inshaAllah tak mati kalau tak kahwin, so chill :D

Assalamua'laikum dan salam sejahtera dan salam 1 malaysia ! :P

hahaha…first sekali terima kasih la sudi paparkan 'karya' luahan hati yang tak seberapa ni…moga ia bermanfaat buat pencari jodoh dalam kalangan manusia sejenis diri ini iaitu kaum hawa..sebelum saya start, nak bagitau yang saya umur 24, a happy single lady (anyone with the same status say 'hey!')

normal bukan bila usia mencecah 20 rasa gusar, gundah gulana, cuak, gelabah ayam (ayam pon bole kontrol gelabah dia :P) tapi tak kahwin lagi..yang paling hampeh tak de pasangan lagi macam diri ini..huahahahaha…saya tak pandai nak pusing cerita, saya straight to the point la ye… memang betul rasa diri ni awkward sangat bile dah mencecah 20 an tapi tak da sape yang mendiami hati ini..ada rasa diri tak laku kan? tapi betul ke tak laku? hahaha..bear in mind Allah ciptakan kaum hawa sebaik baik ciptaan…so trend gelarkan diri 'tak laku' macam salahkan ciptaan yang Esa pulak..itu bagi pandangan aku la…everyone has their own POV..jujur cakap dulu pun aku rasa macam tu jugak..siap ada penyesalan lagi tolak lamaran orang tuk berkapel few years ago…(bile fikir balik, ape orang2 itu butakah boleh suke kat diri ini..hahaha) well, saya penyokong setia love after marriage…cewahh…yang nak ajak kapel atas alasan nak kenal budi bahasa bole terjun laut…tapi dek kerana kuat merijek (baca:me-reject) diri ini kekal single sampai ke hari ini…tapi, di sebalik penyesalan terselit kebanggaan sebab masih kukuh dengan my self-policy untuk tidak mensiakan cinta yang tulus kepada manusia yang salah..

so basically how i compose myself supaya tidak meroyan sebab masih tak kahwin walaupun nak cecah 25? first, define your own definition of happiness…boleh confirm ke lepas kahwin kau bahagia? haaaaa…terfikir tak? philosophy yang orang pegang sekarang is 'asal kahwin je bahagia'…uih..kalau macam tu tak wujud la kes2 penceraian…tak wujud la laman confession yang memaparkan suka duka dalam sebuah perkahwinan…my definition of happiness is i can do everything that i love without any restriction. sis ni lasak orangnya sampai dulu orang konfius aku ni laki ke perempuan..i love anime i love hiking, i love travelling and i love extreme activities.(who shares the same interest shout 'me!') senang cerita bende2 yang lasak….(kalau ade makcik2 tanye bile nak kahwin, my umi yang akan jawabkan "selagi dia tak tawan sume gunung, selagi tu budak ni tak nak kahwin"..huahahaha..sporting tak mak I XD) i hate shopping, i hate heels and i hate everything girlish….hahahaha…(salah satu sebab kenapa masih single :P) so bile fikir balik, kalau ak kahwin boleh ke lagi aku buat semua yang aku suka? it can be yes and it can be no…kalau dapat pasangan yang satu kepala alhamdulillah..kalau sebaliknya?uishh tak bole bayang..maybe ade setengah orang akan cakap "ko tak kahwin lagi mana ko tau'..sebab aku tak tahu lah aku prefer jadi single….ignorance is a bliss sometimes…so fikir balik…bahagia jenis apa yang kau cari? sis nak pesan, jangan ikut trend, nanti makan diri…

so second, define your priority. Sis anak sulung, ada lima beradik..keluarga sis alhamdulillah keluarga senang…tapi rasa tanggungjawab tu still ada..for the meantime my family is my priority…apa2 pon sis nak bahagiakan parents sis dulu ( walaupon depa da cukop bahagia dah pon)…so bila cakap pasal kahwin, sis akan fikir mampu ke aku nak utamakan famili aku lepas kahwin.. rasanya dah banyak confession kat sini yang famili sendrir terpaksa diletakkan as nombor dua atas alasan kene utamakan famili suami..jujur cakap sis tak mampu nak hadap macam tu..yes..lain orang lain pengalaman..ade sesetengah dapat suami yang familiye cool..tapi bole confirm ke kite dapat suami yang macam tu??sis selalu fikir macam tu, think out of the box..fikir jauh sikit..jangan la fikir hidup kite dengan pasangan je…pasangan tu pun ade famili die juga…lain la kalo awak kahwin dengan pasangan yang tiada mak ayah (cc: cerita yaya..comei kan die)…so think deep, think throughly…

seriously bile fikir balik sungguh sis x sedia nak tempuh alam perkahwinan.. sis spesis mahkluk yang carefree…buat apa yang sis suka…ignore all the haters (ade ke?) and enjoy my life at its fullest…life is too short to dwell on trivial matter eg marriage..life is vast…dunia ni luas…luaskan kuasamu! explore explore explore…marriage is not the only way complete your life duh..setiap kali solat sis tak doa 'ya Allah cepatkanlah jodohku' (what the?!) sis cuma doa andai kata perkahwinan itu mendekatkan aku kepada MU, Kau permudahkanla..andai kata sebaliknya, Kau kurniakan kan yang terbaik buat hidup ku…means sis letakkan semua pengharapan kepada sang Pencipta….sebab sis percaya perancangan Dia is the best out of the best…so my sisters, janganla treat kalau tak kahwin tu adalah end of your life…hidup ni luas…setakat ni sis tak pernah lagi dengar orang mati kalau tak kahwin :P…so chill…jangan pernah anggap diri tak laku..setiap daripada kita ada keistimewaan..be positive…kahwin bukan segalanya…stop treating the marriage as everything..no..it is not..kahwin hanyalah satu permualaan ke arah kehidupan yang baru.. tak terjangkau dek akal…honestly, sis respect those yang kahwin..first dah jodoh dia kat dunia ni, so tahniah..second dia sanggup ketepikan interests dia untuk orang lain. and third dia sanggup galas tanggungjawab yang maha besar untuk mencari redhoNya…tabik spring toing toing kepada mereka! saluuteee! sis tak sanggup lagi weh…

sebagai rumusan, jangan dengar cakap orang…your life is your story..you are the author and you are the main character..do not let the side characters overshadow your roles..dah namanya side character so put them aside..hahahaha..be yourself…dont lose it…setiap orang rezeki lain lain..mungkin jodoh awak tak tunggu awak kat sini..tapi dia tunggu depan pintu syurga..sweet tak sweet tak..hahahaha..so then, hopefully this not-so-nice confession could help all the jodoh seekers out there…remember, life is short, dont make it shorter…

p/s: sape sape yang ade trip nak pi gunung memane, hello hello la kat sis..sis nak follow..hahahahaha

wassalam

– cik gunung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

89 Comments

  1. U know my name but u dont know my story. Umur 35, masih single, anak sulong, mmg ketegaq, x suka berlakon acah2 sweet ka, ayu ka apa.. Cakap tegak xde belok2
    Haha, enjoy single life to the fullest! Dah kawen ni samada
    A) hidup semakin baik dan bahagia; atau
    B) hidup makin derita

    Xyah kusut2 sangatkn kepala. Jom travel!

  2. Hahaaa.. yes, macam baca confession sendiri. Part define your happiness tuu yang paling sukanya.. some people define happiness by money they own, ada yang by kebolehan dia cari gf *note to le cousin*, macam abah saya, dalam dia duduk shah alam dia boleh lagi luangkan masa berkebun, menternak sebab tuu memang hobi dia.. Forever salute my abah, btw, i love adventure jugak cuma tak jumpa lagi geng

  3. Hahah Anis Hanani Fadzil….. minah ni sama pemikiran ngn aini…cmne nk bg org phm…cmne nk kawen ble aini sndri x nmpk dri aini as wife org…xde wife material…x sanggup lg nk jauh ngn mak ayh…skrg cuti2 blk rumah…cmne klau kawen kne ikut husband…n yeah…rse mcm nk tag org2 yg tnya ble nk kawen…

    • Okay faham. Part yg bukan girlish tu memang sesuai dgn kita. Walaupun kita xde la panjat gunung segala tp still x suka makeup heels and seangkatan dengannya…hahaha

    • Walaupun perkahwinan tu bukan segalanya but ianya sunnah Rasulullah. Banyak kebaikan dalam perkahwinan. Meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W. Menghalalkan yg haram menambahkan rezeki dan banyak lagi. Xpe Kite just positive yg jdh kita mungkin bukn di usia 24 tahun. Bila sampai masanya Allah akan pertemukan kita dgn jdh kita and Allah tau waktu itu yg kita bersedia. Selagi belum berkahwin kita just nikmati hidup kita dengan membahagiakan parents kita n diri kita sendiri.

  4. We’re on the same boat! ☺️ Hehe.. Anak sulung, hate shopping and hate girlish things.. Haha.. Also 24.. Suke extreme activities.. Memang patut chill pon klau tak kawen lg.. Sebab jasa pd makayah tak xtrbalas lg.. Huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *