelum saya start, nak bagitau yang saya umur 24, a happy single lady (anyone with the same status say 'hey!')

normal bukan bila usia mencecah 20 rasa gusar, gundah gulana, cuak, gelabah ayam (ayam pon bole kontrol gelabah dia :P) tapi tak kahwin lagi..yang paling hampeh tak de pasangan lagi macam diri ini..huahahahaha…saya tak pandai nak pusing cerita, saya straight to the point la ye… memang betul rasa diri ni awkward sangat bile dah mencecah 20 an tapi tak da sape yang mendiami hati ini..ada rasa diri tak laku kan? tapi betul ke tak laku? hahaha..bear in mind Allah ciptakan kaum hawa sebaik baik ciptaan…so trend gelarkan diri 'tak laku' macam salahkan ciptaan yang Esa pulak..itu bagi pandangan aku la…everyone has their own POV..jujur cakap dulu pun aku rasa macam tu jugak..siap ada penyesalan lagi tolak lamaran orang tuk berkapel few years ago…(bile fikir balik, ape orang2 itu butakah boleh suke kat diri ini..hahaha) well, saya penyokong setia love after marriage…cewahh…yang nak ajak kapel atas alasan nak kenal budi bahasa bole terjun laut…tapi dek kerana kuat merijek (baca:me-reject) diri ini kekal single sampai ke hari ini…tapi, di sebalik penyesalan terselit kebanggaan sebab masih kukuh dengan my self-policy untuk tidak mensiakan cinta yang tulus kepada manusia yang salah..

so basically how i compose myself supaya tidak meroyan sebab masih tak kahwin walaupun nak cecah 25? first, define your own definition of happiness…boleh confirm ke lepas kahwin kau bahagia? haaaaa…terfikir tak? philosophy yang orang pegang sekarang is 'asal kahwin je bahagia'…uih..kalau macam tu tak wujud la kes2 penceraian…tak wujud la laman confession yang memaparkan suka duka dalam sebuah perkahwinan…my definition of happiness is i can do everything that i love without any restriction. sis ni lasak orangnya sampai dulu orang konfius aku ni laki ke perempuan..i love anime i love hiking, i love travelling and i love extreme activities.(who shares the same interest shout 'me!') senang cerita bende2 yang lasak….(kalau ade makcik2 tanye bile nak kahwin, my umi yang akan jawabkan "selagi dia tak tawan sume gunung, selagi tu budak ni tak nak kahwin"..huahahaha..sporting tak mak I XD) i hate shopping, i hate heels and i hate everything girlish….hahahaha…(salah satu sebab kenapa masih single :P) so bile fikir balik, kalau ak kahwin boleh ke lagi aku buat semua yang aku suka? it can be yes and it can be no…kalau dapat pasangan yang satu kepala alhamdulillah..kalau sebaliknya?uishh tak bole bayang..maybe ade setengah orang akan cakap "ko tak kahwin lagi mana ko tau'..sebab aku tak tahu lah aku prefer jadi single….ignorance is a bliss sometimes…so fikir balik…bahagia jenis apa yang kau cari? sis nak pesan, jangan ikut trend, nanti makan diri…

so second, define your priority. Sis anak sulung, ada lima beradik..keluarga sis alhamdulillah keluarga senang…tapi rasa tanggungjawab tu still ada..for the meantime my family is my priority…apa2 pon sis nak bahagiakan parents sis dulu ( walaupon depa da cukop bahagia dah pon)…so bila cakap pasal kahwin, sis akan fikir mampu ke aku nak utamakan famili aku lepas kahwin.. rasanya dah banyak confession kat sini yang famili sendrir terpaksa diletakkan as nombor dua atas alasan kene utamakan famili suami..jujur cakap sis tak mampu nak hadap macam tu..yes..lain orang lain pengalaman..ade sesetengah dapat suami yang familiye cool..tapi bole confirm ke kite dapat suami yang macam tu??sis selalu fikir macam tu, think out of the box..fikir jauh sikit..jangan la fikir hidup kite dengan pasangan je…pasangan tu pun ade famili die juga…lain la kalo awak kahwin dengan pasangan yang tiada mak ayah (cc: cerita yaya..comei kan die)…so think deep, think throughly…

seriously bile fikir balik sungguh sis x sedia nak tempuh alam perkahwinan.. sis spesis mahkluk yang carefree…buat apa yang sis suka…ignore all the haters (ade ke?) and enjoy my life at its fullest…life is too short to dwell on trivial matter eg marriage..life is vast…dunia ni luas…luaskan kuasamu! explore explore explore…marriage is not the only way complete your life duh..setiap kali solat sis tak doa 'ya Allah cepatkanlah jodohku' (what the?!) sis cuma doa andai kata perkahwinan itu mendekatkan aku kepada MU, Kau permudahkanla..andai kata sebaliknya, Kau kurniakan kan yang terbaik buat hidup ku…means sis letakkan semua pengharapan kepada sang Pencipta….sebab sis percaya perancangan Dia is the best out of the best…so my sisters, janganla treat kalau tak kahwin tu adalah end of your life…hidup ni luas…setakat ni sis tak pernah lagi dengar orang mati kalau tak kahwin :P…so chill…jangan pernah anggap diri tak laku..setiap daripada kita ada keistimewaan..be positive…kahwin bukan segalanya…stop treating the marriage as everything..no..it is not..kahwin hanyalah satu permualaan ke arah kehidupan yang baru.. tak terjangkau dek akal…honestly, sis respect those yang kahwin..first dah jodoh dia kat dunia ni, so tahniah..second dia sanggup ketepikan interests dia untuk orang lain. and third dia sanggup galas tanggungjawab yang maha besar untuk mencari redhoNya…tabik spring toing toing kepada mereka! saluuteee! sis tak sanggup lagi weh…

sebagai rumusan, jangan dengar cakap orang…your life is your story..you are the author and you are the main character..do not let the side characters overshadow your roles..dah namanya side character so put them aside..hahahaha..be yourself…dont lose it…setiap orang rezeki lain lain..mungkin jodoh awak tak tunggu awak kat sini..tapi dia tunggu depan pintu syurga..sweet tak sweet tak..hahahaha..so then, hopefully this not-so-nice confession could help all the jodoh seekers out there…remember, life is short, dont make it shorter…

p/s: sape sape yang ade trip nak pi gunung memane, hello hello la kat sis..sis nak follow..hahahahaha

wassalam

– cik gunung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

89 Comments

  1. cecah 20 dah gusar gulana? haiyoo… kejar our own career n goals dlu lah, kita bkn hidup di zaman dahulu kala dimana 13 tahun dh kahwin lps tu jd suri rumah, laki pegi bersawah… jodoh tu dah ditentukan, kapel lah 10 org pon kalau satu tu bkn jodoh kita takkan kahwin jugak…

  2. the best confession ever ! serius sis , saya suka the way sis confess , padat ! ☺ sy pun anak sulong , family sy adalah priority sy , tp kalau dah jodoh awal nk buat mcm mana kan ? terima lha kan . hm betul , kalau perkahwinan mendekatkan lagi kita dengan Allah , alhamdulillah . ni kebanyakkan ramai yang dah kawin tapi belum nikah . hilang kemanisannya . bagus sis . sy doakan sis jumpa pasangan yang boleh membahagiakan sis . kalau xdidunia , insyaAllah di syurga nanti . do whatever u want , as long as xmelampaui batas :)

  3. 24 baru? I was busy with paying off ptptn etc ms umur u. Nak fikir pasal kawin memang forget it lah. Sekarang pun, mcm errrr biarla dulu. Next year 3 series. Lol

  4. Dik, akak masa umur macam awak pun tak gusar dik. Tp percaya laa akan terkesan jugak bila dh makin berusia. Pernah jugak rasa menyesal sbb merijek couple dulu. Tp akak tetap yakin janji Allah.

  5. Im 34… im relax jer…still single… bersyukur jer selalu….jodoh itu tak pasti..tapi mati itu pasti… so dr pikir nk kawen bgai..bek kumpul byk2 pahala dengan bahagiakan org tua kita yg melahir dan mendidik kita….our parents is our syurga (bagi yg single).. ada jodoh x kemana… kawen awal..kalau cerai berai pun x guna… kawen awal..tp ngumpat suami sendiri kt confession nie pun x guna…tambah dosa jer kan…

  6. kawen ke.. x nk kawen ke.. setiap keadaan ada priority… x nk kawen.. jgn ajak org nk kawen.. yg nk kawen… x pyh ajk yg belum kawen lg…. cuma 1 ja… interest dya sma mcm aq.. ngeh3..
    Pok-Pà HüéSeñg

  7. aihhh… umo mude lagi la mmg akn pk gitu.. cube klu umo dh start 30, tgk la nk pikir ape nnti.. hehe.. tu pn mgkn sbb faktor persekitaran yg membuatkn kite terpikir utk mmpunyai pasangan, contohnye mcm cousin yg rapat2 ramai yg dh kwin, tunang n sbgnye la.. sedikit sbnyk ada terkesan skit.. tp, x pe.. kite usaha.. jika ada jodohnye, ada la tu.. klu x da, mungkin ada hikmahnye.. yg pntg skrg kerja, kumpul duit.. bkn kate lelaki je yg kene kumpul duit, pmpuan pn kene kumpul gak..

  8. Rase mcm baca psl diri sndiri. Haha. Kita sebaya, anak sulung, suka anime (one piece!!!), suka extreme activities, suka travel, not a girly-lady type..cuma satu je, hiking baru sekali sbb sy more to sea activites, suka gi pulau. Haha.

  9. Haha bagi saya setiap perempuan itu adalah berbeza. Ada perempuan yang merasakan bila kahwin, dapat bina keluarga sendiri, itu satu kepuasan untuk dia. Perempuan lain pula, bila dapat spend time buat hobi dia, itu satu kepuasan untuk dia. Jadinya di sini, saya taknak kecam, siapa yang nak kahwin awal, siapa yang nak kahwin lambat. Moga moga bertemu jodoh yang soleh.

  10. Perghh…sy pon 24 jgk n semua yg awk sebut tu lebih kurang sama ja cuma sy ni bukan anak sulung…btw, sy ni bukan peminat tegar panjat gunung pn tp bulan2 depan mngkin gi G.Kinabalu insyaAllah klu Allah izinkan..amin…klau x thn depan2 la…sedih plk slalu postpone tarikh

  11. Baru 24 kot. Aku skang 25 pun masih single plus bergelar student lagi tau. Ni ade lagi setahun nak abeskan degree. Ko bayang, 26 baru abes study. Nak develop carrier lagi. Chill lah. Ape pun Allah dah atur hidup kita baik2. Pape pun good luck

  12. Masa 24 pon xpikir kawin lagi… Cecah 25 dah start risau. Huuu.. Lagi2 sekarang semua sepupu sebaya dah kawin. Yg muda2 pon dah nak langsung. Huuu lagi… Apa2pon jodoh tu rahsia Allah. Yg penting kita happy :D

  13. Me! Pendaki tapi nubis kubis saje. Almost sama pandangan sis ni. Setuju sangat. Bab heels tu pon sama sampai ada member betting by this year kena jadi feminin Baik habiskan duit pergi travel dari shopping.

  14. Alahh baru 24 kot . Masa hakak seumur awak tak pikir langsung pun pasal kawen .
    Kite ni dahh 27 dah . Kawan kawan majoriti dah kawen .
    Tqpi hakak mantain rileks , chill & senyum jee sudah
    Laju laju nak g mana ? (ayat sedap hati ) HAHA

  15. eh2..pandangan kita mcm sama plak..
    baru nak stable dlm career
    baru nak start travel tengok dunia
    dan saya pun suka buat apa yg saya suka
    malas nak ada komitmen dan bekorban diri (masa, tenaga, duit, perasaan) utk orang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *